• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

You are here: Home / Pendapat / Internet Unlimited Quota Terlalu Bagus Jika Benar

Internet Unlimited Quota Terlalu Bagus Jika Benar

22/06/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Internet unlimited quota terlalu bagus jika benar. Betul atau tidak ayat aku ini? Apa yang aku cuba sampaikan ialah “internet with unlimited quota is way too good to be true” terutamanya di Malaysia, lagi-lagi kalau melibatkan rangkaian mudah alih. Jika dilihat di laman web TM sekalipun, perkhidmatan berwayar Streamyx dan Unifi sebenarnya ada had quota, walaubagaimana pun penggunaan adalah tanpa had sehingga diberitahu kelak. Maka pelanggan tidak boleh marah jika suatu saat nanti quota diletakkan pada Streamyx/Unifi kerana “unlimited sehingga diberitahu” sudah disebutkan siap-siap. (Ini yang aku pernah baca dulu, polisi sekarang mungkin sudah berubah. Aku godek-godek kat website TM tak jumpa la pulak pasal ni.) Bayangkan kalau internet fixed line ada quota? Buka homepage laman web sahaja sudah ber-MegaBytes, itu belum kira buka gambar dan video di laman-laman sosial lagi.

Perang telco

Berbalik kepada perbincangan asal, sebelum ini prabayar Celcom iaitu Xpax menawarkan internet mudah alih tanpa had quota menerusi Internet Burung Hantu yang ditawarkan kepada pelanggan Magic Sim. Internet laju tanpa quota itu boleh dinikmati setiap hari bermula jam 1:00 pagi sehingga 7:00 pagi. Sampai aku siap buat satu post tentang cara untuk manfaatkan Internet Burung Hantu tanpa perlu berjaga malam. Selepas pelan ini ditawarkan oleh Xpax, maka Hotlink juga tidak terkecuali memperkenalkan internet larut malam mereka namun terhad kepada pengguna pelan #Hotlink Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak sahaja. Kemudian diikuti oleh telco-telco lain. Perang telco tidak pernah terhenti.

Tidak lagi unlimited quota

Ke-unlimited-an (?) quota Internet Burung Hantu terhenti begitu sahaja setelah Xpax memperkenalkan Magic Sim versi terbaru. Magic Sim terbari ini tidak ada lagi Internet Burung Hantu percuma, sebaliknya unlimited call percuma. Untuk menikmati Internet Burung Hantu (dengan quota), pengguna perlu membeli pass. Sementara pengguna Magic Sim versi awal masih boleh menikmati Internet Burung Hantu percuma dengan quota 10GB per langganan internet. Maksudnya jika langgan pass internet sebulan, quota 10GB; kalau langgan pass internet mingguan, quota juga 10GB, maka dapatlah 40GB dalam sebulan (10GB x 4 kali pass mingguan).

Celcom Xpax New Magic Sim without unlimited quota
Penjelasan IBH pada Magic Sim baru dan lama, diambil daripada laman FAQ Xpax

Jadi konklusinya, internet tanpa wayar mudah alih is too good to be true. Untuk yang benar-benar tanpa quota, langganlah pakej fixed line. Kalau nak langgan trick/hack unlimited quota rasanya tidak berbaloi kerana ianya tidak bertahan lama. Ianya tergantung pada bug/vulnerability pihak telco yang sentiasa akan ditampal (patch). Sebab itulah simcard/vpn yang dijual di internet silih berganti.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pendapat Tagged With: Celcom Xpax, Internet Burung Hantu, Maxis Hotlink, unlimited quota

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Tekan Untuk Check Tawaran Harian Terbaik Shopee

Reader Interactions

Comments

  1. Khabirzan Mohd says

    07/11/2016 at 5:59 PM

    aduii… unlimited IBH x ade mmg sedih

    Balas
    • Toji Ali says

      14/11/2016 at 3:53 AM

      Langgan pas internet RM10/minggu. Dapat 40GB dengan RM40 sebulan jadi lah buat menyedut..

      Balas

Trackbacks

  1. Review Internet Burung Hantu berkata:
    04/08/2016 6:52 AM

    […] Update: Bye bye unlimited quota. Internet Burung hantu kini dihadkan kepada 10GB sahaja. […]

    Balas
  2. Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur berkata:
    28/11/2017 2:54 PM

    […] sudah rasa agak berjaya menggunakan Internet Burung Hantu daripada prabayar Celcom. Namun semuanya tidak bertahan lama. Jadi aku beralih kepada internet pascabayar YES 4G pula. Selepas aku terminate YES 4G, aku kini […]

    Balas
  3. Manfaatkan Internet Burung Hantu Tanpa Berjaga berkata:
    29/08/2018 5:15 AM

    […] Update: Internet burung hantu tidak lagi unlimited quota. […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Transfer Domain Name .MY (MYNIC) Ke Registrar Lain
  • Kesilapan Terbesar Lewat Renew Domain Name .MY
  • Sony MDR-ZX110 Headphone (Unboxing & Review)
  • TP-LINK TL-MR100 4G Router (Unboxing, Setup & Test)
  • Unboxing 70mai Jump Starter & Test Jump Start Kereta

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Verify PayPal Dengan Kad Debit
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Senarai Saluran HD Astro B.yond

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (31)
  • Blogging Tutorial (9)
  • Buat Duit Online (9)
  • Catatan Harian (75)
  • Pelbagai (1)
  • Pengalaman Menggunakan Servis & Produk (2)
  • Review Gadget (5)
  • Semakan (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in