Aku sudah pakai servis internet pelan Digi Broadband 100 dalam sebulan lebih dan aku mahu kongsikan serba sedikit pengalaman menggunakan pelan internet pascabayar ini.

Sebelum menggunakan Digi Broadband 100

Sebelum ini, setelah aku terminate pelan internet YES Broadband 98, aku bertukar kepada internet prabayar Hotlink Fast 2.0 versi Pantai Timur.

Dengan langganan RM45 sebulan, aku dapat 76GB data. Bunyinya memang bagus, 1.69GB per Ringgit, tapi 76GB data itu bukanlah all-day data. Ianya adalah split quota berdasarkan perincian berikut:

  • 8GB All-day data = jumlah 8GB sebulan
  • 1GB setiap hari bermula 1 pagi sehingga 7 pagi = jumlah 30GB sebulan
  • 1GB happy hour setiap hari , boleh ditebus bila-bila masa, sah selama 1 jam = 30GB sebulan
  • 1GB setiap sabtu dan 1 GB setiap ahad = jumlah 8GB sebulan
  • Jumlah keseluruhan = 76GB sebulan

Pelan ini kalau untuk buat download, memang terbaik. Tebus pass happy hour ketika waktu larut malam (1AM-7AM) dan korang dapat 2GB serentak untuk download.

Hotlink Fast
Pek permulaan Hotlink Fast

Tapi untuk penggunaan biasa secara harian, 8GB all-day data memang tak cukup. Maka menggunakan pelan prabayar ini sebagai internet utama memang sebuah projek yang GAGAL!

Jadi aku terpaksa juga langgan internet pascabayar untuk menggantikan Hotlink Fast.

Prabayar tak sesuai, kena pascabayar jugak

Pilihannya antara Maxis dan Digi sahaja kerana kedua-dua telco ini mempunyai signal yang baik di rumah aku dan memandangkan telco lain tidak menawarkan pelan yang kompetitif (ketika pilihan ini dibuat), maka yang lain-lain itu tidak termasuk dalam consideration aku. Aku lebih cenderung untuk memilih Maxis, namun kerana harganya yang lebih mahal berbanding Digi, malah hampir tak ada beza dengan pelan YES yang aku sudah terminate sebelum ini, maka akhirnya aku pilih Digi Broadband 100. Digi Infinite 150, aku tak consider sebab rasa-rasanya agak mahal komitmen RM160 sebulan. Dan aku percaya Digi Broadband 100 sudah cukup untuk kegunaan internet harian aku.

Aku percaya Digi Broadband 100 boleh dilanggan tanpa sebarang kontrak sekiranya tidak ambik modem. Aku sudah ada portable 4G modem Tenda dan 4G router TP-Link, maka aku tidak lagi perlukan modem daripada Digi. Jadi tanpa kontrak, rasa tenang jiwa, boleh terminate sesedap rasa sekiranya aku merasakan servis Digi tidak sehensem yang aku harapkan.

Pengalaman melanggan

Aku pergi ke Digi center terdekat dan bertanyakan pada cik adik yang bertugas. Dia cakap pelan broadband memang datang sekali dengan modem dan perlukan kontrak. What the heck?! Aku cakap yang aku baca kat internet ada orang boleh langgan tanpa kontrak, dia pun jawab blah blah blah. Aku pun dah malas, aku pun setuju lah nak ambik sekali dengan modem walaupun aku tak akan guna pun modem tu sebab aku memang akan masukkan simcard ke dalam 4G router TP-Link. Lagi pun, aku dah test dengan simcard prepaid lebih kurang sebulan dan pengalamannya memang puas hati. Jadi, kemungkinan untuk pelan pascabayar Digi ini untuk memberikan aku sh!tty experience, adalah very unlikely.

Ada mamat Chinese yang ambik alih untuk proses pendaftaran, dia cakap boleh je nak langgan tanpa kontrak. Lalu apa lagi, terus aku cancel nak ambik modem dan ambik simcard sahaja. Selamat aku! Jadi memang terbukti memang boleh langgan tanpa kontrak. Samada makwe tadi sengaja nak kelentong aku atau dia yang noob. Menyirap pulak aku rasa bila hampir-hampir nak terlanggan dengan kontrak. Dah la tak lawa! Geram aku!

Akhirnya proses pendaftaran pun selesai. Tak perlu isi apa-apa borang pada kertas, semuanya isi dalam smartphone je. Aku nak kena sign atas smartphone tu pakai stylus pen, memang kekok beb. Aku hanya perlu bayar RM106 termasuk GST untuk bayaran bulan pertama. Tiada apa-apa bayaran lain yang dikenakan, memang best. Aku hanya dapat sekeping simcard sahaja, takde benda lain, tiada resit, tiada slip, bloody nothing.

Digi Broadband 100

Dengan bayaran RM106 sebulan, ini yang aku dapat:

  • 40GB data untuk sebarang jenis kegunaan
  • 10GB data untuk Stream On Demand (Spotify, Deezer, iFlix, NetFlix, Tonton dll)
  • 50GB data untuk Stream Free (YouTube, radio dll)

Jumlah adalah 100GB data. RM100 (sebelum GST) untuk 100GB data, 1GB per Ringgit, sudah cukup berbaloi rasanya.

digi broadband 100
Digi Broadband 100

Pada awalnya, walaupun data untuk Stream On Demand adalah kecik sahaja (10GB), tapi sebab aku hanya guna untuk Spotify sahaja (audio), dia tak makan quota sangat. Lagipun aku lebih suka cara oldschool layan lagu secara offline.

Tapi kini, kerana bola liga Malaysia sekarang sudah boleh ditonton secara live streaming menerusi iFlix, 10GB itu memang tidak cukup. Lebih-lebih lagi jika melanggan iFlix secara bulanan, mesti nak jugak stream movies yang ada tersedia. Kalau tak, rugi juga langgan kalau untuk tengok bola sahaja.

Pengalaman penggunaan

Ketika kali pertama menggunakannya, aku dapati billing cycle yang seterusnya akan tiba dalam masa 2-3 hari lagi. Maka aku cuba habiskan quota sebelum tibanya tarikh tersebut, kalau tak rugi lah bayar RM106 tapi quota tak luak, dan aku tidak sempat habiskan quota tersebut. Sangkaan aku meleset kerana aku hanya perlu bayar secara prorate sahaja. Maknanya, bayar setakat penggunaan. Aku check aku dicaj dalam RM8 sahaja, masih ada baki bayaran RM98 carry forward untuk bayaran bil bulan seterusnya.

Pengalaman menggunakan internet Digi ini bagi aku secara peribadi boleh dikatakan cukup puas hati, tiada masalah internet terputus atau slow sepertimana yang aku alami bersama YES sebelum ini.

Download speed (real download, bukan speedtest) boleh dikatakan lebih perlahan jika nak dibandingkan dengan Hotlink/Maxis, namun bukanlah slow macam kura-kura, ianya masih boleh dikira baik.

Namun untuk penggunaan secara overall selain download, Digi ternyata lebih stabil berbanding Hotlink. Aku boleh rasa ada waktu Hotlink mula slow terutamanya ketika peak hours. Digi pula terasa lebih konsisten laju sepanjang masa, kalau drop pun, kadang-kadang dan tidak begitu terasa.

digi broadband 100 speedtest
Speedtest Digi Broadband (bukanlah keputusan yang terbaik)

Satu lagi speedtest dengan hasil yang agak baik:

digi broadband 100 speedtest
Kali ini hasilnya lebih baik

Perbandingan dengan internet prabayar Hotlink Fast sebelum ini:

hotlink speedtest
Speedtest Hotlink dengan website Ookla

Setelah sebulan menggunakannya, aku sudah ‘berjaya’ habiskan quota 40GB ketika berbaki 11-8 hari lagi sebelum billing cycle yang seterusnya. Maka aku terpaksa menggunakan dulu internet prabayar Hotlink Fast buat sementara sebelum quota reset semula.

Ini adalah satu situasi yang aku perlu congak semula. Data 40GB ini adalah yang paling penting, sudah habis digunakan sebelum sebulan sedangkan quota Stream Free dan Stream OD masih belum luak.

Aku hanya boleh gunakan 1.33GB data sehari supaya data 40GB itu dapat bertahan selama sebulan. 1.33GB sehari itu rasanya tidak cukup memandangkan website sekarang adalah content rich yang sarat dengan multimedia. Itu belum kira laman yang ada iklan video yang autoplay. Memang tak cukup.

Pilihan lain

Aku masih nak try lagi dengan pelan ini. Jika terbukti memang tak sesuai dengan penggunaan aku, aku terpaksa ambik pelan Digi Infinite 150 pula (itupun sekiranya offer masih dibuka).

Aku ada dua isu major untuk consider Digi Infinite 150:

(1) Komitmen bulanan yang agak tinggi.

(2) Yang ini adalah major concern aku. Ada user komplen, speed Digi Infinite 150 adalah dihadkan oleh Digi. Kononnya speed simcard lain seperti prabayar dan broadband adalah lebih laju berbanding Infinite 150. Walaupun Digi menafikan namun ramai users yang kompelen dan membuat kajian untuk menyokong teori ini. Sekiranya benar, ini adalah deal breaker kerana aku perlukan speed yang laju secara berterusan. Sumber dan perbincangan adalah di sini: https://community.digi.com.my/t5/Postpaid/Digi-infinite-150-is-not-full-speed-plan-and-slow-a-bit-than/td-p/29038.

Tapi itu adalah points yang aku perlu consider sekiranya perlu bertukar daripada pelan Digi Broadband 100 ini.

Ringkasan

Untuk kesimpulan:

(1) Tak perlu kontrak sekiranya tidak ambik sekali dengan modem – boleh terminate bila-bila masa tanpa penalti.

(2) Proses langganan yang mudah. Bayar untuk bil bulan pertama sahaja. Tiada sebarang caj tambahan seperti activation fee dsb.

(3) Quota keseluruhan 100GB untuk RM106 adalah munasabah, sekurang-kurangnya ketika aku mula melanggan.

(5) Pengalaman penggunaan yang baik: Ping agak rendah, speed laju dan konsisten tanpa downtime

(6) Quota utama 40GB bagi aku rasa-rasanya masih belum mencukupi.

4 thoughts on “Pengalaman Menggunakan Digi Broadband 100”
  1. […] hanya fokuskan kepada Digi dan Maxis sahaja kerana Digi tawarkan pelan yang menarik iaitu RM100 untuk 100GB data. Puas hati dah tu. Maxis adalah backup sekiranya Digi line tak OK. Maxis tak ada masalah kat rumah […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *