klserver logo

Salam semua. Ini adalah post tentang KLServer hosting termurah Malaysia. Jadi, hari ini aku akan tunjukkan cara untuk membeli hosting termurah di Malaysia iaitu hosting daripada KL Server Studio ataupun KLServer, pakej Newbie dengan hanya RM30 setahun.

A. Tutorial Pembelian Hosting KLserver.

Pergi ke www.klserver.net dan pilih pakej yang dimahukan, sebagai contoh pakej Newbie yang telah aku pilih. Klik pada “See Details”. Seterusnya akan keluar seperti screenshot di bawah.

pakej hosting klserver
Senarai pakej yang ditawarkan

Klik pada “Order Now” bagi pakej yang dikehendaki. Oleh kerana aku sudah ada domain name, maka aku pilih option yang ketiga iaitu “I will update my nameservers on an existing domain Or I will register a new domain. Masukkan alamat domain yang sedia ada di ruang yang telah disediakan. Klik pada “Click to Continue>>”.

web hosting klserver
Masukkan domain name

Seterusnya butir-butir untuk pakej yang telah dipilih akan keluar sebagai makluman terakhir allocation yang pelanggan akan dapat selepas pembelian nanti. Terdapat addon ataupun perkhidmatan sampingan yang boleh pelanggan tandakan. Aku biarkan sahaja sebab tak perlu pun itu semua. Klik pada “Add to Cart”.

web hosting klserver
Butiran pakej yang telah dipilih

Skrin Order Summary akan keluar untuk menunjukkan jumlah yang perlu dibayar. Kalau ada promotional code boleh dimasukkan pada ruang yang telah disediakan dan klik pada “Validate Code >>”. Kalau kod itu sah dan boleh dipakai, maka pelanggan akan nikmati potongan harga yang tertentu. Jika tiada kod diskaun, boleh terus klik pada “Checkout”.

web hosting klserver
Masukkan kod diskaun jika ada

Lepas aku masukkan kod diskaun atau kod promosi, aku dapat potongan sebanyak 10% untuk sekali guna dan hanya perlu bayar sebanyak RM27. Hint: Boleh cari di laman web KLServer untuk dapatkan promotional code tersebut. Walaupun boleh jer aku nak letak di sini, tapi saja nak bagi korang buat homework sikit. Klik pada “Checkout”.

web hosting klserver
Kod diskaun sah dan telah mendapat potongan harga

Lepas klik pada checkout, maka isi lah segala maklumat yang diperlukan dan seterusnya klik pada “Complete Order”.

web hosting klserver
Masukkan butiran yang diperlukan

Seterusnya invois akan diberikan kepada pelanggan dan korang perlu pindahkan wang ke akaun yang telah dinyatakan. Aku gunakan akaun Maybank dan bayar dengan Maybank2U.

klserver invoice
Invois yang perlu dijelaskan

B. Tutorial Pembayaran Melalui Maybank2U.

Disebabkan aku order hosting ini pada waktu tengah hari, aku mandi, solat, masak dan makan sehingga dalam pukul 4 lebih baru mula hendak membuat pembayaran. Entah kenapa internet buat hal dan tak dapat untuk login ke Maybank2U. Aku kelam kabut sebab hari sudah petang dan hampir melepasi working hours, sedangkan aku perlu membuat pembayaran pada hari itu juga. Walaupun mungkin support 24 jam, tapi untuk berjaga-jaga baik aku bayar cepat-cepat. Lagipun aku perlukan hosting dengan kadar segera sebab hosting aku yang sebelum ini daripada GempakBox sudah nyawa-nyawa ikan nak expired. Hanya ada satu sebab sahaja aku tidak extend hosting GempakBox, kerana aku betul-betul sudah pokai dan tak mampu walau untuk membayar hosting GempakBox yang hanya RM80.

Makanya, aku kelam kabut dan tidak sempat untuk screenshot. Namun, boleh rujuk tutorial aku yang sebelum ini iaitu pembayaran domain name daripada NetKL. Caranya tetap sama, bezanya adalah nombor akaun penerima yang berbeza.

email klserver
Email daripada KLServer

Selepas pembayaran dibuat, periksa email yang korang terima. Email yang paling penting daripada KLServer ialah email bertajuk “Account Information”. Email ini akan mengandungi username dan password untuk akses ke CPanel. Selain itu ia juga mengandungi pautan untuk ke halaman tutorial serta pautan untuk akses ke CPanel serta nameserver yang akan digunakan untuk halakan domain name sedia ada ke server mereka dan juga lain-lain tutorial yang berkaitan.

C. Tutorial Setup Server Baru.

Bahagian ini bukanlah tutorial, hanya pemberitahuan ringkas sahaja bagaimana ianya berlaku. Mungkin lain kali tutorial yang menyeluruh bagi tiap-tiap yang berikut akan dibuat.

Terdapat banyak kemungkinan:

a. Korang sebelum ini hanya blogging menggunakan platform Blogger atau Blogspot dan tanpa alamat domain. Kini terus jump kepada domain name + WordPress atau apa sahaja CMS blogging yang memerlukan hosting sendiri.

b. Korang sudah ada domain name tapi sebelum ini guna Blogspot dan mahu berhijrah ke self-hosted blogging platform seperti WordPress.

c. Berhijrah dari hosting provider yang lain kepada yang baru.

Untuk mengupas setiap satu daripada yang di atas, memang memerlukan post yang panjang dan mungkin memerlukan tutorial yang khusus untuk setiap situasi.

Secara ringkas untuk situasi (a), boleh rujuk tutorial pembelian domain name daripada NetKL untuk panduan membeli domain name. Kemudian rujuk tutorial tetapan hosting GempakBox untuk halakan (point) domain name ke server yang baru dibeli, dan seterusnya memasang (install) WordPress pada server itu. Untuk mengimport post daripada Blogspot, boleh install plugin WordPress Importer.

Untuk situasi (b), sama seperti situasi di atas, halakan domain name ke server dan pasang WordPress padanya. Import post daripada Blogspot dengan plugin WordPress Importer. Permalink (URL WordPress) perlu diubah supaya menyamai URL Blogspot supaya segala backlinks ataupun dipanggil link juice tidak akan hilang selepas migration daripada Blogspot kepada WordPress.

Untuk situasi (c) pula, fail dan database daripada server lama perlu dibuat backup dan dipindahkan ke server yang baru. Proses ini boleh dibuat dengan CPanel.

Kalau tidak faham tidak mengapa, sebab ini memang bukan tutorial, hanya penerangan ringkas sahaja. Mungkin lain kali tutorial yang lengkap akan dibuat.

Berbalik kepada hosting KLServer yang murah ini. Kita sering mendengar “you got what you pay,” bayar murah dan jangan expect yang terbaik. Betul. Tapi yang mahal tidak semestinya bagus dan yang murah tidak semestinya tidak bagus. Servis ini menawarkan harga serendah RM30 setahun, maka tidak salah untuk mencuba, kalau tidak suka, RM30 itu tidaklah banyak sangat.

0 thoughts on “KLServer Hosting Termurah Malaysia”
  1. […] tersebut walaupun hanya sebanyak RM80, kadar untuk setahun. Maka aku terpaksa berhijrah ke hosting KLServer yang sangat murah hanya RM27 setahun (harga diskaun tu, valid untuk tahun pertama […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *