• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Catatan Harian / Review Orange WiFi (Mentari Court)

Review Orange WiFi (Mentari Court)

06/09/2014 by Toji Ali Leave a Comment

Rasanya sudah lama benar aku tidak update post baru dan biarkan blog-blog aku penuh bersawang labah-labah biarpun aku baru sahaja menyewa hosting dari GembaxBox dengan harga RM80 sebulan. Apakan daya, semuanya gara-gara aku sibuk dengan latihan industri dan juga tiada internet di rumah sewa.

Aku guna mobile data sahaja untuk buka Facebook dan melayari internet pada smartphone Android aku. Tapi kalau guna mobile data di tingkat atas apartment ini, memang buatkan aku sakit hati. Kalau turun bawah memang laju gila, tapi kalau kat bilik, sambungan EDGE je memanjang, jarang sekali dapat coverage HSDPA, itupun masa tengah malam (actually awal pagi) dalam pukul 1 pagi ke atas, itupun kadang-kadang je.

Niat di hati memang nak pasang internet cable sendiri, kat Mentari Court ni memang dapat banyak coverage perkhidmatan internet yang laju-laju termasuklah Unifi dan Maxis Fibre Internet. Niatnya nak langgan ABNxcess je, murah, RM70 je sebulan untuk 5MBPS termasuk IPTV sekali. Tapi apakan daya, semua perkhidmatan ini ada kontrak dan atleast setahun, no way la, aku cuma internship kat sini untuk 24 minggu je okay. Kalau ada perkhidmatan yang kontrak 6 bulan je pun, masa tu dah sebulan berlalu, tinggal lebih kurang 5 bulan je lagi. Jadi terpaksalah aku guna mobile data je, slow pun slow lah, janji dapat juga guna internet. kalau sehari tak dapat main internet, rasa macam duduk dalam gua aje, walaupun duduk di bandar.

Akhirnya aku pun nak try la Orange Wifi. Orange Wifi ni adalah WiFi berbayar yang boleh dilanggan oleh penghuni-penghuni Mentari Court. Ianya menawarkan pakej prabayar sehari, seminggu dan sebulan. Prabayar ini boleh didapati di Lutfan Mini Market di blok C dan juga di El Jingga Cafe di blok A. Kat kertas tu dia bagi login name dan password untuk diisi pada login screen. Asalnya dia bagi free trial, try sebelum beli prepaid. Tapi apa gunanya, trial 2 minit je, tak sempat nak try speed dia laju ke macam mana macam mana.

Orange
Ini buah oren, takde kaitan dengannya (kredit gambar all-free-download.com)

Aku pun decide la nak beli yang 7 hari untuk RM10. Aku duduk di blok B, tapi tak boleh nak connect pun yang line blok B, nasib bai boleh guna yang line blok A. Speed dia, Allahu Rabbi, Tuhan saja yang tahu betapa lembapnya. Dah la asyik disconnect je. Kadang-kadang je dapat laju sikit, laju sikit je, download dalam 100++ kbps, selalunya bawah 50kbps je. Inipun, aku dapat update blog ni, jasa internet lembap ni la juga. Aku nak try download torrent, tapi tak bergerak-gerak pun, tak kan la dia block. Dah try both public dan private tracker, dua-dua tak jalan, sah lah dah block penggunakan protokol torrent, tak guna.

Overall, consider ok la, kalau nak dibandingkan dengan mobile data. Tapi tak sure la nak langgan balik ke tak, kalau nak beli yang sebulan punya RM40. Kalau aku langgan mobile data, RM30 je sebulan, dapat 2GB. Itupun takkan habis dia punya quota kalau main internet kat henset je, tambah-tambah lagi kalau speed EDGE yang aku rungutkan sangat awal-awal tadi. Kalau kat rumah di kampung, laju HSDPA, silap-silap kalau phone aku support 4G, 4G pun dapat kat kampung aku. Kat kampung dua hari je dah habis 2GB, sebab aku buat mobile hotspot.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Catatan Harian, Panduan Internet, Review Tagged With: mentari court, orange wifi, personal

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Pelan Internet Percuma #Hotlink | Toji Ali's Online Diary berkata:
    06/10/2014 12:39 PM

    […] aku tinggal sekarang ini hanya dapat coverage EDGE bila berada di tingkat atas. Ada juga aku beli Orange WiFi, iaitu perkhidmatan WiFi berbayar kepada penghuni apartment yang aku menetap ini, Mentari […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in