• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Tutorial Muat Turun / Manfaatkan Internet Burung Hantu Tanpa Berjaga

Manfaatkan Internet Burung Hantu Tanpa Berjaga

07/02/2016 by Toji Ali 2 Comments

Sebelum ni, saya sudah bercerita sedikit tentang Internet Burung Hantu iaitu internet berkelajuan tinggi 4G daripada Magic Sim. Malangnya, Internet Burung Hantu tersebut hanya boleh digunakan daripada jam 1 pagi sehingga 7 pagi sahaja. Maka sebab itu ia dinamakan Internet Burung Hantu sebab species burung hantu yang berjaga malam sahaja yang mampu memanfaatkan internet percuma tersebut. Tetapi fear not, setiap masalah ada jalan keluarnya. Dalam artikel berkenaan, saya menjanjikan solusi untuk manfaatkan internet burung hantu tanpa perlu berjaga lewat malam (actually it is pagi, no?)

Kononnya, Internet Burung Hantu ini tidak ada sebarang quota, malah saya sudah download hampir 10GB dalam masa 2 malam sahaja dan speed masih maintain tanpa sebarang throttle. So, since unlimited quota, rugi kalau tak guna untuk buat download, memang berbaloi berbanding sebelum ini saya guna Hotlink Midnight Pass sahaja. Jadi maksud saya manfaatkan dalam tutorial ini ialah untuk download sampai lebam tanpa perlu berjaga sehingga detik 1 pagi.

Langkah-langkah persediaan untuk manfaatkan Internet Burung Hantu

Apa yang kita mahukan dalam situasi ini ialah download bermula seawal-awalnya pada jam 1 pagi dan berakhir selewat-lewatnya jam 7 pagi bagi mengelakkan quota biasa kena telan. So macam mana nak buat?

01. Sediakan link download siap-siap dan disconnect internet.

02. Buka aplikasi download dan masukkan link yang dah dicari tadi.

>> Kalau nak download daripada filehosting dan cloud storage seperti MediaFire dan FreakShare, boleh gunakan automated downloader seperti FreeRapid Downloader atau Mipony. Nak download video YouTube pun boleh guna cara ni.

>> Kalau ada direct link seperti fail terus daripada seedbox, boleh gunakan download manager seperti IDM.

>> Untuk torrent, tambah siap-siap fail torrent yang nak download.

Tips: Setkan supaya aplikasi-aplikasi di atas auto download apabila dibuka. Juga jangan lupa limitkan simultaneous/parallel download kepada satu atau dua fail sahaja bagi mengelakkan kelajuan yang tidak stabil.

Nota: Untuk situasi download selain dari yang atas, mohon fikir sendiri, kaki download kan otak geliga, siap boleh bypass blocked download lagi :p

03. Setkan supaya aplikasi di atas dijalankan secara automatik apabila jam 1 pagi.

manfaatkan internet burung hantu dengan windows task scheduler
Buka Task Scheduler (tak payah install, sebab memang sudah ada). Klik pada [Create Task]
manfaatkan internet burung hantu dengan windows task scheduler
Berikan nama kepada tugasan ini kemudian klik pada tab [Triggers].
manfaatkan internet burung hantu dengan windows task scheduler
Klik pada butang [New]. Letakkan masa tugasan dijalankan, untuk selamat, saya mulakan 15 minit lewat kot-kot tak telle masa sistem dengan masa sebenar. Setkan supaya task ini diulang setiap hari. Pastikan “enabled” ditanda dan klik pada [OK].
manfaatkan internet burung hantu dengan windows task scheduler
Klik pada tab [Action] dan klik [New]. Pilih aplikasi yang anda nak dan klik [OK]. Klik [OK] sekali lagi pada tetingkap “Create Task.

Tutup aplikasi, sleep atau shut down supaya tidak makan quota dan jimatkan tenaga

04. Setkan supaya PC automatik sleep apabila jam 7 pagi. Boleh juga buat automatik shutdown, tetapi tidak digalakkan sebab takut hilang unfinished download. Boleh juga buat automatik tutup aplikasi tetapi sleep paling bagus sebab dapat jimatkan elektrik (dah taknak pakai, sleep/tutup la weh.)

>> Cipta fail .bat menggunakan Notepad dan masukkan string di bawah:
Rundll32.exe Powrprof.dll,SetSuspendState Sleep
Tak taw nak bikin sendiri, then download kat sini.

Langkah yang sama seperti di atas, kali ini pilih fail .bat ini sebagai aplikasi yang ingin dijalankan secara automatik. Setkan masanya sebelum pukul 7 pagi. saya set pada jam 6:45 pagi.

Update: Kod di atas sebenarnya akan buatkan komputer kita hibernate. Untuk cara yang lebih baik, sila guna PSTools. Cara yang sama sahaja, gantikan kod dalam fail .bat di atas dengan kod ini:
psshutdown.exe -d -t 0 -accepteula
Boleh download di sini.

Copy fail psshutdown.exe ke dalam folder C://Windows/System32 atau letak direct link ke fail psshutdown.exe pada kod di atas jika copy ke dalam folder lain.

05. Sekarang tutup semua software download jika masih berjalan. Connect internet dan dah boleh masuk tidur.

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

anda juga boleh sleep dahulu dan buatkan auto wakeup menggunakan kaedah yang sama macam auto sleep. Masalahnya, sesetengah modem USB macam yang saya pakai (modem Vodafone – modem versi awal Celcom Broadband) tidak akan auto connect internet. Kalau modem Huawei, dia akan auto connect apabila cucuk sahaja kat USB port. So, saya tak share cara nak buat auto wake up kat sini, pandai-pandai la cari sendiri.

Update: Sebenarnya saya boleh setting modem USB Vodafone tu supaya autoconnect. saya juga perasan dia akan auto disconnect pada jam 1 pagi apabila quota biasa telah habis. Nak tak nak kena setkan supaya modem auto connect.

Update: Internet burung hantu tidak lagi unlimited quota.

OK lah, itu sahaja untuk kali ini. Selamat men-download sambil tidur nyenyak. Semoga bermanfaat tutorial ini. Jumpa di lain masa.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Tutorial Muat Turun Tagged With: automated, Celcom Xpax, Internet Burung Hantu, scheduler

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Review Internet Burung Hantu berkata:
    04/08/2016 6:50 AM

    […] Jangan kuatir, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Boleh je tidur pukul 8 malam, boleh je bangun 12 tengah hari (kalau jenis balok liat time hari cuti). Penyelesaiannya akan muncul di artikel seterusnya. […]

    Balas
  2. Aku Sudah Terminate YES 4G berkata:
    28/11/2017 2:49 PM

    […] hidup dengan Internet Burung Hantu daripada Celcom. Tak perlu jadi burung hantu pun, aku boleh manfaatkan unlimited data tanpa perlu berjaga malam. Namun ianya tidak bertahan lama, internet tanpa quota terlalu bagus jika […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in