copy file dari server seedbox ke google drive

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum ini saya sudah terbitkan panduan melanggan seedbox murah daripada PulsedMedia. Kali ini saya akan tunjukkan cara untuk copy file dari seedbox ke Google Drive.

Atas sebab-sebab tertentu, anda mungkin mahu copy file ke Google Drive. Contohnya seedbox anda sudah penuh dan anda mahu padam beberapa files tetapi files berkenaan masih belum di-download.

Kaedah ini bukan sekadar boleh copy ke Google Drive sahaja, malah ke cloud storage dan server yang lain, antaranya:

01) Amazon Drive “amazon cloud drive”
02) Amazon S3 (also Dreamhost, Ceph, Minio) “s3”
03) Backblaze B2 “b2”
04) Dropbox “dropbox”
05) Encrypt/Decrypt a remote “crypt”
06) FTP Connection “ftp”
07) Google Cloud Storage (this is not Google Drive) “google cloud storage”
08) Google Drive “drive”
09) Hubic “hubic”
10) Local Disk “local”
11) Microsoft OneDrive “onedrive”
12) Openstack Swift (Rackspace Cloud Files, Memset Memstore, OVH) “swift”
13) SSH/SFTP Connection “sftp”
14) Yandex Disk “yandex”
15) http Connection “http”

Walau bagaimana pun, panduan kali ini adalah spesifik daripada server seedbox PulsedMedia ke akaun Google Drive.

Panduan ini melibatkan penggunaan aplikasi rclone yang sudah sedia dipasang pada seedbox PulsedMedia.

Anda perlu download dan install aplikasi PuTTY.

Buka PuTTY dan masukkan info yang diperlukan (Host name dan port number 22) dan klik butang “Open”. Info ini sudah dihantar oleh PulsedMedia kepada alamat email ketika hari pembelian seedbox.

copy file dari server seedbox ke google drive
Interface PuTTY

Taipkan username dan tekan “Enter”.

Taipkan password (password tidak akan ditunjukkan pada skrin) dan tekan “Enter”.

Selepas berjaya log masuk ke server seedbox. Taip “rclone config” dan tekan “Enter” untuk setup rclone.

rclone config

copy file dari server seedbox ke google drive
login ke server seedbox dan setup rclone

Taip “n” dan tekan “Enter” untuk tambah server baru.

Berikan sebarang nama mengikut citarasa anda, contoh saya namakan sebagai “kacang”.

Sekarang tetapkan server apa yang ingin ditambah, dalam kes ini ialah Google Drive, nombor 8. Taip nombor “8” dan tekan “Enter”.

copy file dari server seedbox ke google drive
Pilih nombor 8 untuk Google Drive

Untuk beberapa tetapan berikutnya biarkan kosong dan tekan “Enter” sahaja.

Apabila sampai ke tetapan “Use auto config?”, taip “n” dan tekan “Enter”.

Anda akan diberikan URL khas. Highlight URL berkenaan dengan mouse, URL tersebut akan disalin secara automatik.

copy file dari server seedbox ke google drive
Copy URL khas ini untuk dibuka dengan web browser

Buka web browser. Pastikan anda sudah log masuk ke akaun Google anda dan buka URL berkenaan.

Anda akan diminta untuk benarkan rclone view and manage the files on your Google Drive. Klik pada butang “ALLOW”.

copy file dari server seedbox ke google drive
Benarkan akses rclone

Kemudian anda akan dapat satu kod khas. Copy kod ini.

copy file dari server seedbox ke google drive
Copy kod yang diberikan

Paste kod tersebut di PuTTY dan tekan “Enter”.

Untuk “Configure this as a team drive?”, taip “n” dan tekan “Enter”.

copy file dari server seedbox ke google drive
Google Drive sudah berjaya dihubungkan

Taip “y” dan tekan “Enter” untuk sahkan setup.

Taip “q” dan tekan “Enter” untuk keluar.

copy file dari server seedbox ke google drive
Setup untuk hubungkan Google Drive telah selesai

Sekarang anda perlu cipta satu folder di Google Drive untuk menempatkan fail yang akan disalin dari server seedbox.

Pergi ke akaun Google Drive anda dan cipta satu folder baru. Sebarang nama mengikut citarasa anda, contoh saya berikan nama “backup”.

Kemudian, anda sudah sedia untuk mulakan proses menyalin file. Taip kod seperti yang berikut dan tekan “Enter”:

rclone copy data kacang:backup

Kod ini mungkin berbeza dengan kod anda.

(1) data – Files yang saya download disimpan di folder data, folder anda mungkin berbeza. Gantikan dengan folder yang anda gunakan.
(2) kacang – Ini adalah nama yang saya berikan ketika setup rclone di awal tutorial tadi. Gantikan dengan nama yang anda gunakankan.
(3) backup – Ini adalah nama folder di Google Drive. Gantikan dengan folder yang anda gunakankan.

Kod ini akan menyalin semua subfolders dan files yang ada dalam folder “data”. Sekiranya anda menggunakan storage percuma Google Drive (15GB), kod ini mungkin bukan untuk anda kerana saiz keseluruhan download anda besar kemungkinan lebih daripada 15GB.

Jika anda ada storage berbayar yang besar/unlimited sekalipun, Google Drive limitkan pindahan data setakat 750GB sehari.

Anda boleh salin folder demi folder atau file satu demi satu.

Untuk copy satu per satu fail, gunakan link ke file berkenaan:

rclone copy data/subfolder1/contohfile.mp4 kacang:backup

Ataupun akses ke folder berkenaan terlebih dahulu dengan command “cd”

cd data/subfolder1

rclone copy contohfile.mp4 kacang:backup

Untuk kembali ke folder utama, hanya taipkan command “cd” dan tekan “Enter”.

Diharap panduan ini bermanfaat untuk anda. Jumpa lagi.

2 thoughts on “Cara Copy File Dari Seedbox Ke Google Drive”
  1. […] ketika langganan saya hampir tamat, saya tidak mahu renew lagi. Saya ingin log in ke sana untuk copy files saya ke Google Drive menggunakan rclone, saya perlu login menggunakan PuTTy, tapi log in tidak berjaya. Saya log in dengan FileZilla, pun […]

  2. Thank you tuan. Sangat membantu. Selama ni jenuh la download dari seedbox masuk laptop, pastu upload balik masuk Google Drive.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *