logo gempakbox

Beberapa hari yang lalu, maka genaplah setahun aku bersama GempakBox (laman web GempakBox). Maka layaklah juga kiranya aku membuat review web hosting GempakBox Network ini. Anggaplah review ini sebagai ucapan selamat tinggal daripada aku kepadanya.

Sebab aku mahu berpindah

Jangan salah sangka. Penghijrahan aku ke hosting lain bukanlah sebab kecurangannya terhadapku mahupun ketidaksetiaan aku kepadanya. Hahaha, apa yang aku merapu ni sengal. Maksud aku, bukanlah sebab GempakBox tidak bagus yang membuatkan aku bertukar angin ke server baru.

Sebab utamanya ialah gara-gara aku sudah pokai untuk renew hosting tersebut walaupun hanya sebanyak RM80, kadar untuk setahun. Maka aku terpaksa berhijrah ke hosting KLServer yang sangat murah hanya RM27 setahun (harga diskaun tu, valid untuk tahun pertama sahaja).

gempakbox hosting features
Butir-butir hosting Gempakbox

Ini adalah review ringkas tentang servis GempakBox, pakej White RM80 setahun:

Storage
Pakej yang aku langgan adalah pakej yang menawarkan storan sebanyak 5GB. Boleh tahan besar juga walaupun aku host semua gambar di sana. Mungkin sebab saiz gambar aku hanya 640px 72dpi sahaja dan baru setahun memuat naik gambar, kalau sudah lama mungkin tidak mengcukupi.

Domain can host
Dulu 2, sekarang sudah 3. Bagi aku OK lah sebab aku ada satu domain name je. Malas nak ada banyak-banyak, satu pun dah tak terjaga. Dulu aku ambil pakej ini sebab pakej yang paling murah hanya boleh host 1 domain jer sedangkan aku ada dua. Tapi aku gembira sebab pilih pakej ini sebab pakej yang RM50 tu storage dia 1 GB jer, mana cukup.

Monthly Bandwidth/Transfer
200GB. Banyak dah tu. Kalau setakat serve web page dengan beberapa keping gambar, jumlah itu tidak akan cecah sama sekali. Malah ianya besar gila kalau hendah dibandingkan dengan tawaran-tawaran daripada hosting terbaik yang lain-lain pilihan blogger.

Server technology
Dulu Apache 2, sekarang sudah upgrade ke Litespeed. Salah satu sebab lain kenapa aku berat hati untuk migrate.

Uptime
Masa awal-awal aku langgan dulu memang kadang-kadang website down walaupun visitor tidak seberapa. Pernah juga blog aku ini down sampai hampir setengah hari (kalau tak silap la). Mungkin ada server maintainance kot. Ada downtime dengan notis awal daripada mereka dan ada juga down tanpa sebarang amaran. Namun selepas itu, plugin monitor Jetpack tidak lagi merekodkan sebarang downtime daripada blog aku sehingga saat aku berpindah. Maka uptime mereka juga boleh dipuji.

Data center / website location
Blog aku dihostkan di Singapura. Ini adalah satu-satunya sebab aku akan berhijrah ke hosting lain walaupun tidak pokai memandangkan aku mahu blog aku beralamat-IP-kan Malaysia kerana blog aku berbahasa Melayu dan aku ada berkira-kira untuk beli domain .my walaupun mahal dan tiada privacy protection. Aku mahu domain name, kandungan dan alamat IP blog aku beridentitikan Malaysia.

After sale support paling penting

Support

Walaupun support memang penting untuk membantu kita tatkala menghadapi masalah teknikal dan seumpamanya. Aku jarang menghubungi mereka kerana aku tidak mempunyai sebarang masalah melainkan masalah downtime yang mana aku belum sempat aku tahu dan berbuat apa-apa, tahu-tahu dah ada emal daripada team Jetpack yang beritahu kat aku “your blog is up again. Total downtime is x seconds/minutes/hours”. Cumanya aku contact diorang ketika awal-awal pembelian untuk proses pembayaran.

Seingat aku diorang balas dengan cepat walaupun masa itu beberapa hari saja lagi nak raya. Cuma satu je yang aku tak puas hati, aku PM page FB diorang sebelum buat payment, aku tanya boleh ke bayar pakai Maybank2U? Krik! Krik! Krik! Dua tiga hari baru balas, aku dah bayar dah pun. Mungkin diorang prioritize email dahulu dan jarang check PM di Facebook. Aku nak tahu boleh ke tak bayar pakai online banking sebab aku dapat diskaun, so perlu bayar RM72 je. Mesin cash deposit tidak menerima note RM1.

Sebab pertanyaan aku tak dilayan, aku bank in kan RM80 dengan harapan RM8 akan masuk ke dalam akaun aku di website mereka sepertimana pihak NetKL lakukan. Tapi rupanya tidak, duit itu hangus begitu sahaja. Kupon diskaun 10% yang diberikan tidak membawa apa-apa makna. Mungkin salah aku juga sebab berdiam diri sahaja tanpa bertanya pasal RM8 itu. Huhu, sorry panjang sikit. Luahan perasaan atau di seberang dikenali sebagai “curhat”.

Berat rasanya mahu berpindah ke server lain

Walaupun aku memang tetap akan berhijrah ke server lain walaupun aku tidak pokai, namun aku rasa berat hati untuk berhijrah ke hosting lain secara sementara sebelum berhijrah lagi dan kekal bersama dengan hosting yang miliki ciri-ciri idamanku. Aku rasa sangat berat hati kerana aku tidak tahu macam mana performance dan uptime server baru. Aku juga malas untuk backup dan restore segala fail dan database yang sedia ada. Salah teknik boleh jadi break installation blog aku. Dah la aku ada pakai banyak subdomains. Yang paling aku benci, akan timbul masalah downtime sebab perlukan masa untuk domain name propogate ke server baru.

Aku sebenarnya tak tahu nak buat review ni, tak tahu nak ulas dari aspek apa. So, yang ini kira pass la ya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *