Masalah kehilangan atau lebih tepat lagi kecurian selipar apabila pergi ke masjid memang masalah yang universal. Tak kira lah korang kecik ke besar ke, kaya ke miskin ke, dan tak kira di mana jua anda berada, walau di Kelantan ke atau di Perak ke, masalah selipar hilang ini akan berlaku juga. Orang ke masjid nak buat pahala, tetapi ada juga yang sebaliknya nak tambahkan koleksi dosa dia.

Hanya ada dua jenis melaun sahaja yang akan mencuri selipar di masjid. Satu spesies ni ialah:

1. Pencuri tak guna yang memang niat dia nak mencuri

Dan satu spesies lagi ialah spesies yang aku paling benci:

2. Mangkuk tingkek yang takde niat nak mencuri tapi kaki dia main sauk je tak kira betul ke tidak itu selipar dia atau selipar orang

Dan satu lagi ialah spesies special case, soon you’ll know apa yang istimewanya tu.

Aku sering mengalami masalah ini, dan aku pun tidak boleh ingat exactly sudah berapa kali diriku ini mengalami nasib yang malang ini. Masa pegi smayang jumaat masa aku kecik-kecik dulu, ada la aku pakai selipar raya tahun tu sebab dah takde sangat selipar lain, kira cantik la jugak selipar tu. Atleast bukan selipar jepun. Alih-alih bila turun je dari masjid yang tinggal hanyalah sepasang selipar jepun buruk left there for me. Spesies ni adalah spesies yang obviously kategori nombor 2. Nampak sangat selipar aku dengan selipar jepun dia jauh beza. Kalau alasan tertukar jugak memang aku kata kau bangang kau marah pulak.

Masa aku darjah enam, aku rajin la jugak pergi sembahyang kat masjid malam-malam. Ada satu malam tu selipar aku hilang, dan aku terpaksa balik berkaki ayam, nasib baik aku tunggang basikal, so tak payah la jalan berkaki ayam balik ke rumah. On the way balik rumah, ada la hamba Allah ini perasan aku berkaki ayam dan tanya selipar aku kena curi ke. Hamba Allah itu ialah schoolmate aku. Nak dijadikan cerita, dialah culprit yang mencuri selipar aku, mungkin sebelum dia curi tu dia tak tahu yang itu selipar aku. Aku pun tak ingat macam mana aku tahu dia yang curi, tapi yang paling penting, dia dah curi selipar aku. Dah la curi selipar aku, ada hati lagi nak pakai selipar aku tu pergi masjid lagi. Apa lagi, aku curi balik la selipar tu. Aku suruh orang lain tolong curikan selipar tu dan aku sorok di tempat yang aman. Esoknya aku pergi ambik. Member baik aku pun boleh verify yang itu memang sah selipar aku sebab dia pun biasa pakai selipar aku dan tahu bagaimanan rasanya selipar aku itu. Padan muka kau, jalan kaki la kau balik umah. Opss.. buat apa berkaki ayam, curi la selipar lain ye tak..

Kejadian yang terbaru ialah masa balik sembahyang jumaat di Masjid Jamek Tanjung Malim. Aku cari punya cari selipar aku. Tak jumpa-jumpa juga. Selepas puas mencari sampai jemaah di masjid itu dari ramai sampai tinggal boleh bilang, tak muncul-muncul juga selipar aku itu. Memang sah lah dah kena cilok. Damn you theif, selipar jepun je kot. Aku yang dah terdesak dan tak tahu nak buat apa. Nak ambik selipar tandas masjid rasa segan sebab kena naik balik dan bimbit selipar tu di tangan lalu depan jemaah yang lain. So nak tak nak, dengan rasa serba salah dan rasa penuh berdosa, aku terpaksa cilok selipar orang lain. I have no choice. Terfikir pulak apa nanti tuan punya selipar itu akan buat. Mesti menyumpah seranah kat aku. Aku cilok tu selipar jepun juga. Aku secara langsung sudah menjadi pencuri selipar juga. Entah-entah orang yang ambik selipar aku pun sebenarnya dia alami situasi yang sama dengan aku. Macam berantai pulak, tak putus-putus. A cilok selipar B, B cilok selipar C dan seterusnya. Yang ni la special case yang aku maksudkan.

Terpaksa kerana selipar sendiri juga hilang

Spesies ni aku dengan berbesar hatinya memaafkan kau jika pernah cilok selipar aku atas alasan ini. Yang dua jenis di atas, tiada maaf bagi hampa.

Malam ni, bapak aku pulak yang hilang selipar jepunnya. Selipar jepun bukan yang cantik pun. Terpaksa la dia pakai selipar tandas masjid.

Wahai orang-orang di luar sana spesies nombor 1 yang obses dengan selipar orang, tolong la jangan buat naya kat orang. Yang spesies nombor 2 pula, tolong la pakai mata bila nak sauk selipar tu. Takkan la datang pakai selipar jepun yang dah di’rajut’ dengan tali rafia, balik dengan kasut Nike tapi masih kata tersalah sauk.

selipar jepun
Selipar jepun dari tandas masjid yang terpaksa bapak aku pakai

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *