Terminate U Mobile Broadband

Terminate U Mobile

Hari ini saya telah terminate U Mobile Broadband yang saya langgan hampir 2 tahun iaitu pelan U Home 5G. Saya terminate kerana saya telah melanggan Unifi untuk kegunaan internet di rumah saya.

Saya telah membuat keputusan untuk melanggan Unifi dan teminate U Mobile kerana saya tidak berpuas hari dengan servis U Mobile. Dalam sebulan atau dua bulan yang lepas, saya telah tidak dapat menggunakan internet selama seminggu dan saya dapati terdapat penyelenggaran dalam tempoh itu. Dalam masa saya tidak dapat menggunakan internet itu, saya kena bayar bil macam biasa, tiada rebat atau pampasan untuk saya. Jadi buat apa teruskan langgan untuk servis yang tak seberapa.

Saya mula melanggan U Mobile pada 18 Oktober 2024 selepas saya terminate Unifi Air. Hari ini 29 Ogos 2026 saya terminate langganan saya. Hampir dua tahun juga la saya langgan U Mobile. Saya tidak dikenakan penalti kerana saya pilih pelan Sim Only tanpa modem jadi tidak terikat dengan kontrak dan boleh tamatkan kontrak pada bila-bila masa yang saya suka. Saya masukkan sim card ke dalam modem TP-Link TL-MR100.

Saya ke U Mobile di Wakaf Bharu pada pukul 1:00, tapi saya tengok notis “pergi ke tandas kejap” di pintu masuk. Nak kerja dengan nak berak sama banyak… Takkan la seorang je yang jaga kedai sampai nak ke tandas pun kena tutup kedai. Atau tengah rehat tengah hari? Again, takkan la seorang je yang jaga kedai sampai waktu rehat kena tutup kedai. Jadi saya pergi ke U Mobile di ground floor KB Mall.

Saya beritahu staff saya nak terminate langganan saya. Saya perlu berikan MyKad dan letakkan ibu jari di mesin MyKad reader. Bayaran yang saya perlu bayar ialah RM72.20 untuk bil semasa yang saya belum bayar lagi dan RM72.20 untuk unbilled usage.

Jadi saya bertanya kenapa kena bayar full untuk unbilled usage, sepatutnya kena bayar bil secara prorate. Staff maklumkan kena bayar penuh dulu, nanti lepas tamat billing period datang balik untuk tuntut lebihan bayaran. Saya setuju dan akan datang balik nanti untuk buat tuntutan. Saya juga sempat bertanya adakah ada apa-apa resit atau notis bagi membuktikan saya telah menamatkan langganan saya, nanti senang kalau tiba-tiba datang lagi bil baru saya ada hitam dan putih tapi staff maklumkan tak ada.

Selepas itu saya dapat email pemakluman tentang hasrat saya untuk terminate langganan.

Email daripada U Mobile

Lepas balik ke rumah, saya dapati sim card U Mobile yang saya pasang dalam modem TP-Link TL-MR100 sudah tak ada line, jadi line sudah terminated. Nanti saya akan update bayaran refund yang saya dapat dan jika ada apa-apa masalah lain.

By Sanazi

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *