Aku baru je tukar plan Hotlink prepaid aku kepada plan baru #Hotlink. Caj penukaran adalah RM5. Ini bukanlah kali pertama aku bertukar pelan, sudah beberapa kali aku bertukar. Asalnya nombor Hotlink aku ini ialah Hotlink total plan ketika itu aku beli pada tahun 2006 dengan harga RM8.80 kalau tidak salah, kemudian aku bertukar kepada pelan Hotlink Youth Club (HYC) pada tahun 2009 (kononnya ala-ala Celcom Upax/UOX or SOX yang mana tarikh kredit tidak akan luput untuk tempoh tertentu). Kemudian setelah dua tahun rasanya, aku tidak tahu apakah pelan aku selepas tempoh sah HYC luput. Dua tiga minggu lepas aku bertukar pula kepada pelan ini.

Tujuan utama aku bertukar adalah untuk menikmati internet asas percuma. Selama ini aku asyik langgan mobile data sahaja. RM2 untuk 100MB selama sehari, masa promosi RM1 je, RM3 untuk 2GB, midnight pass, yang ni paling berbaloi bagi aku, dan dua kali juga aku langgan pakej RM30 ringgit selama sebulan untuk 1GB quota plus percuma 1GB lagi untuk midnight ketika tempoh promosi. Tapi bila fikir-fikir balik, habis duit juga kalau tiap-tiap bulan langgan untuk main internet, lebih-lebih lagi bila bulan lepas quota aku masih berbaki 400MB yang tidak digunakan. Membazir tu. Sebab tidak sempat habis quota kerana apartment yang aku tinggal sekarang ini hanya dapat coverage EDGE bila berada di tingkat atas. Ada juga aku beli Orange WiFi, iaitu perkhidmatan WiFi berbayar kepada penghuni apartment yang aku menetap ini, Mentari Court.

Aku ada juga ingin mencari nombor Altel kerana tertarik dengan pelan Mobile Internet yang ditawarkan, RM48 untuk 2GB dan tahan sampai 3 bulan, mungkin tempoh expiry ini adalah dalam promosi kerana sepatutnya untuk sebulan sahaja. Kalau RM48 untuk 3 bulan, RM16 je sebulan, kira okey juga lah tu. 2GB tu dapat tahan kalau hanya browse web or buka app FB dan chat guna smartphone je. Lebih-lebih lagi kalau coverage hanya EDGE je. Kalau dapat coverage 3G ke atas, jangan buka video and Instagram banyak-banyak nanti quota habis dalam masa 2 hari je.

#Hotlink Free Basic Internet
Simpack #Hotlink, gambar ihsan www.hotlink.com.my

Okay lah, pelan ini memang menawarkan internet percuma. Tapi sesuai dengan namanya ‘PERCUMA’ janganlah expect to be the best. Pay less, got less. Internet ini hanya pada kelajuan maksimum 64kbps. Apa yang boleh dibuat dengan speed ‘selaju’ itu? Nak buka video memang tidak lepas, kalau setakat hendak Whatsapp to boleh tahanlah. Tapi aku tidak dapat untuk mengulas dengan terperinci speed dia kerana seperti yang sedia maklum, coverage tempat aku slow, so tiada beza pun antara yang ini dengan pakej yang aku langgan sebelum ini. Untuk experiment yang lebih detail, sila rujuk review di lowyat.net di sini.

Kononnya pelan ini tiada had namun sebenarnya ianya dihadkan pada 3GB untuk setiap bulan, selepas habis quota, sambungan akan terputus secara automatik. Tapi kira ‘unlimited’ la juga kerana siapa yang akan cecah limit 3GB kalau speed dia macam siput je, in the end rasa nak lempar je handset sebab nak buka website pun loading lama bukan main.

Selepas bertukar ke pelan ini, kena topup tiap-tiap bulan untuk nikmati internet percuma dan yang paling aku tidak suka ialah aku tidak boleh lagi melanggan validity 90 atau 365.

Pelan internet asas percuma ini tidak membenarkan untuk membuat internet tethering atau mobile hotspot untuk berkongsi internet kepada laptop atau peranti lain. Ulasan lanjut tentang tethering juga disediakan di laman lowyat.net, rujuk pautan kedua di atas. Tapi aku pernah cuba buat WiFi Hotspot dan connect menggunakan tab Acer Iconia aku, tanpa sebarang masalah aku dapat melayari internet. Mungkin sebab dua-dua adalah mobile OS, so aku dapat idea bagaimana untuk try and error tethering free basic internet ini ke laptop aku. Tapi since coverage mobile data di bilik sewa aku sangat slow, asyik E je memanjang, so balik rumah nanti, tiga bulan from now,  baru dapat try.

P/s: Selepas dapat guna internet free, datang pula penyesalan di hati ini kerana sudah berhabis duit untuk beli pass internet, sedangkan apa yang aku buat hanyalah untuk browse website mobile dan buka laman social menerusi app Android yang mana semua ini boleh juga dibuat menggunakan internet asas percuma 64kbps.

0 thoughts on “Pelan Internet Percuma #Hotlink”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *