• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Pendaftaran dan Pembaharuan / Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos

Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos

02/08/2016 by Toji Ali 97 Comments

Macam-macam urusan boleh dibuat di pejabat pos. Selain boleh renew lesen penuh CDL di sana, nak renew lesen L (lesen belajar memandu / LDL) pun boleh. Cuma kalau nak upgrade lesen P ke lesen penuh, nak tak nak kena juga pergi berurusan di pejabat JPJ.

Cara renew lesen L di pejabat pos

Senang saja. Hanya datang bawa lesen L yang lama, ambil nombor giliran dan tunggu lah giliran. Tak payah isi sebarang borang, MyKad pun tak diperlukan.

topup murah
Beli topup, korang dapat duit percuma RM10

Aku pergi ke pejabat pos Wakaf Bharu. Tak ramai orang sangat. Sambil-sambil menunggu, aku tengok ramai juga yang nak renew lesen penuh diorang. Ada juga yang nak renew insurans-roadtax dan juga urusan ASB.

Dah sampai giliran, cakap nak renew lesen L, dalam beberapa minit sahaja dah siap lesen L yang baru.

Cuma leceh la sikit, dia cakap takde mesin laminate. So aku kena pergi laminate sendiri di Wakaf Bharu Bookstore. Kena cas 20 sen je.

Renew Lesen L Motosikal B2
Inilah rupa lesen L yang diperbaharui. Jangan lupa stapler sekali dengan lesen L yang lama, yang ini saja tak valid.

Berapa bayarannya? Sama tak macam renew di pejabat JPJ?

Aku renew untuk 6 bulan terus, sebab aku sendiri pun tak tahu bila la aku nak pergi buat latihan motor, asyik tertangguh aje sampai-sampai lesen mati. Sebab aku dah ada lesen kereta, lesen L motosikal B2 harga dia RM20 untuk 3 bulan, bukan lagi RM2 (untuk pemilik lesen B2 tunggal). Untuk 6 bulan aku kena bayar RM42. Kenapa kena bayar lebih? Faham-faham sendiri la, taknak bayar lebih pergi kat pejabat JPJ terus.

clixsense
Buat side income dalam USD, jom!

(Rujuk soalan lazim mengenai pembaharuan lesen LDL di laman web JPJ)

Itulah lebih kurang artikel kali ini. Bukan tutorial sangat pun, sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Boleh jadi rujukan kepada mereka-mereka yang first time nak renew lesen L di pejabat pos. Semoga bermanfaat. Sekian saja untuk kali ini, assalamualaikum.

Berkaitan: Saya tidak berjaya renew lesen penuh CDL di pejabat pos.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pendaftaran dan Pembaharuan Tagged With: lesen memandu, pejabat pos, pelesenan

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Xxx? says

    03/11/2016 at 2:51 PM

    Kalau nak renew lesen L B2, boleh tak suruh wakil/suruh parents utk renew?

    Balas
    • Toji Ali says

      14/11/2016 at 3:47 AM

      Rasanya boleh. Nak buat lesen L cikgu sekolah memandu (wakil) boleh tolong, takkan nak renew tak boleh pulak 🙂 “MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;” – JPJ

      Balas
    • Nadia Syazwina says

      21/08/2017 at 2:33 AM

      Salam. lesen l saya mati 15/08/2017 harini 21/08/2017, masih boleh renew lg ka?

      Balas
      • Toji Ali says

        17/07/2018 at 11:24 PM

        Boleh kalau masih belum cukup 2 tahun lagi.

        Balas
        • Irfan says

          28/06/2022 at 1:34 AM

          Saya nk tnya kalau lesen saya mati dh lama dekat setahun lebih kan masih boleh renew kan?cuma bayaran dia tu cam mana kalau dh melebihi setahun macam Saya 22/6/2021, sekarang 28/6/2022 masih boleh kan?

          Balas
    • iffa says

      15/10/2019 at 11:19 AM

      lesen L saya 8/10 mati harini dah 15/10 masih boleh renew lagi ke

      Balas
      • Sanazi Ali says

        26/08/2020 at 12:03 AM

        Kalau dapat pada 8/10/2019, lebih kurang 7/10/2021 lesen l mati. jadi 15/10 masih boleh renew.

        Balas
  2. bony says

    12/01/2017 at 10:03 PM

    kalau lesen l tamat tempoh boleh renew tak

    Balas
    • Toji Ali says

      15/01/2017 at 1:08 AM

      Kalau tamat tempoh tapi masih belum cukup dua tahun sejak kali pertama dpt lesen L, masih boleh renew.

      Balas
  3. Mdahmzah says

    16/01/2017 at 11:39 AM

    Sy nk tny, sbb xbrpe fhm la. Dkt lesen L sy tarikh 18/10/15 – 17/01/2016. Mknenye sy pnye lesen xblh renew lg la?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/01/2017 at 6:03 AM

      Kalau lesen L tu xpenah renew lagi sebelum ini (18/10/2015 tarikh dapat lesen L), awk masih boleh renew lagi. Lesen L awk akan luput pd 17/10/2017. 18/10/2015-17/10/2017 (2 tahun).

      Balas
    • anis says

      09/11/2017 at 11:56 AM

      nk tny,sy dh renew lesen l sy dan dah tmat tmpoh..bleh lg ke nk renew?.

      Balas
      • Toji Ali says

        17/07/2018 at 10:39 PM

        Boleh renew berulang kali asalkan jangan lebih 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L tu.

        Balas
  4. MUHAMMAD SALIM says

    18/01/2017 at 4:12 PM

    kalau mylesen tu dpt renew balik ke L … MYeg

    Balas
    • Toji Ali says

      19/01/2017 at 12:10 AM

      Setahu sy untuk program myLesen, anda perlu dapatkan lesen dlm tempoh 4 bulan dari tarikh daftar. Kalau tak sempat siapkan dalam tempoh itu, anda masih boleh renew lesen L tapi mungkin kena bayar lain lah untuk sambung kelas KPP02/KPP03/test.

      Balas
  5. Akma says

    19/01/2017 at 12:31 AM

    Salam , nak tanya kalau dekat lesen L saya tulis 26/10/2016- 25/01/2017 . Saya kena renew ke ? Sbb saya dijangka akan test jpj 6/2/17 ?

    Balas
    • Toji Ali says

      19/01/2017 at 2:45 AM

      Wasalam. Ya kena renew sebab awk test 6/2/2017. Maca mana nk test kalau lesen L awk masa tu sudah mati.

      Balas
  6. FaFaRa says

    19/01/2017 at 11:27 PM

    Lesen L sy brmula pd 17/1/17-16/4/17. Sy brcadang untk tangguh dlu lesen P. Jika sy xrenew lesen L sy dlm tempoh trsebut mcm mna ? Sbb sy brcadang untk buat lesen P dlm tempoh 1 thn lbh dr sekarang.

    Balas
    • Toji Ali says

      20/01/2017 at 12:07 AM

      Tak perlu renew lesen L awk.. Bila dah ready nk sambung baru renew tapi pastikan awk mesti dpt lesen P sebelum 16/1/2019.

      Balas
    • FaFaRa says

      02/03/2017 at 9:56 AM

      Adakah byrn lain dkenakn jka saya ingn mnymbung lesen p sy d akademi memandu yg lain?

      Balas
      • Toji Ali says

        18/07/2018 at 12:28 AM

        Kalau sudah dapat lesen L drpd akademi lain dan nak sambung latihan KPP02 dan seterusnya di tempat lain, kena bayar KPP02 dan lain-lain ikut kadar yang ditetapkan akademi baru.

        Balas
  7. zuhairy says

    09/02/2017 at 11:42 AM

    assalammualaikum saye nk tanye saye dapat lesen l pada 13/11/2015-12/2/2016 saye xrenew lagi sampai sekarang saye nk renew balik tapi xtahu berape harga nk kene bayar sebb dh lame xrenew

    Balas
    • Toji Ali says

      10/02/2017 at 5:13 PM

      Waalaikumussalam. Kalau lesen motosikal B2 tunggal (lesen L B2 shj dan x ada kelas lesen lain sebelum ini) – RM2 utk 3 bulan. Kalau lesen B2 (tp sblm ni dah ada lesen kereta) atau motosikal B (B full) – RM20. Kalau kereta sahaja atau kereta+motosikal = RM30.

      Balas
  8. Amir says

    13/02/2017 at 1:26 AM

    Saya dah pernah dapat lesen P motor tapi disebabkan saya belajar di tempat lain saya lupa nak renew lesen P dah hampir setahun dan bila saya nak renew saya disruh buat rayuan lesen selepas buat rayuan saya bejaya skip procedur untuk dptkan lesen L secsra automatik saya dpt trus lesen L cuma kena test JPJ.. saya nak tanya skrg ni lesen L saya dah tamat tempoh boleh ke saya nak renew semula.?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/02/2017 at 12:55 PM

      Yang ini saya tak pasti pula. Kena tanya sekolah memandu ni..

      Balas
  9. Mr. Nobody says

    13/02/2017 at 11:59 PM

    Hello, saya dpt lesen L (B2) Pada 30/3/16-30/6/16 sehingga skg saya masih xrenew lgi lesen saya. Adakah saya masih boleh renew? Tambahan, saya nak tukar lesen B2 kepada lesen D, adakah itu boleh?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/02/2017 at 12:52 PM

      Lesen L B2 tu masih boleh renew lagi. Nk tukar ke lesen L D tak boleh la, kena masuk kelas ceramah KPP01 kereta dan lulus test undang2 dulu baru boleh dapat lesen L D.

      Balas
  10. Hana says

    28/02/2017 at 5:05 PM

    Hi. Saya dah buat lesen l motor pada tahun lepas 16/01/2016 – 14/4/2016. Jadi disebabkan masa saya buat lesen tu saya dapat tawaran belajar dan saya tak sempat nk habis kan lesen p. Saya nak tahu masih boleh ke saya ambil lesen p untuk tahun ini?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:45 PM

      Kalau dapat lesen L pada 16/01/2016, lesen awak akan tamat pada 15/01/2018. Jadi masih boleh sambung lagi.

      Balas
  11. JayJay says

    02/03/2017 at 8:37 AM

    Saya berumur 17 thn dan sdg mnunggu kptsn spm pd thn ini. Sbnrnya lesen p sy xsiap lg dn sy risau lesen p sy xdpt dsiapkn sblum sy smbg bljar nt. Saya nk thu brpa byrn yg prlu saya buat skirnya sy tangguhkn lesen p trsebut shngga satu tarikh trtntu. Adakh sy prlu mmbyr smula sprti mula2 kpp2?

    Balas
    • Toji Ali says

      18/07/2018 at 12:32 AM

      Kalau awak dh bayar habis tp perlu tangguh, kena bincang dgn akademi tu bagitahu situasi awak. Ataupun slow talk kalau2 dapat refund supaya awak boleh sambung belajar kat tempat lain.

      Balas
  12. Aje says

    30/03/2017 at 11:10 AM

    Saya nak tanya, lesen L saye (02/01/2017-01/04/2017) dah nak tamat dalam mase terdekat jadi nak renew tu kne tunggu tamat dulu ke dah boleh pegi renew?

    Balas
    • Toji Ali says

      19/04/2017 at 12:01 PM

      boleh renew sebelum tamat

      Balas
  13. orix94 says

    04/04/2017 at 10:26 PM

    hai lesen l saya hidup pada date 15/12/2014 – 14/6/2015. bolehkah saya renew lesen saya lagi?

    Balas
    • Toji Ali says

      19/04/2017 at 12:00 PM

      Rasanya tak boleh dah sebab 14/12/2016 sudah cukup 2 tahun untuk lesen L. Tapi try tanya cikgu sekolah memandu atau pegawai JPj dulu kalau2 masih boleh..

