Lama betul tak update blog ni. Kali terakhir adalah pada 1 Januari 2025. Memang langsung dah tak berminat nak main blog.
Sebenarnya saya sudah dapat notifikasi daripada JetPack Support yang blog ini offline dan tidak dapat diakses sejak 19 Ogos 2026 lagi. Tapi saya abaikan sahaja sebab dah tak minat sangat nak main blog. Tapi saya masih bercadang untuk beri perhatian kemudian.
Pada 22 Ogos 2026, saya mula luangkan masa untuk hidupkan balik blog ini. Jadi saya terus login ke Oracle Cloud, server yang menempatkan blog ini secara percuma, ya memang betul percuma, saya sangat-sangat syorkan kepada anda yang nak main self-hosted blog macam WordPress ni, tak payah la bayar untuk hosting. Server percuma yang lain pun saya dah try, tapi tak menjadi. Oracle juga yang terbaik.
Untuk login ke Oracle Cloud sahaja pun sudah jadi proses yang mencabar, sama macam sebelum ini, saya sudah lupa bagaimana untuk akses ke sana. Nasib baik akhirnya jumpa juga cara. Itu pun saya kena guna Two-factor authentication (2FA) dengan telefon TCL YES (Pakej Peranti Keluarga Malaysia) yang sudah lama saya biarkan berhabuk, mujur telefon itu masih boleh dihidupkan.
Masalahnya ialah server percuma yang memberikan 4 cores dan 24GB RAM sudah diturun taraf kepada 2 cores dan 12GB RAM sahaja. Sebenarnya saya sudah terima email daripada Oracle pada 5 Ogos 2026 supaya turunkan specs server saya kepada range percuma yang terbaru sebelum tarikh akhir atau server saya akan kena terminate. Memang salah saya sebab tidak baca email tersebut dan akhirnya server saya kena terminate pada 19 Ogos 2026 yang membuatkan blog ini tidak dapat diakses.

Saya cuba untuk edit spec server itu kepada limit yang dibenarkan malangnya tidak berjaya. Saya dapat mesej error dan menyusuh saya hubungi support. Pengalaman saya menghubungi support sebelum ini tidak bagus kerana langsung tiada feedback. Well, kalau guna pun secara percuma, takkan lah saya nak complaint lagi kalau tak dapat sebarang support. Jadi saya langsung tak bercadang untuk hubungi support.
Saya ada menyimpan complete backup blog ini yang saya export dengan plugin Duplicator. Walaupun backup itu bertarikh 23 Jun 2025, tidak menjadi masalah kerana saya yakin post 1 Januari 2025 adalah post yang terakhir. Cuma komen terbaru yang pelawat tinggalkan (yang saya setkan saya akan moderate dan publish secara manual) hilang selamanya. Yang saya paling kesal ialah blog peribadi yang saya tidak publishkan kepada umum tidak dapat diselamatkan kerana backup yang terakhir adalah pada 24 Jun 2026, sedangkan saya update blog itu setiap minggu.
Sangkaan saya proses untuk restore blog ini adalah proses yang mudah adalah meleset. Saya buat blog WordPress baru dengan SlickStack dengan harapan saya boleh restore backup ke atas installation yang baru itu. Malangnya proses restore tidak berjaya. Saya yakin procedure yang saya buat adalah betul seperti yang sepatutnya, malangnya saya asyik dapat error sahaja. Error 520 daripada CloudFlare. Entah apa masalahnya, walaupun sudah tutup fungsi caching di CloudFlare malah sudah hidupkan fungsi maintenance mode di CloudFlare pun masih tidak menjadi.
Tidak mengapa, mungkin SlickStack tidak sesuai untuk restoration kaedah ini. Jadi saya cuba pula install Cyberpanel. Malang sekali, saya langsung tidak dapat akses ke laman panel kawalan Cyberpanel selepas pemasangan berjaya. Tak tahu mana silapnya, saya pun sudah lama tinggalkan dunia blogging ni, mungkin ada silap di mana-mana yang saya terlepas pandang.
Saya cuba pula dengan pemasangan WordPress memalui WordOps. Juga tidak berhasil. Walaupun sudah berjaya pasang WordPress, blog ini masih tidak dapat diakses. Berhari-hari juga perkara ini membuatkan saya sakit kepala. Hurmm… Kalaulah saya baca email daripada Oracle, pasti benda ni tak jadi.
Idea lain yang saya dapat ialah install WordPress secara offline di PC, restore file backup dengan kaedah Duplicator seperti mana yang saya mahukan pada awalnya. Dan cuba export pakai plugin backup yang lain pula.
Alhamdulillah! Proses restore file backup menjadi seperti yang sepatutnya. Jadi memang sahih ada sesuatu yang tak kena dengan installation SlickStack ataupun di server CloudFlare yang menyebabkan proses restoration tidak menjadi.
Saya pasang plugin UpdraftPlus pada WordPress offline dan export file backup. Kemudian saya pasang pula plugin UpdraftPlus di WordPress SlickStack dan import kembali file backup daripada versi offline. Alhamdulillah! blog ini akhirnya berjaya dipulihkan kembali.
Jadi selepas ini, UpdraftPlus akan jadi pilihan pertama saya untuk generate backup secara kerap, manakala Duplicator akan jadi pilihan kedua sahaja dan gunakan kadang-kadang sahaja. Tapi yang paling penting setiap kali saya post artikel terbaru, saya akan export file XML supaya tiada artikel yang lost.
Sebelum akhiri post ini, harapan saya ialah saya akan dapat terbitkan artikel baru sekurang-kurangnya seminggu sekali. Demi hobi dan rugi bayar domain name .my ini kalau tak pakai. Nak revert ke blogspot rasa tak mahu sebab dah selesa dengan WordPress. By the way, hilang minat untuk blogging punya pasal, saya tangguh-tangguh untuk migrate domain name ini away from iCore, dan akhirnya tak sempat untuk transfer dan terpaksa renew dengan harga mahal di iCore.

