• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Personal / Pengalaman Test JPJ Ujian Memandu Kereta

Pengalaman Test JPJ Ujian Memandu Kereta

29/01/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Setiap orang pasti akan ada pengalaman test JPJ ujian memandu kereta atau menunggang motosikal. Aku juga tidak terkecuali. Pagi-pagi lagi dah tak lalu makan, maklum la test JPJ kan. Hari ini aku minta kakakku hantarkanku ke sana, masa pergi latihan aku pergi sendiri je.

Pengalaman Test JPJ Bermula dengan RPK dan RSM

Lepas daftar dan ambik giliran, ada briefing daripada JPJ. Then, tunggu buat RPK dan RSM. Masa RPK, 3 mata yang ditolak antaranya ialah, bukan sebab aku tak mention, tapi aku tak tutup dengan sempurna; penutup radiator, tangki simpanan air radiator dan apa entah satu lagi. Untuk RSM pula, nasib baik salah satu je. Indikator bateri tak sempat aku buat sebab dia dah suruh start enjin. Apa lagi terus aku start enjin. Lepas tu aku check free gear, dia tanya kena free gear dulu ke start enjin dulu? Aku cakap la free gear dulu, dia cakap habis tu sekarang enjin dah hidup baru nak check. Sebab dia la aku dah kelam-kabut step aku, dah suruh start enjin, aku start la enjin. Total salah dua test ini adalah 4, still dalam kawalan aku yang mana aku bajet maksimum 2 salah setiap test.

Ujian Yang Sebenar #1 – Ujian Litar

Ke bukit pulak, bila giliran dah hampir tiba, cuak yang sedia ada jadi semakin cuak. Dah la test pakai Kancil. Sedang perhati dan menunggu tu, ada la member nombor 7 ni kandas kat bukit. Cuak aku jadi super cuak. Bila turn aku hampir tiba, hampir pasti ku akan gunakan kereta Kancil yang si nombor 7 tadi kandas. Tiba-tiba datang pulak encik Viva dan terus aku guna kereta itu. Nasib baik lepas bukit. Untuk test bahagian II, bukit la tempat paling menakutkan, punca kandas kerana kereta akan mengundur, jarang sangat sebab tak masuk line kuning. Kami gelar bukit tu bukit berpuaka dan puakanya adalah makcik JPJ yang tengah jaga time tu. Hahaha…

ujian jpj mendaki bukit
Sekadar gambar hiasan. Sumber: justadhablog.blogspot.com

Parking berjalan lancar. Namun, untuk test tiga penjuru aku hampir tercirit ( terkincit >:0 >:o >:O ) sebab masa nak keluar, abam JPJ tu cakap nanti kejap. Dia datang usha dan tengok tayar belakang aku dah makan line putih dah (katanya lah, entah-entah dia kelentong aku) walaupun aku rasa masih belum langgau tebing belakang. Aku dah pasrah dah dengan kegagalan aku, tapi nasib baik abam JPJ tu kasi aku can, aku dimaafkan walaupun itu kesalahan mandatori. Terima Kasih! (3X) Untuk test lain-lain berjalan lancar dan Alhamdulillah aku lulus bahagian II dengan markah nyawa-nyawa ikan 58/70.

Ujian Memandu JPJ
Test jalan raya lagi cuak sebab 1 lawan 1 dengan abam JPJ. Sumber gambar: kavscorner.wordpress.com

Ujian Yang Sebenar #1 – Ujian Jalan Raya

‘Kenalin’ belum pun surut, duduk belum panas punggung dah tiba giliran aku untuk bahagian III. Aku bagi salam, bagi borang dan buat RSM. Enjin dah sedia hidup dah macam mana aku nak buat test indikator, sebelum tu dia cakap ‘enjin’, cakap kasi terang supaya aku faham, kau suruh aku tutup enjin dulu ke suruh aku leraikan enjin. Lepas siap, aku mintak izin untuk mula gerak. Masa nak keluar ke jalan raya, sebab memang takde kenderaan terus aku gerak. Dia then, “awak bagi signal ke kiri, himpit bahu jalan. Takde kereta awak u-turn.” Adeh, failed aku. Dia tanya, “awak tahu salah awak?” Aku dah intai borang tu, salahnya sebab tak berhenti di simpang. Aku ucap terima kasih kat dia. Bagi balik borang tu kepada staff akademi memandu dan aku mula berhuhu dalam hati.

panduan penjagaan kereta
OK, takde kaitan dengan test JPJ. Tapi pasal kereta jugak.

Failed, but the World is not at the end.

Aku ke ofis dan bayar RM50 untuk retest pada 29hb nanti. Semoga lulus dan menjadi hadiah tahun baru. Aku call kakakku untuk ambik aku. Dalam phone lagi dia tanya lulus tak, aku cakap datang la dulu. Aku then pergi balik jumpa staff tadi dan tanya boleh ambik tak borang tu sebab ada dua copy. Takleh, so aku mintak izin nak snap supaya aku belajar daripada silap aku tadi. Kakakku sampai dan aku cakap la aku failed dan dia macam marah la jugak. Ades, dah takdo rezeki nak buek camno. Aku naik rumah terus berhuhuhu dalam selimut. Kisah sadis ini pun bersambung di bahagian kedua.

Baca juga: Renew lesen L di pejabat pos.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Personal Tagged With: kereta, lesen memandu

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Pengalaman Test JPJ Kali Kedua - Blog Rojak berkata:
    31/01/2016 11:50 PM

    […] sebelum ni aku kandas ujian JPJ aku. Ini ada take 2 pula. Macam test kali pertama juga, petang sehari sebelum test tu aku pergi IM […]

    Balas
  2. Pengalaman Test JPJ Kali Kedua berkata:
    04/08/2016 7:01 AM

    […] JPJ ujian memandu kereta kali pertama telah terkandas dengan jayanya. Ini ada take 2 pula. Macam test jpj kali pertama juga, petang sehari sebelum test tu aku pergi IM […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Aku Terbeli Modem 4G Tenda 4G185
  • Cara Dapatkan Pratonton Astro Percuma
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in