      Balas
  14. eyja says

    27/04/2017 at 10:50 PM

    salam saya nak tanye lesen L saya pada D:14/01/2016-13/04/16 ..blh x saya renew balik ?

    Balas
    • Toji Ali says

      18/07/2018 at 12:22 AM

      Kalau 14/01/2016 tarikh dapat lesen L, masih boleh diperbaharui ketika soalan ini ditanya. Lesen L awak tamat pada 13/01/2018

      Balas
  15. Nuratyh says

    16/05/2017 at 4:54 PM

    Lesen L sy expired 15/01/2017 . Boleh renew lg ke ? Sbb dh 4 bulan dh dia expired????

    Balas
    • Toji Ali says

      18/07/2018 at 12:19 AM

      Lesen L yang sudah expired boleh diperbaharui asalkan tidak melebihi 2 tahun.

      Balas
  16. ahmad says

    17/05/2017 at 12:03 PM

    assala, Salam , nak tanya kalau dekat lesen L saya tulis 22/02/2017- 21/05/2017 . Saya kena renew ke ? Sbb sy telah test jpj dan lesen P sy P saya boleh dibuat pada 24/05/2017

    Balas

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:40 PM

      Kalau tak salah saya, lesen L untuk belajar menunggang/memandu dan test JPJ sahaja. Kalau sudah lulus test JPJ, lesen P boleh diproses walaupun lesen L sudah mati. Cuba dapatkan kepastian drpd sekolah memandu atau JPJ sendiri.

      Balas
  17. Nabilahusna says

    11/07/2017 at 6:33 PM

    Saya ambil lesen kelas B2 & D.
    Saya dapat lesen tu dari 09/01/2017 dan mati 08/04/2017. Saya belum renew lagi dah mati 3bulan lebih.

    1. Ada denda ke kalau lambat renew?
    2. Berapa bayaran untuk kelas B2 & D?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:33 PM

      Lesen awak akan mati pada 08/01/2019. Jadi sekarang masih boleh renew lagi.

      1. Tak ada denda, kalau tak nak pakai, tak perlu renew.
      2. Renew B2+D untuk 3 bulan RM30, RM60 untuk 6 bulan.

      Balas
  18. Syafiq says

    10/08/2017 at 10:01 PM

    Salam..saya nk tnye lesen L D saya dah tamat tempoh 1 thun dari semasa saya dapatkan lesen L saya x renew lagi..dapat x saya renew lagi dan brp harga?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:26 PM

      Walaupun dah setahun tak renew, masih boleh renew lagi asalkan tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L. Harga renew untuk 3 bulan ialah rm30 dan rm60 utk 6 bln.

      Balas
  19. Mariam says

    18/08/2017 at 3:40 PM

    Thanks for the info. Appreciate that.

    Balas
  20. Mariam says

    18/08/2017 at 3:42 PM

    Nak tanya, selain JPJ dan pejabat pos, Ada Tempat lain yg boleh renew lesen? Thanks in advance.

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:36 PM

      MyEG. You’re welcome.

      Balas
  21. farhan fais says

    28/08/2017 at 9:08 AM

    kalau lesen l tamat 28/8/2017, boleh tak renew lebih dari tarikh tu?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:23 PM

      Nak renew selepas 28/8/2017 boleh, asalkan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh asal dapat lesen L DAN ada sekuran-kurangnya 3 bulan lagi sebelum cukup 2 tahun. Contoh: Kalau lesen belum cukup 2 tahun lagi, tapi tinggal 2 bulan 20 hari sebelum cukup 2 tahun, itu dikira dah tak boleh renew dah tu.

      Balas
  22. Faaaaa says

    13/09/2017 at 10:03 PM

    Assalam. Saya confius lagi ni. Saya dpt lesen L saya 15/3/2017 – 16/6/2017.

    Lepas renew untuk kali pertama, tarikhnya 16/6/2017 – 17/9/2017.

    Soalan saya, kalau saya x sempat renew sblm 17/9/2017 tu, takpe la kan? Sbb belum sampai 2 tahun?

    Sekiranya Renew selepas 17/9/2017 pun kira valid lagi la ye?

    TQ 🙂

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:20 PM

      Waalaikumussalam. Ya, boleh renew selepas 17/9/2017. Asalkan tak lebih 2 tahun. Kalau tak pakai (nak tangguh dulu) tak payah la renew, kalau renew pun membazir je. Melainkan kalau itu lesen L B2 dan awak pakai lesen tu untuk tunggang moto atas jalan raya, memang kena renew lah.

      Balas
  23. Shita says

    09/10/2017 at 10:34 PM

    Klau dah 5 bulan x renew lesen L cane Erkk??

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:14 PM

      Boleh je renew asalkan tak lebih dari 2 tahun.

      Balas
  24. Shita says

    09/10/2017 at 10:36 PM

    Klau Pejabat pos yg kecik2 tu blh ke?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:13 PM

      Tanya staff atau baca senarai perkhidmatan yang ditawarkan di post office tu.

      Balas
  25. Luqmanul says

    20/10/2017 at 11:11 AM

    Kalau saya dah renew 3 bulan, pastu masih x amik amik Lesen P dlm masa 3 bulan tu, masih boleh renew kali ke 2 ke?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:11 PM

      Lesen L boleh diperbaharui berulang kali asalkan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L tu.

      Balas
  26. Aishahmtzn says

    02/11/2017 at 10:13 AM

    Boleh sy tahu harha renew lesen l utk 3 buan.. Sbb ada blog sy bca rm2 utk 2 bulan

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:35 PM

      Kalau belum ada lagi lesen P atau Full (CDL) untuk mana-mana kelas, lesen L untuk B2 ialah RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan. Kalau sudah ada lesen (contohnya lesen kereta), harga lesen L B2 RM20 untuk 3 bulan dan RM40 untuk 6 bulan. Kalau untuk kelas D, RM30 untuk 3 bulan, RM60 untuk 6 bulan. Kalau D+B2 RM30 dan RM60 juga, dia takkan jadi RM30 (D) + RM2/RM20 (B2). Ringkasnya RM2/RM4 hanya untuk kelas B2 sahaja DAN dengan syarat belum pernah memiliki lesen sebelum ini.

      Balas
  27. Aiq says

    24/11/2017 at 4:33 PM

    Lesen l saya dah tamat pada 12.6.17 ..
    Adakah saya boleh renew lagi pada pada lewat tahun 2017 ini.
    Dan berapa kos utk renew lesen l (D)

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:41 PM

      Kalau belum 2 tahun masih boleh renew. Lesen L kelas D RM30 utk 3 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.

      Balas
  28. Felix says

    27/11/2017 at 1:51 PM

    hi saya mahu tanya, lesen L saya mula 29/12/15-28/3/16, last saya renew 4/8/16-9/11/16, masih bolehkah saya renew lesen L?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:09 PM

      Lesen awak akan mati pada 28/12/2017. Sekarang sudah 27/11/2017, tinggal sebulan sahaja sebelum mati. Untuk renew lesen L, minimum 3 bulan diperlukan. Jadi saya rasa awak dah tak boleh renew lagi lesen L tu.

      Balas
  29. farhan jamil says

    11/12/2017 at 9:56 AM

    slm nk tanya lesen L saya dh nk masuk 2 tahun lagi 2 bulan je saya boleh pakai sebelum mati, saya nk renew lesen motor saya tapi x cukup bulan sebab renew lesen paling sekejap 3 bulan tapi lesen saya lagi 2 bulan mati…nk buat mcm manenye???

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:04 PM

      Kalau macam tu awak dah tak boleh nak renew lagi lesen tu. Kalau ikut buku, awak kena ulang balik kelas KPP01 dan jawab test undang2 balik, ibarat tak pernah dapat lesen L tu. Try tanya JPJ kalau2 boleh buat rayuan.

      Balas
  30. unknown says

    23/12/2017 at 1:11 AM

    Ohh macamtu… maksudnya limit untuk tukar lesen L kpd P , 2 tahun la kan ?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:42 PM

      Ya. Kalau dalam masa 2 tahun tu tak dapat lesen P, kena ulang balik dari awal, ibarat tak pernah dapat pun lesen L tu.

      Balas
  31. Athirah says

    09/01/2018 at 10:48 PM

    Salam sy nak tya lesen L sy akan tamat 10/1/2018 . Tarikh sy dapat lesen L ni 10/1/2014 . Boleh ka jpj terima jika sy nak buat jpj test ?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 11:02 PM

      Kalau dapat pada 10/1/2014 dan tamat pada 10/1/2018 bermakna awak dapat renew lesen L untuk 4 tahun. Macam mana tu? Sy pun confuse ni.. Kalau test JPJ pada atau sebelum 10/1/2018 boleh la, lepas pada 10/1/2018 kena renew dulu lesen L tu jika masih boleh renew.

      Balas
  32. Ehh papejelah says

    18/01/2018 at 7:18 AM

    Bro nipu lebih ni bro , aku baru2 ni teman member aku renew lesen L bayaran dia rm2 je bro untuk 3 bulan 6 bulan rm4 ????????‍♂️

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:44 PM

      Tak tipu bro.. Kalau tak pernah ada lesen, memang harga dia RM2. Kalau dah ada lesen PDL atau CDL kelas lain contohnya lesen kereta, harga lesen L untuk moto akan jadi RM20, bukan lagi RM2.

      Balas
  33. Anis says

    20/01/2018 at 1:53 AM

    Saya nak tanya saya ada lesen L-B2 dan L-D dan saya dah pernah renew sekali , Tapi sebab kerja sya belum ada masa untuk sambung Lesen P, Boleh ke kalau sy renew untuk kali ke 2 atau lesen L cuma boleh Renew sekali je?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:53 PM

      Lesen L boleh diperbaharui berulang kali, asalkan tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L.

      Balas
  34. Adah says

    04/02/2018 at 5:41 AM

    Kalau lesen dh expired…. Pastu nk renew… Byran dia sama ka?

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:45 PM

      Sama je.

      Balas
  35. Bujie says

    15/05/2018 at 9:00 PM

    Kalau tarikh renew kite 19/5/18 tapi kita nak renew pada 16/5/18. Boleh tak? Sbb kalu boleh nk renew cepat la sbb nak pg bljar plak ni huhu

    Balas
    • Toji Ali says

      17/07/2018 at 10:48 PM

      Entahlah, try la tanya kat pejabat pos tu. Sy renew awal sehari boleh je, kalau awal byk hari tak pasti pulak.

      Balas
  36. Azman says

    07/10/2018 at 5:15 PM

    Salam saya nk tanya bole.. Saya mula ii dapat lesen l moto pada 9/4/2018-8/7/2018 lepas tu saya dh renew pada 8/7/2018-7/10/2018 dan mati harini bole ke saya renew lagi

    Balas
  37. Helen says

    07/10/2018 at 7:08 PM

    Hi saya nak tnya kalau kes mcm sy ni mcm mna ya. Sy daftar ari mula pada 20.08.2015 hingga 19.11.2015 masa mula2 lpas tu renew lgi 17.11.2015 hingga 19.05.2016 lpas tu renew lgi 20.06.2016 Hingga 11.09.2016 lpas tu renew lgi 20.09.2016 hingga 19.03.2017 dan smpi skrg dah tak renew lgi.. Klu sy nk renew lesen L bole lgi tak?

    Balas
  38. Raj says

    18/12/2018 at 12:20 AM

    Trima kasih bro ni yg paling senang i baca dari tadi panic2 pebenda nk buat pasal ni… ni paling simple la… thank you god bless 😉

    Balas
  39. Sarah says

    31/01/2019 at 12:53 AM

    Assalamualaikum, sye nk tnye, sye ade lesen L B2 dn D.. Sye nk renew 6 bulan terus.. Harga berapa ye?

    Balas
  40. Parveen says

    28/01/2020 at 3:02 AM

    Lesen saya 25/10/2018-05/01/2019
    (Lesen Belajar Memandu)
    Masih boleh renew ke?

    Balas
  41. Izwan says

    19/02/2020 at 5:20 AM

    Lesen L tamat tempoh 8 bulan.. Boleh renew dekat pos ke

    Balas
  42. Syazz says

    24/02/2020 at 3:53 PM

    If lesen L tu tamat n kurang dri 3bulan untk renew..still bleh renew ke if nk repeat test with jpj.. Contoh skrng bulan 2..lesen tu cukup 2tahun bulan 5..biasenye 3bulan tu 92hari..if saya renew harini just about 90 days.. Boleh ke kurang dari 3bulan..help me plz

    Balas
    • Sanazi Ali says

      26/08/2020 at 12:18 AM

      kalau kurang 3 bulan cukup 2 tahun memang tak boleh renew lagi. Tapi saya tak pasti jumlah hari 92 atau 90. sebaiknya cuba tanya di jpj atau pejabat pos, boleh atau tidak.

      Balas
  43. Eyra says

    20/08/2020 at 9:07 PM

    saya nak tanya
    sebelum nie lesen L saya pada tahun 2019 kemudian saya baru renew lesen L saya samapi bulan 10 tahun 2020. Apabila saya dimaklumkan bahawa test jpj bulan 11, tetapi lesen L saya tamat bulan 10. Adakah saya boleh renew lesen L saya untuk mendapatkan test jpj ? Sebab terlalu sayang jika mengambil semula

    Balas
    • Sanazi Ali says

      26/08/2020 at 12:15 AM

      susah nak jawab sebab tak beritahu tarikh lesen L mula. hari/bulan/2019?

      Balas
  44. Joo says

    15/02/2021 at 10:50 AM

    As salam nak Tanya..lesen LDL tarikh mati 15/2/2020
    Tapi dah renew ..
    Tarikh mati pada 12/2/2022
    Setahun jugak tu..pembayaran baru rm32
    Betol ke.
    Bukan 3 bulan atau 6 BULAN skali renew
    Inggin tahu

    Balas
  45. naz says

    13/07/2022 at 5:00 PM

    Kene charge rm20 sebab memang dah ada lesen kompeten kereta ke? dalam lesen L tu hanya untuk B2 sahaja ingat kena charge rm2 sahaja.

    Balas
    • Sanazi says

      20/10/2022 at 10:38 PM

      Sebab dah ada lesen kereta, lesen L B2 kena charge RM20. Kalau tak ada apa-apa lesen lain, lesen L B2 RM2.

      Balas
  46. Hazim says

    06/10/2022 at 11:39 PM

    Boleh kah saya renew lesen L saya tamat pada 14 /6. 13/9 sekarang 6/10 boleh kah saya renew lesen L saya lagi

    Balas
  47. Syam says

    11/09/2019 at 3:38 PM

    Saya dapat lesen L 25/5/2019 dan expired 24/8/2019..buleh tak kalau saya tak renew lesen lagi lesen L lebih dari tarikh tersebut..x kene denda ke?

    Balas
  48. Sanazi Ali says

    25/08/2020 at 11:59 PM

    Boleh renew, tak kena denda pun, asalkan belum lebih 2 tahun dari 25/5/2019

    Balas

Trackbacks

  1. Pengalaman Test JPJ Ujian Memandu Kereta berkata:
    10/08/2016 6:27 AM

    […] Baca juga: Renew lesen L di pejabat pos. […]

    Balas
  2. Pengalaman Test JPJ Kali Kedua berkata:
    10/08/2016 6:30 AM

    […] Baca juga: Renew lesen L di pejabat pos. […]

    Balas
  3. Tutorial Beli Topup Online berkata:
    20/08/2016 10:54 PM

    […] kedai topup, kedai serbaneka dan kedai runcit pun ada jual. Malah, selain urusan surat-menyurat dan renew lesen memandu, pejabat pos pun ada jual topup. Tapi yang paling senang, boleh dibeli di rumah dan di mana-mana […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Cara Daftar BSN Online Banking (myBSN)

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in