• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Personal / Berpindah Ke Blog Baru

Berpindah Ke Blog Baru

22/06/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Assalamualaikum. Sudah agak lama aku biarkan blog tojiali.com diliputi dengan sawang labah-labah nan tebal. Rasanya kali terakhir aku pahatkan sesuatu padanya ialah pada bulan Febuari yang lalu. Kali ini aku mahu update sikit, tapi kali ini blog aku sudah berpindah ke blog baru di memorilampau.ml ini.

berpindah ke blog baru
Gambar hiasan

Sebenarnya, lama aku tidak aktif di blog kerana aku dalam dilema. Aku hanya mahu aktif semula menulis blog selepas aku membuat rombakan untuk blog-blog aku.

Nak aktif main blog, tapi terbantut

Rombakan yang aku mahu lakukan ialah untuk berpindah ke hosting yang lebih baik. Lebih baik dari segi reliability dan juga quota addon domains dan juga ruang simpanan. Hajat hati mahu berpindah sama ada ke NetKL, ServerFreak, CrocWeb ataupun HawkHost.

Selain itu, aku mahu tukarkan blog tojiali.com kepada blog berbahasa Inggeris, manakala artikel asal berbahasa Melayu di sana akan dipindahkan ke blog sanazi.my (belum beli lagi). Aku tak mahu lagi jadikan blog tojiali.com sebagai blog dwibahasa. Malah, kejap jadi dwibahasa, kejap aku delete semula artikel bahasa Inggeris. Aku tidak mahu lagi buat blog menggunakan subdomain atau subfolder.

Aku mahu sunting dan perbaiki lagi artikel sedia ada. Aku mahu baiki tagging dan kategori. Ada artikel yang sudah bertahun jadi draf, masih belum aku publish lagi.

Dilema lain yang aku hadapi ialah samada mahu implimentasikan SSL (https) atau tidak. Kelebihan SSL ialah Google menjanjikan sedikit reputasi dari segi SEO berbanding blog biasa. Malah, boleh je pasang SSL secara percuma dengan adanya servis daripada CloudFlare. Malangnya, iklan tidak dapat dipasang pada blog jika menggunakan SSL. Boleh je pasang, tapi nanti browser akan paparkan amaran kerana resource secure bercampur aduk dengan yang tidak secure, ini akan membuatkan average visitors yang tidak faham mengenai amaran mixed content ini terus klik pada butang pangkah.

Berpindah ke blog baru secara sementara

Dilema lain lagi, sekarang ini aku menghadapi masalah kesempitan kewangan. Maka aku tidak dapat beralih ke hosting idaman yang aku beritahu tadi. Juga tidak dapat untuk beli domain baru sanazi.my. Mahal tu, agak-agak dalam RM120 tidak termasuk GST. Penyelesaian sementara ialah aku pakai dulu hosting percuma dan sebagai ganti domain sanazi.my, aku pakai dulu domain memorilampau.ml ini.

Tapi bila aku pakai domain .ml ni, timbul pulak isu baru. Isunya, dengar-dengar domain ini akan ‘lesap’ secara misteri apabila blog mula mendapat populariti. Selain itu, domain ini aku dapat secara percuma tapi tidak pasti masih percuma lagi ke tidak bila mahu renew kelak. Lagi, sebab domain ini domain percuma, mangkuk-mangkuk tingkek akan daftar secara botingkek-tingkek untuk tujuan spamming, maka kredibiliti domain ini akan terjejas dan aku tidak pasti Google akan indeks dan melayan sama rata seperti domain standard .com etc pada halaman SERP beliau.

Apa-apa pun, kita try je lah dulu. Belum cuba belum tahu.

p/s: Nampak tak ayat separa skema kat sini. mungkin aku akan cuba untuk guna ayat baku di mana-mana yang sesuai.

Update: menggunakan domain memorilampau.ml mungkin adalah pilihan yang silap, jadi aku revert semula ke domain tojiali.com sehingga aku dapatkan domain dan hosting idaman aku.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Personal Tagged With: domain name, hosting

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in