• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Ulasan / Review Internet Burung Hantu

Review Internet Burung Hantu

05/02/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Kali ini aku cuba buat review Internet Burung Hantu pulak. Internet Burung Hantu adalah pelan internet berkelajuan tinggi daripada prabayar Celcom Xpax Magic Sim. Internet berkelajuan tinggi percuma ini dapat digunakan bermula jam 1 pagi hingga jam 7 pagi setiap hari. Untuk menikmati internet percuma ini, pengguna Magic Sim mestilah mempunyai akaun yang aktif dan melanggan sekurang-kurangnya pelan internet mingguan berharga RM10 untuk 500MB data (data selain 1am-7am).

internet burung hantu
Kadar langganan internet Magic Sim

Pelan Magic Sim ni dah lama ada sejak tahun lepas lagi. Masa tu memang bercadang nak beli tapi tak jadi sebab selalunya sim card yang aku beli semata-mata untuk internet akan mati dalam tempoh beberapa bulan sebab tak topup macam Altel yang terbaru sekali aku beli. Tapi sekarang rasa nak try sebab macam best je Internet Burung Hantu ni. Lepas ni dah tak payah aku bergantung kepada Hotlink Midnight Pass untuk menjalankan misi sedut menyedut aku.

Speed

Sebab Internet Burung Hantu ni adalah pelan high speed internet, kelajuannya adalah sangat laju kerana menyokong rangkaian 4G LTE. Yang menghalang kelajuannya adalah liputan dan kemampuan peranti sahaja. Aku dulu tak berapa gemar Celcom sebab slow dan yang terbaru aku test adalah sekitar 300kbps sahaja. Kira OK la tu sebab rumah aku kawasan kampung dan speed yang aku dapat masa pakai Celcom Broadband beberapa tahun dahulu adalah lebih kurang 40kbps sahaja, jauh kena tapau oleh Maxis Broadband.

internet burung hantu
Average speed yang aku dapat di kampung hanya 300kbps sahaja

Quota

Kononnya tak ada quota yang diletakkan pada Internet Burung Hantu. Ada yang mengatakan terdapat pengurangan kelajuan setelah download mencecah 10GB. Aku sendiri sudah download hampir 10GB dalam masa 2 malam sahaja, hahaha, memang kaki download yang tegar. Kalau ada apa-apa pengurangan kelajuan, aku akan update nanti.

internet burung hantu
Dengan kata lain, takde quota la kan?

Manfaatkan unlimited Quota

Disebabkan data yang kononnya unlimited, maka memang sesuai dimanfaatkan untuk tujuan download. Tapi, tak mungkin la boleh berjaga tiap-tiap malam semata-mata untuk internet free. Esok kan pagi-pagi nak masuk kerja dan kelas. Jangan risau, kalau semata-mata untuk download tak perlu menjadi burung hantu walaupun menggunakan Internet Burung Hantu. Sebabnya, komputer korang yang menjalankan tugas download men-download ni.

>> Untuk torrent, masukkan siap-siap fail torrent yang hendak dimuat turun, tetapkan simultaneous download kepada 1 atau 2 sahaja.
>> Untuk fail yang ada direct link seperti fail daripada seedbox, masukkan semua link siap-siap kepada download manager seperti IDM dan tetapkan simultaneous download kepada 1 atau 2 fail sahaja.
>> Untuk fail daripada filehost seperti rapidgator atau video YouTube, boleh gunakan automated downloader seperti FRD.
>> Untuk lain-lain kes, fikir la sendiri 🙂 Kaki download kan memang thinking out of the box, sampai blocked download pun relax je boleh bypass.

Tapi… Kan still kena jalankan download bermula jam 1 pagi, kalau tidak habis lah quota kena telan. So still kena berjaga sampai 1 pagi. Dan kena bangun sebelum pukul 7 untuk pause semua download in progress (yang ini takde masalah kot).

Jangan kuatir, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Boleh je tidur pukul 8 malam, boleh je bangun 12 tengah hari (kalau jenis balok liat time hari cuti). Penyelesaiannya akan muncul di artikel seterusnya.

Features selain Internet Burung Hantu

Selain Internet Burung Hantu, Magic Sim juga datang dengan features yang lain seperti kadar panggilan dan SMS (ada lagi ke yang main message ni?) yang agak boleh tahan.

internet burung hantu
Kadar yang dikenakan oleh Magic Sim

Quota internet yang tidak habis juga akan dibawa ke bulan hadapan dengan syarat fungsi auto renewal adalah aktif. Fungsi auto renewal ini aktif secara asal/default melainkan korang off-kan fungsi ini. Maksimum quota yang boleh dibawa ke hadapan adalah mengikut quota data yang diberikan mengikut pakej, contohnya langganan data 1.5GB; bulan ini ada baki 2GB data (baki data bulan semasa + baki data bulan lepas), bulan depan hanya akan dibawa quota sebanyak 1.5GB sahaja, 500MB lagi hangus jika tidak dihabiskan sebelum renewal.

Update: Bye bye unlimited quota. Internet Burung hantu kini dihadkan kepada 10GB sahaja.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Ulasan Tagged With: Celcom Xpax, Internet Burung Hantu

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Internet Unlimited Quota Terlalu Bagus Jika Benar berkata:
    03/08/2016 1:05 AM

    […] sebelum ini prabayar Celcom iaitu Xpax menawarkan internet mudah alih tanpa had quota menerusi Internet Burung Hantu yang ditawarkan kepada pelanggan Magic Sim. Internet laju tanpa quota itu boleh dinikmati setiap […]

    Balas
  2. Manfaatkan Internet Burung Hantu Tanpa Berjaga berkata:
    04/08/2016 6:36 AM

    […] ni, aku sudah bercerita sedikit tentang Internet Burung Hantu iaitu internet berkelajuan tinggi 4G daripada Magic Sim. Malangnya, Internet Burung Hantu tersebut […]

    Balas
  3. Hotlink RED App Review berkata:
    11/08/2016 7:22 PM

    […] Hotlink Midnight Pass tapi sebab sekarang sudah mahal, aku beralih pula kepada Magic Sim sebab ada Internet Burung Hantu unlimited tanpa […]

    Balas
  4. Hotlink Midnight Pass Sudah Mahal berkata:
    13/08/2016 3:02 AM

    […] Dengan peningkatan pelan yang sudah banyak berjasa kepada aku ini, maka bye bye diucapkan. Say hello to Internet Burung Hantu. […]

    Balas
  5. Aku Sudah Terminate YES 4G berkata:
    28/11/2017 4:57 AM

    […] aku langgan internet pascabayar, aku boleh hidup dengan Internet Burung Hantu daripada Celcom. Tak perlu jadi burung hantu pun, aku boleh manfaatkan unlimited data tanpa perlu […]

    Balas
  6. Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur berkata:
    28/11/2017 9:44 AM

    […] ini aku sudah rasa agak berjaya menggunakan Internet Burung Hantu daripada prabayar Celcom. Namun semuanya tidak bertahan lama. Jadi aku beralih kepada internet […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in