Kepada anda yang ingin menggunakan seedbox buat kali pertama, tidak disarankan mencari random provider melalui carian Google (seedbox tidak ternama), jangan pilih berdasarkan harga yang murah semata-mata. Hanya berbuat sedemikian sekiranya anda hanya mahu mencari pengalaman pertama kali menggunakan seedbox sahaja, bukan untuk menorrent files yang betul-betul anda nak, jangan pakai untuk menorrent dari private tracker.

Saya sendiri pun sudah ada pengalaman yang tak best dengan menggunakan perkhidmatan “random seedbox provider menerusi carian Google.”

Nota: Saya ada terbitkan artikel seedbox murah PulsedMedia sebelum ini. Seedbox yang dimaksudkan di sini bukanlah PulsedMedia. PulsedMedia yang saya gunakan sekarang so far so good, murah dan berbaloi.

Pada permulaan menggunakan servis seedbox berkenaan, segalanya berjalan dengan smooth and silky. Download speed cecah 20 MBPS. 20 MBPS ialah limit seedbox berkenaan dan sebenarnya dianggap perlahan untuk penorrent tegar yang ingin kejar “buffer” dan mahu menjadi antara seeder terawal. Walau bagaimanapun, buat saya yang pertama kali pakai seedbox, 20 MBPS itu memang berdesup, sedangkan kalau download torrent direct ke PC pun sekadar 5 MBPS sahaja, 20 MBPS berkenaan langsung bukan masalah bagi saya.

Support yang diterima juga amat baik, bila saya submit tiket, lepas tinggalkan PC untuk ke bilik air selama beberapa minit, tiket sudah dibalas. Setelah saya langgan seedbox daripada PulsedMedia, pada awalnya saya bercadang untuk terminate seedbox ini, tapi saya tidak jadi untuk terminate dan decide untuk renew untuk sebulan lagi memandangkan support/speed yang baik dan ada banyak juga torrent yang masih seeding, rasa sayang pula mahu stop.

Seedbox berkenaan merupakan pelan dengan speed limit download/upload setakat 20 MBPS. Saya langgan pula satu lagi pelan yang mana tiada speed limit. Di sini pengalaman tak best bermula. Saya langgan pada waktu tengah malam (waktu dia), dan menunggu seketika, tapi email yang mengandungi maklumat untuk akses ke seedbox tidak tiba. Walaupun tujuan saya langgan adalah untuk satu projek yang urgent dan perlu pakai dengan segera, tapi saya pasrah sahaja sebab sudah malam jadi mungkin staff sudah tidur (saya syak tauke seedbox provider ini ialah random guy yang buat bisnes seedbox secara part time tanpa ada staff lain selain diri sendiri, jadi support bukan 24 jam.)

Tapi bila keesokan harinya saya masih belum terima juga email tersebut, saya mula hubungi support. Akhirnya saya dapat tahu email berkenaan masuk ke folder spam. Terasa malu juga sebab salah sendiri sebab tak check folder spam, dan rasa geram sebab semalam urgent nak pakai tapi tak dapat. Yang hairannya, email daripada address yang sama sebelum ini tak pernah masuk ke folder spam, mungkin sebab dia tukar server katanya, tapi yang lebih menghairankan, email pertama beberapa minit sebelum itu masuk ke folder inbox tanpa sebarang masalah, tiba-tiba email yang paling crucial masuk ke folder spam pulak. Satu inconvenience experience telah berlaku.

Pelan seedbox pertama saya sudah tidak lagi digunakan setelah saya langgan PulsedMedia, kerana ruang storage yang sangat kecil, sudah penuh memang tak dapat isi lagi, saya hanya log in ke Web UI sahaja untuk check aktiviti. Torrent yang sedia ada masih seeding tanpa masalah.

Lama-kelamaan saya tidak log in langsung. Sehinggalah suatu hari ketika langganan saya hampir tamat, saya tidak mahu renew lagi. Saya ingin log in ke sana untuk copy files saya ke Google Drive menggunakan rclone, saya perlu login menggunakan PuTTy, tapi log in tidak berjaya. Saya log in dengan FileZilla, pun tak berjaya. Saya hanya boleh login ke Web UI sahaja. Bila saya check ada announcement sedang migrate ke server baru. Kenapa sekarang? Kenapa ketika langganan saya hampir tamat? What a bad luck.

Saya tengok jangkaan selesai migration apabila langganan saya sudah luput. Saya terima email yang migration dah selesai dan dapat maklumat untuk akses ke server baru. Saya dapati files daripada server lama semakin lama semakin menghilang, maknanya proses migration sedang berlaku. Bila saya check di server baru tiada pun files lama saya di server baru (storage usage 0%). Kalau tak salah ketika ini ketika last day tempoh langganan saya ataupun sehari selepas tamat, mungkin dia kira saya dah tak nak renew jadi dah remove segala files saya. Saya malas nak contact support dan abaikan saja kerana files yang saya betul-betul nak sudah saya download, tinggal files yang saya tak nak yang saya download semata-mata untuk seeding. Mungkin saya tak nak sekarang tapi mungkin saya akan nak kemudian. Kalau sudah ada backup, tak perlu saya download files yang sama semula, dan belum tentu torrent itu masih hidup ketika saya nak nanti. Langganan seedbox saya terminated dengan segala files saya ghaib into the thin air. Inconvenience experience yang kedua.

Sementara pelan seedbox yang kedua pula, files sudah dipindahkan ke server baru. Saya tidak mahu rclone lagi kerana langganan ini masih lama untuk expired, dan saya menyesal tidak rclone awal-awal. Bila saya cuba login ke Web UI beberapa hari yang lepas, login tak berjaya. Saya ingin contact support tapi sebelum itu saya try check halaman announcement dulu. Ternyata ada announcement server yang merumahkan seedbox saya sedang dalam penyelenggaraan. Saya geram betul, kalau nak maintenance tu, tak boleh ke hantar email sekeping kepada pelanggan yang terjejas sebelum proses penyelenggaraan dimulakan. Kalau server ada masalah yang unexpected, tak boleh ke hantar email sekeping kepada pelanggan untuk inform what the heck is going on. Jangan hanya pandai update kat halaman announcement sahaja, pelanggan bukan hari-lari log in ke sana. Kalau log in pun sekadar untuk bayar invois dan contact support sahaja. Tiada email, no nothing. Inconvenience experience ketiga. Saya tengok tarikh anouncement baru 1-2 hari jadi saya tunggu dulu sebab mungkin makan masa juga. Lepas esoknya, lusanya, masih tak dapat login, jadi saya contact lah juga support. Bila saya explain masalah saya, he be like “LOL, nape tak tanya awal-awal, saya dah hantar info untuk akses server baru”. WTF? Kalau kau dah siap migrate ke server baru kenapa senyap-senyap tak bagitahu kepada pelanggan kau, lahabau? Dah la masa maintenance tu kau tak email juga, sekarang kat halaman announcement pun takde post apa-apa pasal migration selesai.

Jadi bila saya sudah dapat akses ke seedbox saya, saya dapati torrent yang saya sudah selesai download sebelum ini sudah jadi incomplete. WTH? Saya cuba bertenang dan force recheck, masih sama. Incomplete download tak sampai 1% pun. That’s not OK bro, that’s not OK! Files yang penting, demi files itu sahaja saya beriya-iya mahu akses ke seedbox, files yang saya mahu rclone sudah tiada. Saya contact support tanya apa jadah yang dah berlaku, he be like “mungkin files corrupt atau hilang masa proses migration, tolong download balik ya” katanya secara bersahaja tanpa rasa sebarang empati. Your daddy! It’s not a public tracker, it’s a private tracker! Private tracker ada policy untuk aktivi mendownload torrent yang sama lebih dari sekali, itu bagi mengelakkan account sharing atau lain-lain potential abuse.

Sepanjang 2-3 bulan menggunakan servis seedbox ini, hanya sebulan sahaja dapat guna servisnya sebagai “seedbox”, selebihnya lebih banyak maintenance/migration. Berapa kali mahu pindah server daa? Saya tengok dia tanya kat Reddit mana server yang bagus untuk install seedbox. Jadi bila dia nak try server baru dia migrate semua clients, bukannya nak try dulu, bila tak best, dia migrate lagi ke server lain. Ibarat pelanggan dah jadi macam bola diterajang ke hulu ke hilir.

Jadi saya kalah di sini, saya bayar dia duit untuk servis yang tak seberapa, saya hilang files yang saya nak, saya kena download dua kali files yang sama bermakna ratio tracker saya terjejas yang mana sekarang ini agak tak berapa baik.

Moral of the story,
(1) Jangan langgan seedbox daripada hasil carian Google. Bila dah Google tu, baca dulu review, jangan main terkam je, asalkan murah, terus angkat.
(2) Bila dah pakai seedbox, asal ada torrent yang complete je, terus rclone ke cloud storage seperti Google Drive.
(3) Rclone/copy files ke 2-3 server berbeza untuk redundancy
(4) Files yang dah download ke PC sekali pun, jangan lupa buat backup.

Saya serik menggunakan servis ini. Langganan seedbox ini (seedbox #2) masih aktif tapi saya dah tak pakai dan takkan renew lagi. Kalaulah provider ini tidak selalu migrate begini, servisnya boleh dikatakan agak baik sebagaimana saya berpuas hati dengan sebulan pertama penggunaannya. Bila dah jadi begini, I’ve had enough!

Saya tidak tahu support daripada pihak PulsedMedia, kerana setakat ini saya tidak hadapi sebarang masalah. Tapi dengar-dengar, support PulsedMedia agak tak berapa baik, tapi buat apa nak bergantung pada pengalaman orang lain selagi tidak alami sendiri.

So far saya masih berpuas hati dengan seedbox PulsedMedia sebab ruang storage yang agak besar, generous amount untuk duit yang dikeluarkan. Dapat extra storage lagi bila setia melanggan. Yang tak bestnya download speed slow setakat 12MBPS sahaja, manakala upload cap setakat 30MBPS sahaja. Tapi saya rasa tak pernah lagi max out upload speed.

Tips untuk penggunaan rclone, kalau tak ada cloud storage yang besar untuk copy files, boleh try cari Google Drive unlimited storage versi “akaun kelabu” di Shopee.

Update: Atas sebab-sebab tertentu, saya cuba sekali lagi seedbox ini. Kali ini bukan atas tujuan “long term seeding” sebaliknya untuk kejar “buffer” daripada PT yang baru saya join. Setakat ini (sebulan lebih / baru renew sekali), seedbox ini berfungsi dengan baik, download speed cecah 100 MB/S kira baik bagi seedbox budget, ratio juga paling cikai pun setidak-tidaknya rapat kepada 1.0. Dan yang paling penting, tokei dia setakat ini belum buat hal lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *