• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Ulasan / Hello Digi Infinite 150, Bye Bye Digi Broadband 100

Hello Digi Infinite 150, Bye Bye Digi Broadband 100

13/07/2018 by Toji Ali Leave a Comment

Setelah lebih kurang setengah tahun aku menggunakan pelan internet Digi Broadband 100, aku terpaksa ucapkan selamat tinggal kepada pelan berkenaan. Bukan kerana masalah connection tetapi masalah quota. Mana cukup 40GB data untuk sebulan. Disebabkan aku tidak terikat dengan kontrak, jadi aku putuskan untuk terminate sahaja.

Upgrade kepada Digi Infinite 150

Aku terminate pelan ini memang sebab dah ada niat untuk melanggan Digi Infinite 150 pula. Walaupun aku rasa agak mahal jugak RM150 sebulan, tapi kalau nak diikutkan aku beli data prabayar Digi Live dan Hotlink Fast untuk aktiviti download-mendownload, sebenarnya melanggan Digi Infinite 150 lebih berbaloi berbanding Digi Broadband 100 campur prabayar.

Digi Infinite 150 Plans
Digi Infinite 150 Plans

Sebelum putuskan untuk ambik Digi Infinite 150, aku ragu-ragu juga. Bukan sekadar bil yang agak mahal tapi kononnya pelan yang ini lebih perlahan berbanding pelan-pelan Digi yang lain: https://community.digi.com.my/t5/Postpaid/Digi-infinite-150-is-not-full-speed-plan-and-slow-a-bit-than/td-p/29038. Namun ulasan daripada blog Einz.my menyatakan beliau berpuas hati dengan pelan ini, maka aku decide untuk langgan Digi Infinite 150 ini. Alternatif lain yang aku pertimbangkan ialah Celcom Home Wireless Gold Plus dengan langganan RM100 sebulan untuk 50 GB data + 100 GB Video Walla dan Music Walla.

Boleh juga langgan di kedai

Menurut website rasmi Digi, pelan Digi Infinite hanya boleh dilanggan menerusi atas talian. Tapi ketika aku mahu langgan pelan Digi Broadband 100 dulu, kedai tu ada offer Digi Infinite. Kalau tak boleh langgan di kedai, aku bercadang mahu upgrade dari pelan prabayar Digi Live sahaja. Aku ke kedai yang sama untuk terminate Digi Broadband 100 dan tanya pasal Digi Infinite 150. Ternyata memang ada kat situ, tak payah aku order online atau upgrade daripada prepaid Live, tak payah tunggu delivery atau proses penukaran pelan.

Brader yang sama yang jaga kedai. Untuk terminate dia suruh aku pergi terus ke Digi center terdekat sebab kalau terminate kat situ boleh terminate serta merta, tak payah bayar bil full month. Kalau terminate kat tempat dia, habis billing cycle baru terminated.

Untuk pendaftaran Digi Infinite 150, aku kena bayar dua bulan bil 150×2. Untung sekarang kerana GST 0%, jadi bayar RM300 je lah, bukannya RM318. Dan siap ada promosi lagi RM130 untuk 6 bulan pertama dan extra 5% diskaun lagi jika aku buat autopay dengan kad kredit atau debit. Tapi aku tak ambik yang lagi 5% tu. Bayar manual je lah, bayar bila ada duit, heheh. Tapi aku tetap kena bayar RM300, RM20x2 tu akan direbatkan ke dalam bil. Selepas pendaftaran aku hanya dapat simcard sahaja, resit pun hanya dapat menerusi email.

Penggunaan kali pertama Digi Infinite 150

Aku pasangkan dengan modem TP-Link TL-MR6400, memang khas untuk internet sahaja. Nak cakap rugi sebab dapat unlimited call tapi tak pakai untuk call, aku rasa tak kot, sebab internet takde quota. Internet lebih penting berbanding call.

Perkara pertama yang aku test ialah Speed test:

Speedtest Digi Infinite 150
Speedtest Digi Infinite 150

Takdelah laju sangat malah lagi slow berbanding speedtest yang aku pernah dapat dengan Digi Broadband 100. Tapi tak kisah lah, yang penting pengalaman penggunaannya memuaskan.

Digi Infinite 150 Test Download
Test Download 1
Digi Infinite 150 Test Download
Test Download 2
Digi Infinite 150 Test Download
Test Download 3

Nota: Nampaknya hari ini bukan yang baik untuk buat test sebab speed sedikit perlahan berbanding biasa.

Kalau torrent, kalau nak diikutkan ianya dihadkan kepada 64 kbps sahaja, jauh lebih perlahan daripada Digi Live (lebih kurang 100 kbps), berjanggut lah nak tunggu torrent selesai download. Aku tak try buka torrent pun sebab aku tak nak bagi ada rekod penggunaan torrent untuk pelan Digi Infinite. Bukan masalah besar pun sebab aku pakai VPN dan Seedbox untuk aktiviti torrent-menorrent aku.

qBittorrent + NordVPN (server Singapura): Purata 1-3 MBPS

digi infinite 150 download
Menorrent dengan bantuan VPN

SFTP (FileZilla): Purata 3-5 MBPS

digi infinite 150 download
Download dari server seedbox

IRC (HexChat): Purata 1-2 MBPS

digi infinite 150 download
Download speed melalui IRC

Usenet -mungkin akan menyusul

Setelah beberapa minggu, aku berpuas hati dengan pengalaman menggunakannya. Kelajuannya tidak lebih perlahan berbanding Broadband 100 malah mungkin lebih laju lagi. Tapi harap-harap tidaklah awal-awal laju, tapi bila dah lama jadi makin perlahan.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Ulasan Tagged With: Digi, internet

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Aku Sudah Terminate YES 4G berkata:
    13/07/2018 5:31 PM

    […] Pada hari Sabtu aku sudah terminate YES 4G. Jika segalanya berjalan lancar, aku boleh hidup dengan hanya menggunakan internet prabayar Hotlink Fast dengan langganan RM45 sebulan. Yang bestnya, kalau aku stay dengan prabayar, aku dapat rebat setiap kali topup. Jika tidak berjalan lancar, aku akan langgan Digi Broadband RM100 atau Digi Infinite RM150. […]

    Balas
  2. Pengalaman Menggunakan Digi Broadband 100 berkata:
    13/07/2018 5:37 PM

    […] dengan pelan YES yang aku sudah terminate sebelum ini, maka akhirnya aku pilih Digi Broadband 100. Digi Infinite 150, aku tak consider sebab rasa-rasanya agak mahal komitmen RM160 sebulan. Dan aku percaya Digi […]

    Balas
  3. Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur berkata:
    13/07/2018 6:07 PM

    […] Sebelum ini aku sudah rasa agak berjaya menggunakan Internet Burung Hantu daripada prabayar Celcom. Namun semuanya tidak bertahan lama. Jadi aku beralih kepada internet pascabayar YES 4G pula. Selepas aku terminate YES 4G, aku kini beralih kepada prabayar Hotlink Fast 3.0 edisi Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Jika semuanya berjalan lancar, aku akan kekal dengan pelan prabayar ini atau terpaksa beralih kepada internet prabayar daripada Digi samada Digi Broadband RM100 atau Digi Infinite RM150. […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • TP-LINK TL-MR6400 4G Router

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in