Saya telah beli satu peranti portable car battery jump starter iaitu 70mai Jump Starter.

Asalnya saya nak beli yang banyak terjual dan rating tinggi di Shopee, tapi banyak jugak rating buruk dan jugak gambar reviews peranti itu meletup dan terbakar. Saya tak nak ambik risiko.

Kemudian saya terjumpa yang jenama 70mai. 70mai ni jenama yang agak popular jugak untuk produk dashcam kereta. Selepas baca dan tonton video reviews, saya putuskan untuk beli yang 70mai punya.

Unboxing Video

Teruskan membaca untuk versi bertaip.

Kotak bungkusannya
Datang dengan beg yang mengandungi segala aksesori dan 70mai jump starter itu sendiri
Buku panduan
USB cable untuk mengecas – USB type C sambung ke peranti dan USB type A sambung ke pengecas
Wayar klip untuk jump start kereta
Rupa 70mai jump starter – Ada logo dan lampu indikator level bateri (ada 4 level)
Lubang untuk cucuk wayar klip jumper
Ada lampu, USB type C dan type A dan juga power button

USB type C – untuk sambungkan peranti ini kepada pengecas.

USB type A – untuk mengecas telefon/tablet (berfungsi macam power bank).

Power button – tekan sekali peranti ini akan hidup, tekan dan tahan untuk beberapa saat untuk hidupkan lampu. Tekan sekali untuk pilih mode nyalaan lampu.

Alat ini akan mati secara automatik jika tidak digunakan untuk beberapa minit.

Test jump start kereta

Tujuan saya beli alat ini ialah untuk jump start kereta saya sebab saya tak ada kereta lain.

Bateri kereta saya sudah mati sepenuhnya – kalau pusing kunci ke posisi “on” sekali pun, lampu indikator di meter dashboard tidak menyala.

*Maaf! Tiada video mahupun gambar sempat diambil kerana saya tidak pasti sama ada kereta saya mampu dihidupkan dengan cara ini atau tidak kerana baterinya sudah mati sepenuhnya. Lagipun susah nak ambik gambar/video sebab saya buat kerja sorang-sorang. Saya cuma mahu test dan report hasilnya sahaja.

Kalau ikut tutorial di internet, ada yang suruh sambung klip negatif ke bare metal kereta (besi tidak bercat), ada juga yang ajar suruh sambung je terus di terminal negatif bateri. Sebab wayar klipnya pendek sangat, tak dapat saya sambung ke bare metal jadi saya sambung terus saja di terminal negatif bateri.

Lampu “correct” perlu menyala hijau barulah ready untuk jump start

Masa mula-mula sambung, lampu “correct” tak menyala. Saya perlu tekan butang “BOOST” barulah lampu “correct” menyala hijau.

*Kalau lampu “reserve” menyala merah dan alat ini berbunyi, maknanya klip dah pasang secara terbalik positif negatif.

Selepas lampu “correct” dah menyala hijau, saya pusing kunci ke “on” dan alhamdulillah, lampu indikator di meter dashboard sudah menyala seperti yang sepatutnya. Alhamdulillah sekali lagi, enjin kereta saya berjaya dihidupkan dengan sekali try sahaja. Saya biarkan enjin idling dan bawa kereta pusing-pusing dalam 30 minit untuk biarkan bateri dicas.

Peranti ini memang wajib ada dalam kereta sebagai persediaan ketika kecemasan begini.

ModelBeli online
70mai Jump StarterBeli di Shopee

Saya harap perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk semua. Jumpa di artikel yang berikutnya.

By Sanazi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *