seedbox murah pulsedmedia

Seperti tertera pada tajuk, entry kali ini mengenai seedbox murah daripada PulsedMedia.

Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan penggunaan seedbox. Selalunya saya menorrent dengan PC sendiri sahaja. Tak susah pun untuk maintain ratio di private trackers yang saya join kerana kesemua mereka mempunyai seeding bonus points yang boleh ditukarkan kepada upload kredit.

Walau bagaimanapun, saya mempunyai private trackers wish list yang saya berminat untuk sertai. Jadi saya perlukan ratio dan statistik yang gempak daripada trackers sedia ada untuk meningkatkan kebarangkalian untuk diterima oleh private trackers tersebut apabila mereka membuka invite application atau recruit.

Untuk tingkatkan ratio dengan menggunakan PC sendiri agak sukar kerana kita tidak mempunyai internet yang berdesup seperti luar negara, malah kalau internet yang tak open port lagi sukar untuk seed.

Nak tak nak terpaksa juga pakai seedbox. Saya cukup berpuas hati dengan seedbox pertama yang saya cuba. Download speed 24 MBPS dan upload speed ada yang mencecah berbelas-belas MBPS. Kalau nak diikutkan, 24 MBPS itu perlahan untuk penorrent tegar. Tapi suka untuk diingatkan ini adalah seedbox murah menggunakan HDD bukan SSD. Kalau download speed terlampau laju akan membuatkan HDD overload. Jadi saya sudah puas hati dengan apa yang saya dapat. Sedangkan download speed direct pakai PC saya pun 5 MBPS sahaja.

Walaupun dari segi speed saya puas hati, tapi dari segi storage saya tak puas hati kerana 200GB sahaja. Kalau upgrade ke saiz yang lebih besar terasa mahal pula. Kalau macam tu lebih baik saya langgan NetFlix, iFlix dan Crunchyroll terus. Baik saya cari seedbox lain dengan tawaran yang lebih baik.

Setelah mencari dan membanding beberapa penyedia seedbox murah, saya tertarik dengan pelan Value250 S daripada PulsedMedia. Dengan langganan €6.99 sebulan saya dapat 900GB ruang HDD. Sebelum saya decide untuk langgan, saya cuba dulu “Free Seedbox” yang diorang tawarkan -Tak free sangat pun, kena bayar €0.20 untuk test seedbox diorang.

Jadi, sekiranya anda bakal menjadi pengguna seedbox buat kali pertama, dan sedang mencari provider seedbox murah untuk mencari pengalaman menggunakan seedbox, di sini saya syorkan PulsedMedia dan saya sediakan langkah demi langkah untuk melanggan.

Update: Setelah sebulan lebih menggunakan pelan Value250 S, kini saya beralih ke pelan Value250 L. Jika anda berminat dengan pelan PulsedMedia Value250, saya syorkan pelan Value250 M dan Value250 L sahaja kerana dua pelan ini yang paling berbaloi – “most bang for your buck”.

Value250 XS – 75.1252 GB/EUR
Value250 S – 128.7554 GB/EUR
Value250 M – 202.7534 GB/EUR
Value250 L – 245.6779 GB/EUR

*Harga pelan Value250 L dalam screenshot di bawah ialah €11.99 sementara harga ketika saya langgan ialah €10.99

Pergi ke laman utama PulsedMedia dan pilih “VALUE250 SEEDBOX” daripada menu “SEEDBOXES” di bahagian kanan atas skrin.

seedbox murah pulsedmedia
Pilihan yang paling “budget friendly” daripada PulsedMedia

Dari sini terdapat 4 pilihan. Klik sahaja butang “SIGN UP!” dari pelan yang menjadi pilihan anda.

seedbox murah pulsedmedia plans
Pilihan yang ada untuk pelan “Value250 Seedbox”.

Kemudian anda boleh pilih billing cycle. Kalau saya, saya pilih billing cycle setiap satu bulan kerana senang untuk cabut lari sekiranya servis tidak menepati cita rasa saya. Isikan maklumat-maklumat yang diminta seperti yang tertera dan klik pada butang “Continue”.

seedbox murah pulsedmedia
Pilih billing cycle lebih panjang, dapat diskaun

Pada halaman ini, anda boleh pilih untuk bayar dalam matawang USD sekiranya anda akan bayar menggunakan akaun PayPal yang mempunyai baki USD bagi mengelakkan conversion fee. Isikan borang “New Customer” jika anda pelanggan baru. Jika anda seperti saya yang sudah mencuba seedbox percuma mereka, saya masukkan username dan password pada tab “Existing Customer”.

seedbox murah pulsedmedia
Isikan maklumat yang diperlukan

Masukkan maklumat-maklumat lain sekiranya berkenaan dan pilih kaedah pembayaran.

seedbox murah pulsedmedia
Pilih kaedah pembayaran

*Jika ingin gunakan PayPal, pastikan sudah ada akaun PayPal (dan verified sekiranya diperlukan), untuk tambah fund ke akaun PayPal, boleh topup daripada akaun RHB. Jika tiada akaun RHB, boleh join reward site untuk kumpul duit USD dan keluarkan ke akaun PayPal untuk dibelanjakan atau dipindahkan ke akaun bank Malaysia. Dulu Clixsense adalah reward site terbaik untuk kumpul duit USD, sekarang tetap terbaik tapi sudah tidak ada PayPal lagi. Alternatifnya, reward site yang ada pilihan PayPal ialah InstaGC. InstaGC juga adalah antara yang bagus dan kepada gamers, anda boleh dapatkan Steam Wallet Code melalui InstaGC. Pilihan lain ialah hubungkan kad kredit atau kad debit ke akaun PayPal dan duit akan dicaj dari sana jika baki akaun PayPal ialah 0.

*Jika ingin gunakan Bitcoin, anda boleh beli Bitcoin daripada Luno. Tapi buat sementara waktu, untuk deposit duit dari akaun bank ke Luno sudah dibekukan. Alternatifnya, anda boleh collect Bitcoin daripada aplikasi Telegram – Dino Park Game, FreeBitcoin, BTCClicks atau laman seumpamanya. Pilihan yang paling baik setakat ini ialah beli Bitcoin daripada LocalBitcoins, saya pun dapatkan dari sana. Pindahkan jumlah Bitcoin yang mencukupi ke Bitcoin wallet di CoinPayments.net untuk proses pembayaran.

*Seperti yang dapat dilihat, tiada pilihan untuk kad kredit. Saya rasa, jika anda pilih PayPal, akan ada pilihan untuk isi maklumat kad kredit tanpa perlu log masuk ke PayPal. Jika tiada fungsi ini, buka akaun PayPal dan hubungkan kad di akaun PayPal, tak susah pun.

Kemudian klik butang “Checkout”.

Saya pilih kaedah pembayaran Bitcoin, jadi saya akan dihantar ke laman web CoinPayments.net. Saya pilih unit BTC dan klik butang “Complete Checkout”.

seedbox murah pulsedmedia
Bayar menggunakan cryptocurrency Bitcoin melalui CoinPayments.net

Bayaran akan diproses dan akan dihantar ke halaman pengesahan bayaran.

seedbox murah pulsedmedia
Proses pembayaran sudah selesai

Seterusnya tunggu proses pindahan Bitcoin selesai. Transaksi Bitcoin memakan masa, jadi sila bersabar. Mengikut pengalaman saya, tak lama pun, agak-agak 15 minit sahaja.

Setelah rekod di halaman CoinPayments.net menunjukkan transaksi pindahan Bitcoin selesai, sila tunggu lagi. Pihak PulsedMedia akan setup akaun anda. Anda akan dapat email pengesahan bayaran invoice disusuli dengan maklumat untuk akses ke Seedbox baru anda.

seedbox murah pulsedmedia
Maklumat untuk akses ke seedbox anda

Klik pada pautan “Web access URL” dan log masuk menggunakan Login dan Password yang dibekalkan. Setelah berjaya log masuk, klik pada pautan “access ruTorrent”.

seedbox murah pulsedmedia
Klik pautan “access ruTorrent” (rTorrent web user interface)

Sepertimana kebanyakan seedbox providers yang lain, PulsedMedia menggunakan rTorrent. Kalau yang dah biasa pakai uTorrent tu, biasa-biasakan diri untuk pakai rTorrent pula.

Tahniah, anda sekarang sudah ada seedbox sendiri, sedia untuk menorrent pada bila-bila masa, beroperasi selama 24 jam sehari, jadi boleh maintain ratio private trackers tanpa perlu rasa ragu-ragu untuk shut down PC.

Yang best mengenai seedbox PulsedMedia, seedbox ini menyokong public torrent, termasuk seeding/upload setelah torrent download complete 100%. Ada sesetengah providers yang support download sahaja dan auto stop setelah 100% ( auto hit and run 🙂 ) Walaupun seedbox biasanya digunakan untuk private trackers, tetapi ada saatnya anda terpaksa download daripada public tracker. Contohnya, saya gunakan Nyaa.si dan saya rasa bersalah sekiranya tidak dapat beri balik apa yang sudah saya terima walaupun sekadar public tracker.

Satu lagi yang best mengenai seedbox PulsedMedia, anda mungkin akan dapat storage tambahan asalkan anda kekal melanggan PulsedMedia. Langganan Value250 S saya bermula dengan 900GB, kini sudah meningkat kepada 923GB. Malangnya, saya tidak akan renew lagi pelan ini setelah saya langgan pelan Value250 L untuk menggantikan pelan ini. Walau bagaimanapun, storage pelan Value250 L ini juga tetap akan meningkat.

seedbox murah pulsedmedia
Extra storage policy daripada PulsedMedia
seedbox murah pulsedmedia
Extra storage yang saya sudah dapat

Yang tak best mengenainya ialah download speed limit setakat 12 MBPS sahaja. 12 MBPS ini kalau menurut internet Malaysia, sudah dianggap berdesup. Tapi kalau kelajuan download seedbox dianggap kategori kura-kura. Bagi saya bukan masalah besar pun, tergantung atas selera masing-masing.

Selingan: Saya sedang mencari invite untuk trackers berikut:

(1) AnimeBytes | https://animebytes.tv
(2) U2.DMHY | https://u2.dmhy.org/portal.php
(3) BakaBT | https://www.bakabt.me
(4) MusicVids | http://music-vid.com
(5) CartoonChaos | http://www.cartoonchaos.org
(6) MyAnonamouse | https://www.myanonamouse.net
(7) IPTorrents | https://www.iptorrents.com
(8) Oppxxtime | https://oppxxti.me

*Senarai di atas ialah wish list saya yang masih belum tertunai.

AnimeBytes adalah tracker yang sangat-sangat saya perlukan buat masa ini. Setiap hari saya buka laman web AnimeBytes untuk check open signup atau application, tetapi hampa setiap kali. Jika anda ada invite, amat berbesar hati saya sekiranya anda sudi untuk invite saya. Saya bersedia untuk berikan ratio proof dan/atau seedbox proof sekiranya diperlukan.

*Jangan offer kepada saya untuk jual invite, saya tak berminat untuk beli walaupun murah. Jual-beli invite adalah salah.
*Jangan invite saya menggunakan fake/duplicate akaun.

Buat masa ini saya download anime daripada public tracker Nyaa.si. Nyaa.si ni bagus sebenarnya, tetapi bagus setakat untuk anime batch/episod yang baru diupload. Kebanyakan torrent yang saya cari adalah anime lama yang sudah tidak ada seeder. Saya tak kisah kalau seeder ada 1 sahaja dan speed tersangat perlahan, tapi kalau 0 seeder memang tak boleh buat apa-apa dah. Jadi saya perlukan AnimeBytes sangat-sangat. Thank you in advance buat sesiapa yang akan invite saya 🙂

Boleh contact saya di Facebook atau gunakan halaman contact.

– Selingan tamat –

Panduan seterusnya: Cara tambah torrent ke ruTorrent dan Cara download dari seedbox ke PC.

Diharap tutorial kali ini bermanfaat untuk anda yang first time mencuba seedbox. Ini adalah servis yang paling murah yang saya jumpa untuk jumlah storage yang diberikan. Selamat menorrent.

0 thoughts on “Seedbox Murah PulsedMedia”
  1. […] download kepada 1 atau 2 sahaja. >> Untuk fail yang ada direct link seperti fail daripada seedbox, masukkan semua link siap-siap kepada download manager seperti IDM dan tetapkan simultaneous […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *