• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Pendaftaran dan Pembaharuan / Panduan Buka Akaun PayPal

Panduan Buka Akaun PayPal

15/01/2017 by Toji Ali Leave a Comment

Assalamualaikum. Kali ini saya akan tunjukkan panduan untuk buka akaun PayPal.

PayPal kepada yang masih belum biasa ialah laman yang dianggap sebagai ‘online wallet’ yang mana anda boleh terima bayaran, tambah dana dari bank atau kad kredit, buat bayaran untuk online shopping dan juga pindahkan duit masuk ke akaun bank.

Langkah-langkah untuk buka akaun PayPal

1. Pergi ke laman web PayPal dan klik pada butang “Sign Up” yang ada di bahagian atas kanan skrin.

buka akaun paypal
Halaman utama PayPal

2. Jenis akaun yang anda perlu buka ialah persendirian “Buy with PayPal”, maka klik pada butang “Get Started” pada kotak yang pertama.

buka akaun paypal
Pilihan yang pertama

3. Pilih negara, masukkan alamat email dan kata laluan lalu klik pada butang “Continue”.

4. Isikan segala maklumat yang diperlukan. Untuk first name, masukkan nama anda. Untuk last name masukkan bin/binti + nama bapa dan tinggalkan ruangan middle name. Ataupun boleh juga masukkan nama bapa sahaja pada ruangan last name.

buka akaun paypal
Masukkan maklumat diri anda

5. Tandakan “By clicking the button…” dan klik pada “Agree and Create Account”.

Tambah kad kredit atau kad debit

6. Seterusnya, anda perlu masukkan maklumat kad kredit atau kad debit. Sila lihat pada bahagian hadapan kad tuan/puan untuk nombor dan tarikh luput kad. Pergi ke bahagian belakang kad dan masukkan 3 digit terakhir sebagai nombor keselamatan. Klik pada “Link Card”.

buka akaun paypal
Masukkan butir-butir kad kredit atau kad debit

Untuk pengguna kad debit, anda perlu call bank anda dan beritahu ingin hidupkan fungsi oversea transaction, online purchase dan card-not-present (CNP) transaction. Jika belum diaktifkan, kad debit tidak diterima dan PayPal akan tunjukkan mesej error. Rujuk artikel ini. Sementara itu, anda boleh klik “I’ll link my card later” untuk skip langkah ini.

Tambah akaun bank

7. Seterusnya anda perlu sambungkan akaun bank ke akaun PayPal. Skrol ke bawah dan klik pada “Add a bank account or a card” atau “add a bank account”.

buka akaun paypal
Skrol ke bawah kiri skrin

8. Pilih opsyen link a bank account.

buka akaun paypal
Pilih opsyen untuk tambah akaun bank

9. Masukkan data-data yang diperlukan. Pastikan periksa dengan teliti sebelum klik pada “Continue”. MEPS bank routing code boleh didapati dari pautan “Details”.

buka akaun paypal
Masukkan maklumat akaun bank

10. Jika maklumat yang dipaparkan adalah tepat, klik “Save”, boleh klik “Back” jika mahu lakukan perubahan maklumat.

buka akaun paypal
Simpan akaun bank
fiverr
Panduan Fiverr

Artikel berkaitan:
Panduan untuk sahkan (verify) akaun PayPal – tambah kad kredit atau kad debit
Panduan tentukan bahawa akaun Paypal anda verified atau unverified
Panduan keluarkan duit dari PayPal ke akaun bank.
Panduan buat duit online percuma masuk ke akaun PayPal.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pendaftaran dan Pembaharuan Tagged With: PayPal

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Lokmanamirul says

    21/11/2017 at 2:03 AM

    Sangat mudah nk buat akaun paypal adanya info ni.

    Balas

Trackbacks

  1. Verify PayPal Dengan Kad Debit berkata:
    15/01/2017 3:17 AM

    […] Akaun PayPal 2. Kad debit 3. Online banking (optional tapi disarankan untuk […]

    Balas
  2. Cara tentukan akaun Paypal Verified (Design Baru) berkata:
    15/01/2017 3:51 AM

    […] berkaitan: Panduan membuka akaun PayPal Panduan verify akaun Paypal Panduan keluarkan duit dari akaun PayPal ke akaun bank Panduan buat […]

    Balas
  3. Beli Topup Murah Online berkata:
    02/02/2017 6:07 AM

    […] kaedah pembayaran yang anda ingini seperti kad kredit, online banking atau PayPal. (Saya gunakan online banking – […]

    Balas
  4. Cepat Dan Lumayan Side Income Paid Surveys berkata:
    08/02/2017 10:01 AM

    […] cashout ialah $8 dan bayaran boleh dituntut melalui akaun PayPal, Payza, Paytoo dan Neteller. Cara yang paling biasa digunakan ialah PayPal, akaun yang unverified […]

    Balas
  5. Seedbox Murah PulsedMedia berkata:
    27/08/2018 9:07 AM

    […] ingin gunakan PayPal, pastikan sudah ada akaun PayPal (dan verified sekiranya diperlukan), untuk tambah fund ke akaun PayPal, boleh topup daripada akaun […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Cara Daftar BSN Online Banking (myBSN)

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in