• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Buat Duit Online / Buat Duit Online Dengan ySense (ClixSense)

Buat Duit Online Dengan ySense (ClixSense)

27/06/2016 by Toji Ali 17 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya akan kongsikan sebuah laman web yang mampu memberi anda pendapatan sampingan untuk tiap-tiap bulan. Laman web yang dimaksudkan ialah ySense. ySense sebelum ini dikenali sebagai ClixSense sudah wujud dan dipercayai sejak tahun 2007. Keahlian mereka dari seluruh dunia termasuk dari Malaysia. Boleh sertai komuniti Malaysia di Malay Forum.

Berikut adalah senarai lengkap aktiviti yang anda boleh lakukan untuk dapat bayaran:

1. Paid Surveys.

Tinjauan berbayar adalah antara cara yang popular untuk side income online. Yang uniknya dengan ClixSense, surveys daripada website berbeza seperti Toluna, CINT, GTM, ViewFruit, Your Surveys dan banyak lagi dikumpulkan di satu tempat. Anda tidak perlu mendaftar akaun banyak-banyak, dengan satu akaun, dapat akses ke semua surveyors ini.

ySense paid surveys invitation
Senarai jemputan berserta kadar bayaran masa yang diperuntukan
buat duit online dengan ySense
Paid surveys yang ada di halaman Surveys
  • Lengkapkan profail tinjauan yang disediakan di halaman survey untuk mendapatkan survey invitation.
  • Install addon/extension untuk notify invitation survey.
  • Jangan sekadar tunggu invitation, boleh cuba daily survey router yang ada di halaman survey.
  • Survey juga terdapat di bahagian offer (baca di bawah).
  • Huraian lanjut mengenai survey.

2. Offers.

Paid surveys juga boleh didapati daripada senarai offers yang ada. Selain surveys, boleh main game, Android/iOS apps/games testing dll. Nilai yang ditunjukkan adalah dalam cents.

buat duit online dengan ySense
Antara survey yang ada pada halaman offers.
buat duit online dengan ySense
Antara offer games. Sumber download adalah selamat daripada Play Store dan App Store.

3. Micro task daripada Appen.

Task ialah tugasan mikro yang disediakan oleh Appen, yang mana sebelum ini dikenali sebagai CrowdFlower dan Figure 8. Ini ialah sumber pendapatan utama di ySense selain survey jika mahu serius dengan ySense. Untuk kali pertama apabila anda mahu laksanakan sesuatu tugasan, laman Appen akan meminta anda buka sebuah akaun. Sila link dahulu dengan akaun Facebook, pastikan akaun Facebook yang bukan fake berserta lokasi semasa kerana tugasan Appen ialah geo targeting (tugasan disasarkan kepada negara tertentu.) Sesudah link dengan akaun Facebook, boleh teruskan proses pendaftaran.

crowdflower, figure 8, appen task list
Nama tugasan, level yang diperlukan, bayaran per task dan jumlah task yang ada untuk dibuat.

Bonus yang anda akan dapat apabila melaksanakan tugasan Appen di ySense.

  1. Kerana setiap minggu, terdapat pertandingan siapa paling banyak membuat tugasan dan disediakan sejumlah habuan sehingga $50 untuk setiap pemenang.
  2. Kerana setiap $50 yang dikumpulkan melalui tugasan, bonus $5 akan diberikan.
  3. Kerana pendapatan daripada tugasan dikira dalam senarai semak harian (Nanti akan dibincangkan dalam daily checklist.)

Tugasan apa yang ada?

Contoh task adalah transcriptions, categorizing, dan data mining. Tugasan yang pernah saya siapkan sebelum ini antaranya:

  1. Dapatkan harga/maklumat lain daripada shopping receipt
  2. Image to text transcription
  3. Business, hotel URL collecting
  4. Kategorikan fesyen
  5. Cari penulis artikel blog
  6. Data research seperti laman web perniagaan dan lain-lain
  7. Terjemahan
crowdflower task work mode
Contoh stats daripada satu task

Setiap contributor akan bermula dengan level 0 dan akan meningkat sehingga level 3. Tugasan untuk level 0 memang rare membuatkan sangat susah untuk naik ke level 1. Walau bagaimanapun, CrowdFlower Entrance Exam dapat mengatasi masalah ini. Apabila sudah level 1, untuk naik ke level 2 dan 3 sangat senang.

4. Daily checklist.

Lengkapkan daily checklist dan dapat bonus sehingga 16% daripada total daily earning.

Senarai semak harian (12%) ialah:

[+] Buat 10 tasks ATAU 2 offers/tinjauan ATAU 5 tasks + 1 offer/tinjauan
[+] Buka 1 halaman forum (tak perlu post apa-apa)

Bonus tambahan (+4%) ialah:

[+] Guna ySenseAddon untuk 1 jam
[+] *Aktiviti

*Aktiviti bermaksud anda mampu untuk lengkapkan senarai semak (12%) setiap hari maka 4% lagi bonus akan unlocked pada hari ketiga dan seterusnya.

buat duit online dengan ySense daily checklist
Daily Checklist Bonus. **Bermula Julai 2017, ClixSense/ySense tidak lagi menggunakan PTC Ads dan ClixGrid Games**

5. Referrals.

Ajak kawan-kawan join sama dan dapat komisen daripada earning diorang. (ySense yang bayar, bukan potong daripada earning kawan-kawan ya :p )

Langkah ini optional sahaja. ClixSense menjanjikan hasil pendapatan tanpa perlu mengajak orang lain untuk turut serta, terima kasih kepada tinjauan berbayar dan tugasan mikro Appen.

Namun, jika mahu lebih lagi, anda bebas untuk mengajak orang lain turut serta menggunakan pautan khas (referral link) anda. Anda akan dikira sponsor kerana mengajak orang lain untuk turut serta manakala referrals anda dipanggil sebagai downlines.

  1. Anda akan dapat 20% komisen untuk setiap task/offer/survey yang dilengkapkan oleh downline anda.
  2. Setiap downline yang cecah earning $5 untuk kali pertama, bonus $2 akan diberikan kepada anda.

Pembayaran keluar (cashout)

Minimum cashout adalah $5 melalui kaedah Amazon gift card. Untuk cashout ke akaun PayPal minimum $10 diperlukan. Untuk pindahkan wang dari ySense ke akaun bank saya sarankan pakai PayPal. Kalau masih baru dengan Paypal, rujuk panduan buka akaun Paypal, panduan sahkan identiti untuk akaun Paypal dan panduan pindahkan wang dari Paypal ke akaun bank Malaysia.

buat duit online dengan ySense, cashout options
Pilihan yang ada untuk cashout

Bukti pembayaran daripada ySense

Sudah semestinya semua orang mahukan bukti pembayaran sebelum sertai apa-apa program di internet supaya terbukti mereka benar-benar membayar dan bukan penipu/scam.

Untuk makluman, ia akan mengambil sedikit masa sebelum bayaran diproses, jadi kalau lama sangat tu, jangan gelabah pula, diorang tetap akan bayar.

buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Antara payments yang datang dari ySense ke akaun PayPal
clixsense payment proof
Bukti bayaran daripada ClixSense (PayPal history)
buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Payment dari ySense dalam bentuk Amazon.com gift card
buat duit online dengan ySense - bukti pembayaran
Sebelum ini, ClixSense hilang sekejap PayPal , maka payment method saya pilih Visa prepaid card

Perkongsian pengalaman dan screenshot member-member Malaysia yang lain boleh diikuti di forum Bahasa Melayu. Daftar ySense sekarang.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Buat Duit Online Tagged With: ClixSense, Get Paid To, Paid Survey, Paid To Click, ySense

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Molly says

    21/11/2016 at 2:20 PM

    Salam… Terima kasih di atas info ini. Saya dah register Clixsense.
    Boleh saya tau, setelah anda upgrade ke PREMIUM, adakah apa2 perbezaan ketara dgn semasa anda di account STANDARD?
    Terima kasih.

    Balas
    • Toji Ali says

      13/12/2016 at 11:25 PM

      Wslm. Sama-sama. Beza yang ketara antara biasa dengan premium hanyalah bonus (7% vs 16%) dan lebih komisen bagi yang ada ramai referrals (5% vs 10%). Tiada beza antara biasa dengan premium dari aspek jumlah survey invitations atau lepas tak lepas survey atau kadar bayaran untuk survey/tasks. Ianya sama sahaja. Hanya upgrade jika (1) Ada sekurang-kurangnya ada level 1 untuk buat minimum 10 tasks setiap hari dan/atau (2) Ada ramai referrals/downline.

      Balas
  2. Ogy says

    10/02/2017 at 9:39 AM

    Hello..masih aktif dgn clixsense x? Nk tanya skrg clixsense dh x guna paypal so what the best option utk buat cashout ye?

    Balas
    • Toji Ali says

      10/02/2017 at 5:15 PM

      Itulah.. sy pun tgh pening krg ni.. Yg lain2 fee dia sangat tinggi..

      Balas
  3. leeoo says

    10/02/2017 at 10:10 AM

    salam,skrg clixsense dah xbole guna paypal …cuma bole guna payoner ,payza dan tango card mcm mana eh ?saya cuma ada paypal yg … antara payoner ,payza and tango card tu mana yang ok ??

    Balas
    • Toji Ali says

      10/02/2017 at 5:16 PM

      Belum decide lagi.. Nanti nak cashout baru nk fikir..

      Balas
  4. mohd says

    04/08/2017 at 7:53 PM

    assalam bagaimana cara kita nak minta syarikat survey bayar pd paypal adakah guna link atau merchant id yg diberi oleh paypal

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:29 PM

      Waalaikumussalam. Bila nak pindahkan duit ke akaun PayPal, masukkan alamat email yang digunakan untuk daftar akaun PayPal.

      Balas
  5. mohd says

    04/08/2017 at 7:58 PM

    assalam apakah no akaun paypal yg telah kita create. adakah merchant id atau link yg diberi

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:27 PM

      Kalau untuk terima duit masuk ke akaun PayPal, kena pakai email yang digunakan semasa daftar akaun PayPal tu.

      Balas

Trackbacks

  1. You have received an offer of $0.50 from NeoBux berkata:
    11/08/2016 9:00 PM

    […] juga ClixSense yang merupakan pesaing utama NeoBux. Terdapat banyak laman PTC, termasuk yang legit (membayar) dan […]

    Balas
  2. Buat Duit Online Dengan NeoBux berkata:
    14/08/2016 9:58 PM

    […] ni aku sudah buat tutorial cara-cara buat duit online dengan ClixSense. Kali ini tutorial buat duit online dengan NeoBux pulak. ClixSense dan NeoBux adalah dua laman PTC […]

    Balas
  3. CrowdFlower Entrance Exam berkata:
    30/09/2016 3:53 AM

    […] yang belum tahu mengenai CrowdFlower, disarankan baca post tentang side income melalui ClixSense. Di situ, salah satu cara earning adalah menerusi micro tasks daripada […]

    Balas
  4. Panduan Buka Akaun PayPal berkata:
    19/01/2017 5:06 AM

    […] Artikel berkaitan: Panduan untuk sahkan (verify) akaun PayPal – tambah kad kredit atau kad debit Panduan tentukan bahawa akaun Paypal anda verified atau unverified Panduan keluarkan duit dari PayPal ke akaun bank. Panduan buat duit online percuma masuk ke akaun PayPal. […]

    Balas
  5. Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos berkata:
    09/02/2017 5:31 AM

    […] Buat Duit Online Dengan ClixSense […]

    Balas
  6. Seedbox Murah PulsedMedia berkata:
    03/09/2018 6:43 PM

    […] USD dan keluarkan ke akaun PayPal untuk dibelanjakan atau dipindahkan ke akaun bank Malaysia. Dulu Clixsense adalah reward site terbaik untuk kumpul duit USD, sekarang tetap terbaik tapi sudah tidak ada […]

    Balas
  7. Cara Alternatif Untuk Cashout Daripada ClixSense berkata:
    07/10/2018 3:36 PM

    […] lama saya tidak terbitkan panduan tentang laman buat duit online ClixSense. Kali terakhir pada tahun 2016. Sejak itu dah banyak perubahan yang berlaku. Antara perubahannya […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in