• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging / Daftar Domain Name Percuma

Daftar Domain Name Percuma

24/08/2015 by Toji Ali 2 Comments

Kini kita boleh daftar domain name percuma yang boleh digunakan untuk menggantikan subdomain blogspot.com atau wordpress.com. (How to register free domain name).

Senarai extension domain name percuma

Sebelum itu, aku tak nak korang salah sangka nama domain atau domain name percuma ini adalah domain .com atau .net. Tetapi merupakan domain name percuma daripada Freenom.

Antara domain name percuma tersebut ialah:
.tk – Tokelau (New Zealand)
.ml – Mali
.ga – Gabon
.cf – Central African Republic
.gq – Equatorial Guinea

Hampir kesemua domain name percuma ini ialah domain name negara-negara Afrika. Pun begitu, ianya nampak lebih smart kerana menggunakan root domain atau second level domain berbanding menggunakan subdomain .blogspot.com ataupun .co.cc.

Sebelum ini, aku memang sudah cuba untuk daftar, tapi macam tak boleh. Tapi selepas freenom beroperasi secara rasmi di Malaysia, barulah dapat daftar. Sebelum ini, memang dia tak bagi daftar kot.

Cara untuk daftar domain name percuma

Untuk mendapatkan domainname percuma ini. Pergi ke https://freenom.com. Cari domain name yang dimahukan.

domain name percuma freenom
Cari domain name percuma yang disukai.

Selepas domain name percuma tersebut dijumpai dan available, klik pada “Checkout”.

domain name percuma freenom
Klik pada “Checkout”

Selepas itu, pilih tempoh pendaftaran domain name (tempoh untuk pembaharuan seterusnya). Boleh didaftarkan sehingga 12 bulan terus. Juga klik pada “Use DNS” > “Use your own DNS”. Masukkan nameservers hosting korang (contohnya ns1.namahosting.com dan ns2.namahosting.com). Jika belum ada hosting, boleh daftarkan hosting percuma. Atau kalau masih mahu pakai blogspot boleh daftar servis DNS hosting percuma seperti CloudFlare dan NameCheap dan masukkan nameserver yang diberikan oleh servis DNS hosting.

domain name percuma freenom
Masukkan nameservers dan pilih “billing cycle”

Masukkan email. Aku sarankan guna email Gmail sebab aku tak terima email pengesahan daripada diorang bila guna email Yahoo. Klik pada “verify my email address” dan sila semak peti masuk email korang. Klik pada confirmation link yang diberikan dalam email tersebut.

domain name percuma freenom
Masukkan email, disarankan akaun Gmail

Isikan segala maklumat yang diperlukan seperti nama dan alamat.

domain name percuma freenom
Isikan maklumat yang diperlukan

Akaun dan domain name percuma korang sudah aktif. Boleh pergi ke Client Area.

domain name percuma freenom
Akaun sudah aktif

Sila halakan domain name percuma ke hosting atau BlogSpot

Untuk menukar rekod nameservers, log masuk ke client area di https://my.freenom.com, klik pada “Domains” > “My Domains”. Klik pada “Manage Domain” (yang ada gambar macam gear/setting) > “Management Tools” > “Nameservers”.

Tiada perkhidmatan DNS management ditawarkan bagi akaun domain name percuma. Maka boleh daftar servis DNS hosting percuma dan tetapkan nameservers ke sana. Maka untuk DNS management boleh setup di sana contohnya untuk tambah A Record dan CNAME record untuk blogspot.

Aku sudah check WHOIS. Tiada rekod WHOIS dapat disemak, sekurang-kurangnya untuk domain .ml yang aku daftar. Ianya bagus sebab tak perlukan ID Protection.

Aku tidak pasti domain name percuma ini masih akan percuma untuk renewal yang seterusnya atau percuma untuk satu tahun sahaja. Tapi bagi aku, kalau sudah tidak percuma, that’s it, aku cancel sahaja. Aku daftar ni pun sebab perlukan domain name untuk buat eksperimen sahaja.

Aku juga tidak pasti domain name ini ccTLD atau gccTLD. Kalau ccTLD, memang tak bagus untuk SEO sebab kalau domain .ml, blog korang mungkin tidak akan dapat visitor selain dari Mali. Kalau gccTLD, bagus sebab akan dilayan macam domain .com atau .net.

Panduan lain-lain yang berkaitan

Kalau nak beli domain name .com boleh rujuk tutorial ini. Kalau mahu hosting percuma, boleh try xtreemhost atau byethost atau hostinger. Untuk hosting murah, boleh cuba KLServer, RM30 setahun, lebih murah daripada harga domain name. Kalau nak jimat, guna hosting NetKL, RM60 dapat hosting percuma. Jadi anggaplah hosting tu berharga RM25 sahaja sebab NetKL jual domain name .com RM35. (Update: Anggaplah hosting tu berharga RM15 sahaja sebab NetKL jual domain name .com RM45).

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tagged With: domain name, percuma, web hosting

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Aditya says

    17/10/2020 at 10:49 AM

    Aku tak dapat lah pak cik.
    Selalu order canceled lah

    Balas

Trackbacks

  1. Blog Ini Tidak Lagi Menggunakan HTTPS SANAZI.MY berkata:
    04/08/2016 10:23 PM

    […] berita baik ialah, bukan sahaja kita boleh dapat domain name percuma dan web hosting percuma, malah kita tidak perlu keluarkan duit walau satu sen pun untuk membolehkan […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in