takut memandu

Test JPJ ujian memandu kereta kali pertama telah terkandas dengan jayanya. Ini ada take 2 pula. Macam test jpj kali pertama juga, petang sehari sebelum test tu aku pergi IM nak tengok nombor giliran aku. Boleh je pergi pagi esok, tapi aku takleh tidur karang kalau tak tengok awal-awal. Kali ini adalah sesi 4 nombor 10. Malam tu, hajatnya nak tidur awal, tapi tak boleh sebab nak pulun last minit. Pukul 12 baru masuk tidur. Then kali ini aku tak dapat nak lelapkan mata. Entah pukul berapa baru tertidur. Bangun pukul 6 dan pergi tanak nasi dan goreng telur dadar. Kali ini akak aku dah takde nak masakkan nasi dan tolong hantar, dia dah pergi ke Melaka sebab sekolah dah nak bukak. Macam biasa, nasi yang ditelan terasa pahit dengan setiap suapan.

Sesi 4 yang mula test dulu. Itulah kelebihan calon ulangan, dapat test dulu. Nasib baik walaupun sesi aku yang first tapi menunggu agak lama jugak sebab aku giliran yang ke sepuluh. Dapat la tengok calon lain buat dulu, so dapat la aku watch and learn. Muka-muka kali ini aku kenal sebab diorang pun sama-sama fail jalan raya macam aku. Nervous kali ini lain dari kali yang pertama. Kali pertama nervous sebab takde pengalaman lagi tapi belum rasa kegagalan. Kali kedua pulak nervous dia lain macam, takut kandas lagi sebab dah pernah rasa kegagalan. Ada sebuah Viva berhenti betul-betul di tepi aku, bila calon yang itu keluar je, maka aku akan naik kereta yang itu. Tiba-tiba sebuah lagi kereta Viva berhenti di belakang kereta itu. Aku dah target nak naik yang depan tu, tapi calon tu lambat keluar pulak, so akhirnya aku dapat kereta yang belakang tu.

Test JPJ kali kedua bermula

Aku bagi salam dan masuk. Pegawai JPJ tu masih memeriksa borang markah calon tadi dan calon tadi tertinggal IC dan lesen L dia. Aku panggil akak kerani yang bertugas dan bagi kat dia. Lepas tu pegawai JPJ lelaki tu tanya aku dah kali ke berapa dah. Aku cakap dah kali kedua, so nervous sikit. Dia cakap, rilek la, baru dua kali, tadi ada yang dah empat kali. Aku rasa aku tahu yang empat kali tu, yang duduk tepi aku masa taklimat ringkas tadi. Berkeping-keping lesen L dia.

panduan penjagaan kereta
OK, takde kaitan dengan test JPJ. Tapi pasal kereta jugak.

RSM OK dan dia dah suruh jalan walaupun kereta yang kat depan tu masih belum gerak. Dia cakap kereta kat depan tu lambat lagi tu kalau nak tunggu, dia suruh mencelah ikut ruang-ruang yang ada kat tepi. Kat traffic light, lampu merah, bila dah hijau tu, belum sempat aku gerak dia dah jadi merah balik. Dia pun cakap apa yang awak buat tak gerak-gerak lagi, macam mana ni awak dah tak ikut arahan lampu isyarat. Lampu isyarat hijau untuk kali kedua baru aku jalan.

Jangan ulangi kesalahan ketika test JPJ kali pertama

Sebab sebelum ni aku kandas sebab gagal berhenti di persimpangan, asal simpang je aku berhenti sampai JPJ pun cakap apasal awak asyik berhenti je ni. Tak perlu perhenti, beri laluan sahaja, takde kereta awak jalan. Sebab nak selamat punya pasal takut terbawak melebihi had laju 60km/j dan terlambat untuk slow-kan ke 30km/j di sekolah, aku bawak bukan main pelan sampai abang JPJ ni perli aku, kalau kat KB di dah jem 10km ke belakang.

Aku tak rasa sangat macam ujian sebab abang JPJ siap bagi tunjuk ajar lagi kat aku, tapi still jantung berdetak-detak kencang bagai nak meletup. Entah berapa kali enjin kereta mati. aku tak tau kenapa sebab masa kali pertama dulu tak pulak enjin mati. Nasib baik abang JPJ ni layankan je aku. Dan aku berjaya pandu kereta start dari keluar sampai masuk balik IM, ada chance aku nak lulus ini. Abang JPJ ni cakap kat aku dia serba salah nak bagi markah kat aku dan macam-macam la cakap-cakap kononnya nak gagalkan aku. Selalunya bila dah JPJ tanya awak nak lulus ke gagal, besar kemungkinan kita akan lulus. Aku dah rasa happy dah dalam hati dan dia pun bagi aku lulus. Alhamdulillah.

spongebob pun dah lulus test jpj
Spongebob pun ada lesen memandu, jadi takde sebab aku tak boleh. Sumber gambar: spongebob.wikia.com

Semua yang terjadi ada hikmahnya

Ada hikmah aku tak lulus pada percubaan pertama, aku dapat JPJ yang baik dan sanggup bagi tips-tips yang berguna untuk aku. Dan aku bersyukur lulus dengan dua kali test sahaja. Aku juga bersyukur masa latihan litar aku langgar tebing/batas selekoh Z kerana aku dapat belajar daripada kesilapan dan tak langgar apa-apa masa ujian sebenar.

Baca juga: Renew lesen L di pejabat pos.

0 thoughts on “Pengalaman Test JPJ Kali Kedua”
  1. […] Aku ke ofis dan bayar RM50 untuk retest pada 29hb nanti. Semoga lulus dan menjadi hadiah tahun baru. Aku call kakakku untuk ambik aku. Dalam phone lagi dia tanya lulus tak, aku cakap datang la dulu. Aku then pergi balik jumpa staff tadi dan tanya boleh ambik tak borang tu sebab ada dua copy. Takleh, so aku mintak izin nak snap supaya aku belajar daripada silap aku tadi. Kakakku sampai dan aku cakap la aku failed dan dia macam marah la jugak. Ades, dah takdo rezeki nak buek camno. Aku naik rumah terus berhuhuhu dalam selimut. Kisah sadis ini pun bersambung di bahagian kedua. […]

  2. assalamualaikum bro..,

    Jadi tak sudi ke berkongsi apa tips yang abang jpj kongsikan tu? huhu
    seronok juga baca pengalaman orang lain walaupun saya baru kelas pratikal lagi.
    Harapnya giliran saya nanti semuanya berjalan lancarlah,insyaaAllah.

    Kalau gagal sekali,jangan cepat putus asa,memang awalnya kita akan rasa down sangat,tapi ikutkan tak kan nak ikut hati sedih selama-lamanya kan? Kena la kuatkan diri juga.

    btw,banner yg pasal tipskereta tu saya tekan,tak keluar apa-apa pun..baru nak baca.

    1. Waalaikumussalam. hai.. masa sembang2 tu abg jpj tu macam cikgu yg tgh mengajar, so sy buat je lah yg dia suruh. Sy ada tnya jgk pasal garisan chevron, sbb kalau pijak chevron gagal mandatori. dia ckp klau keadaan boleh mendatangkan bahaya, pijak je. Mksudnya klau kete kt belakang tu bersusun-susun, pijak je.
      Insya Allah, semoga berjaya ambik lesen. Pasal banner tu, lupa nk setting balik link lepas migrate ke hosting baru, will fix it.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *