• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Pendaftaran dan Pembaharuan / Cubaan Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Gagal

Cubaan Renew Lesen Memandu Di Pejabat Pos Gagal

30/07/2020 by Toji Ali Leave a Comment

Assalamualaikum. Pada 26/7/2020 saya ke pejabat pos terdekat untuk renew lesen memandu di sana.

Hajatnya nak pergi awal sebab pukul 8:30 pagi sudah buka, namun pukul 10 juga sampai ke sana. Orang ramai kat situ, maklumlah PKP sekarang di peringkat PKPP, orang mula untuk buat segala urusan yang tertunda sebelum ini, contohnya renew lesen memandu.

Pejabat pos Wakaf Bharu
Pejabat pos **Gambar dari Google

Ada dua butang untuk ambil nombor giliran. Butang untuk urusan JPJ adalah nombor 2. Setelah menunggu, rasa geram pula apabila nombor kepala 1 sentiasa dipanggil sementara nombor kepala 2 bukan main lama berselang.

Setelah nombor dipanggil, saya beritahu mahu renew lesen memandu serta menyerahkan lesen dan MyKad.

Staff beritahu saya, lesen tidak boleh diperbaharui kerana tiada rekod dalam sistem mereka. Jawapan yang diberikan seolah-olah lesen saya ialah lesen terbang, walaupun penat saya berusaha untuk dapatkannya.

Katanya, sebab lesen CDL saya itu adalah lesen CDL pertama setelah diperbaharui daripada lesen PDL, jadi tak boleh renew di pejabat pos, kena renew di JPJ sekali lagi baru boleh renew di pejabat pos.

Ada pulak macam tu? Saya tahu lesen PDL ke CDL memang tak boleh ditukar di pejabat pos. Tapi kalau lesen CDL dalam kes ini, tak tahu pulak tak boleh juga. Terpaksalah saya ke UTC atau JPJ untuk renew kali ini.

Jangan cakap kerana lesen saya sudah luput 2 hari yang lepas? Saya baca di blog-blog orang lain, boleh je renew. Malah saya berjaya renew lesen belajar memandu LDL di pejabat pos tanpa masalah, dua kali pulak tu, dan setelah tamat tempoh.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pendaftaran dan Pembaharuan Tagged With: lesen memandu, pejabat pos

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in