hotlink logo

Sebelum ini aku sudah rasa agak berjaya menggunakan Internet Burung Hantu daripada prabayar Celcom. Namun semuanya tidak bertahan lama. Jadi aku beralih kepada internet pascabayar YES 4G pula. Selepas aku terminate YES 4G, aku kini beralih kepada prabayar Hotlink Fast 3.0 edisi Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Jika semuanya berjalan lancar, aku akan kekal dengan pelan prabayar ini atau terpaksa beralih kepada internet prabayar daripada Digi samada Digi Broadband RM100 atau Digi Infinite RM150.

Satu lagi kelebihan jika aku stay dengan pelan prabayar ini ialah, aku akan dapat balik rebat setiap kali aku topup. Jadi, secara tidak langsung aku dapat beli topup dengan harga yang lebih murah.

Hotlink Fast
Pek permulaan Hotlink Fast

Yang membezakan antara pelan Hotlink Fast Pantai Timur / Malaysia Timur ini berbanding pelan Hotlink Fast yang lain ialah Internet Larut Malam iaitu percuma 1GB setiap pagi daripada 1 pagi hingga 7 pagi. Quota percuma ini valid bersama pelan ini dan digunakan di Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja. Kalau lain-lain negeri boleh dapat internet larut malam daripada pelan Hotlink Super 2.0. Yang tu lagi lama sampai 9 pagi.

Internet Larut Malam daripada Hotlink Fast
Internet Larut Malam daripada Hotlink Fast

Kelebihan Hotlink Fast Pantai Timur, Sabah & Sarawak

Dengan menggunakan contoh langganan RM45 sebulan, aku akan dapat ini:

1. 8GB data
2. 1GB Internet Larut Malam setiap hari (Jumlah 30GB untuk sebulan)
3. 1GB Happy Hour setiap hari (Jumlah 30GB untuk sebulan)
4. 2GB Internet Hujung Minggu (1GB Sabtu, 1GB Ahad, Jumlah 8GB untuk sebulan)
5. Unlimited Facebook
6. Kalau tak salah, aku dapat free 1GB untuk seminggu dengan melanggan pelan bulanan.
7. Dengan melanggan pass internet menerusi aplikasi Hotlink RED, dapat points untuk menebus pass internet percuma dan lain-lain.
8. Kalau ada yang tertinggal, nanti aku tambah

Total, dengan RM45 sebulan, aku dapat 77GB serta unlimited Facebook. Mana nak dapat kat tempat lain. YES bulan-bulan aku bayar RM103.90 dapat 32GB je.

Alternatif lain

Rival terdekat pelan Hotlink yang ini ialah pelan prabayar Digi BiGBonus (Digi LIVE prepaid). Dengan langganan RM48 sebulan, aku dapat 10GB quota, 1GB data 1pm-7pm setiap hari (jumlah 30GB sebulan), dan 2.5GB data streaming untuk seminggu (jumlah 10GB sebulan). Semua sekali 50GB. Tiada happy hour, tiada data hujung minggu (mungkin aku terlepas pandang sebab aku tak pernah try secara personal lagi walaupun aku ada simcard Digi yang ini). Yang aku rasa boleh menangkan Digi berbanding Hotlink ialah speedtest dia agak laju jugak berbanding Maxis. Mungkin lain kali aku boleh test plan Digi ni pulak.

digi bigbonus
Pelan Digi BiGBonus

Celcom aku dah reject sebab macam dah tak best. Kena bayar lain untuk dapatkan Internet Burung Hantu dan kena bayar lain lagi untuk data streaming.

Aku padankan simcard Hotlink Fast ini dengan 4G router TP-LINK TL-MR6400 dan cucuk cable ethernet terus. Memang terbaik.

NOTA:

1. Untuk nikmati internet larut malam, kena topup minimum RM10 (Selingan: Seperti yang aku dah mention tadi, ketahui cara untuk beli topup online dengan lebih murah). Topup RM10-29 dapat seminggu (7GB) internet larut malam. Topup RM30 keatas dapat sebulan (30GB) internet larut malam. Pastikan pas internet larut malam sedia ada sudah mati sebelum topup, jika topup ketika pas internet larut malam masih hidup, topup anda itu tidak akan dapat extend internet larut malam.

2. Happy Hour perlu ditebus setiap hari pada bila-bila masa dan sah untuk 1 jam sahaja. Kalau nak buat download cukup lah 1 jam, speed 4G kan.

3. Internet hujung minggu hanya sah untuk rangkaian 4G sahaja. Kalau guna line 3G memang tak dapat lah.

4. Unlimited Facebook kalau masukkan simcard ke dalam smartphone. Sebab aku pakai 4G router seperti yang sudah diberitahu, bila aku bukak Facebook, jadi macam ni:

facebook
Tak boleh bukak Facebook

Penyelesaiannya, pakai VPN. Terus boleh bukak. Tapi dah tak akan menggunakan quota Facebook. Jadi Quota Facebook ini langsung tidak disentuh oleh aku.

Update: Beberapa bulan kemudian, aku dapati sudah boleh buka Facebook walaupun sim card dimasukkan ke dalam modem MiFi tanpa perlu VPN.

5. Quota free 1GB untuk seminggu perlu habis terlebih dahulu sebelum quota hujung minggu digunakan.

6. Torrent langsung tak dapat digunakan. Penyelesaiannya samada langgan seedbox dan download secara biasa melalui server seedbox, atau pakai ZBIGZ, atau pakai VPN. Kalau nak pakai VPN tapi taknak keseluruhan PC pakai VPN (takut terlupa matikan VPN dan terdaftar masuk ke laman yang diharamkan penggunaan VPN), korang boleh setup proxy SOCKS5 di software torrent atau pakai je VirtualBox.

Update: Ada juga VPN yang offer servis untuk route aplikasi tertentu melalui VPN tanpa menjejaskan keseluruhan sistem. Jadi ianya alternatif kepada penggunaan proxy SOCKS5 dan virtual machine. Contohnya VPN yang offer servis sebegini ialah BolehVPN, penyedia VPN Malaysia yang mendapat ulasan baik daripada reviewers luar negara.

Update: Ada ketika aku dapati torrent yang aku download dapat complete. Yang itu aku gunakan private tracker. Jadi berkemungkinan Hotlink block public tracker sahaja atau ada masa-masa tertentu sahaja Hotlink unblock torrent (contohnya ketika off-peak hours).

SPEEDTEST:

Maxis/Hotlink memang tidak dinafikan lagi internet terbaik di kawasan rumah aku. Dari first time aku pakai henset (zaman GPRS tu), sampai sekarang setia dengan Maxis. Bukan menjilat atau fanboyism, tapi itulah hakikatnya setelah mencuba kebanyakan telco lain yang popular di Malaysia. Jadi kat tempat lain mungkin telco lain yang laju.

Ini speedtest terbaik yang aku dapat (tapi ping tinggi):

hotlink speedtest
Speedtest Hotlink dengan website Ookla
hotlink speedtest fast.com
Speedtest Hotlink dengan website NetFlix Fast.com

Untuk real download test pula, download speed bergantung kepada server, tapi secara puratanya download speed adalah 5 MBPS. Yang terbaik setakat ini 11 MBPS ketika download fail distro Linux daripada server Singapura. OK lah tu 5 MBPS sebab rumah aku kat kampung, bukan kat bandar.

download speed hotlink
Download speed menggunakan line Hotlink di rumah aku

Dengan YES aku hanya dapat lebih kurang 500 kbps (menggunakan huddle) dan 1 MBPS menggunakan line simcard.

0 thoughts on “Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur”
  1. […] YES 4G. Jika segalanya berjalan lancar, aku boleh hidup dengan hanya menggunakan internet prabayar Hotlink Fast dengan langganan RM45 sebulan. Yang bestnya, kalau aku stay dengan prabayar, aku dapat rebat setiap […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *