Youtube.com sejak dilancarkan pada tahun 2005 merupakan salah satu laman perkongsian video sosial yang popular. Anda mungkin mahu download Youtube video ini untuk ditonton pada bila-bila masa secara berulang-ulang kali secara offline.

Tujuan download Youtube videos

Menonton video YouTube secara offline berfaedah bukan sahaja dapat menjimatkan quota internet bagi yang tidak mempunyai unlimited internet, malah dapat mengelakkan anda menjadi marah apabila menunggu video buffering sekiranya internet perlahan, juga memberikan kelebihan kepada anda untuk convert atau menukar format video ini kedalam format lain samada untuk dimuatkan kedalam telefon bimbit ataupun lain-lain.

Berikut saya kongsikan cara yang berbeza-beza untuk download YouTube videos. Sila kongsikan cara anda yang tidak dikongsikan di sini

1. Desktop Downloader

Desktop downloader bermaksud anda perlu memasang aplikasi khas terlebih dahulu pada komputer anda sebelum boleh mula tambah URL dan muat turun.

Aplikasi yang dulunya saya betul-betul suka ialah VideoGet daripada Nuclear Coffee. VideoGet bukan sahaja boleh memuat turun video daripada YouTube, malah daripada laman-laman perkongsian video yang lain.

Software ini memang bagus untuk download video secara batch, iaitu muat turun video banyak-banyak dalam satu masa, tak perlu untuk copy+paste+download satu demi satu video, cuma copy+paste video yang diingini kemudian tekan download. Software ini adalah berbayar dan anda boleh cuba software ini untuk memuatturun video sebanyak 20 fail (berdasarkan versi yang saya cuba).

download youtube nuclearcafe videoget
Perisian VideoGet daripada Nuclear Coffee

Perisian seterusnya yang saya cuba ialah FreeRapid Downloader atau singkatannya FRD. Ianya merupakan perisian percuma yang sangat baik pada pandangan saya. Ia menyokong YouTube dan kebanyakan laman-laman video yang lain. Sama seperti VideoGet, anda boleh copy banyak-banyak pautan video dalam satu masa malah anda boleh aktifkan fungsi clipboard monitoring untuk paste secara automatik pautan-pautan yang telah disalin.

Selain itu anda boleh set kualiti video default (resolution dan format fail -flv/mp4/webm). Anda juga boleh set jika mahu fail video ditukar format (kepada avi/mkv sebagai contoh) secara automatik. Perisian ini memerlukan pemasangan Java Runtime Environment dan Microsoft .NET Framework. Entah kenapa, samada perisian ini yang bermasalah atau komputer saya yang bermasalah, perisian ini tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya.

Harus diingat, perisian ini bukan semata-mata untuk muat turun fail video sahaja, ianya direka untuk muat turun fail daripada laman perkongsian/storan fail seperti DropBox dan Mediafire.

download youtube freerapid downloader
FreeRapid Downloader

Seterusnya, yang kini saya sedang gunakan ialah YTD Downloader. Terdapat versi berbayar, walau bagaimanapun, versi percuma dapat saya gunakan tanpa sebarang masalah walaupun versi berbayar menawarkan kelajuan muat turun yang lebih pantas. Perisian ini juga membolehkan anda set kualiti/resolution default yang akan digunakan untuk proses muat turun. Jika anda tutup aplikasi sebelum muat turun selesai, ianya akan disambung semula apabila aplikasi dibuka.

download youtube ytd downloader
YTD Downloader

2. Download Manager

Lebih kurang sama dengan kaedah di atas. Kalau kaedah di atas, anda buka perisian dan tambah pautan kepada video yang dikehendaki. Menggunakan kaedah ini, anda buka/mainkan video YouTube dan download manager akan detect/capture video yang sedang dimainkan dan anda diberi pilihan untuk muat turun video tersebut.

Antara beberapa pilihan perisian yang pernah saya gunakan ialah Real Player, Orbit Downloader dan yang paling saya gemari ialah Internet Download Manager. Internet download manager atau ringkasnya IDM, selain fungsi download Youtube, merupakan download manager / accelerator yang popular dan sudah semestinya mampu untuk resume broken download.

Yang lebih menarik, beberapa laman yang tidak disokong oleh aplikasi di atas dapat dimuat turun melalui kaedah ini.

download youtube idm
Internet Download Manager

3.Browser addon/extension

Anda boleh cari di internet, berlambak addons untuk Mozilla FireFox dan extension untuk Google Chrome yang menawarkan fungsi ini. Jika akan tidak mahu untuk pasang sebarang aplikasi desktop downloader, anda boleh cuba cara ini. Apabila video YouTube dimainkan, addon/extension ini akan detect video yang sedang dimainkan dan anda boleh pilih kualiti yang anda mahukan.

Video Download Helper untuk Google Chrome
Download Youtube as MP4 untuk Mozilla FireFox
YouTube Download Extension untuk Opera

download youtube chrome extension
Video download helper – extension untuk Google Chrome

4. Online Download Sites

Berlambak laman web yang menyediakan servis untuk memuat turun video YouTube. Samada download original flv/mp4 ataupun menukar format lain sebelum dimuat turun. Tetapi yang paling saya gemari ialah Keepvid dan Clip Converter.

download youtube keepvid
Keepvid

5. Save original buffered video

Tahukah anda yang anda boleh simpan video yang anda tonton tanpa perlu download? Kalau anda perasan apabila menonton YouTube, akan ada line merah yang akan bergerak dari tiada sampailah penuh di bawah video iaitu pada seekbar, benda itulah yang dipanggil video buffering, ia sebenarnya memuat turun video secara sementara ke dalam PC anda. Sebab itulah video akan tersekat jika line merah itu belum penuh kerana video sementara belum siap dimuat turun lagi.

Anda perlu pasang Nirsoft VideoCacheView. Pasang dan jalankan perisian ini. Buka YouTube atau laman video lain, dan mainkan video. Kalau buka video YouTube, pastikan anda telah memilih kualiti/definition yang anda inginkan. Apabila sudah siap buffering, buka Nirsoft VideoCacheView, anda akan dapati ada satu atau banyak cache video, kenal pasti video itu dengan membuka setiap satu fail itu. Buka dengan right-click dan tekan “play selected file“. bila dah kenal pasti video itu, tiba masanya untuk save. Ada dua cara untuk save, pertama: right-click dan pilih “copy selected files to…” ataupun kedua: jika anda buka dengan media player classic, anda boleh tekan “file” kemudian “save as…”

download youtube nirsoft
VideoCacheView daripada NirSoft

6. Riptiger dan Replay Media Catcher

Yang ni bukan khusus untuk YouTube tapi adalah laman-laman yang degil untuk didownload dengan cara yang biasa. Contohnya laman yang perlukan membership untuk menonton video-video yang dihoskan di situ. Riptiger dan Replay Media Catcher bertindak sebagai alat untuk detect bufferring URL sesuatu video dan seterusnya akan mula memuat turun video tersebut.

Replay Media Catcher perlu dibuka terlebih dahulu dan menekan butang “start recording” sebelum membuka pelayar internet, kalau tidak, RMC akan gagal detect video yang dimainkan. Dan pelayar yang boleh digunakan cumalah “default browser” PC anda, maksudnya jika anda ada FireFox dan IE dalam PC anda dan FireFox disetkan sebagai default browser, RMC hanya berfungsi dengan FireFox dan gagal berfungsi dengan IE. Cara terbaik adalah dengan menekan butang “start recording” dan kemudian butang “launch default browser” dari menu RMC.

download youtube replay media catcher
Replay Media Catcher

Jadi cara yang mana anda suka terpulanglah kepada anda sendiri.

senarai agensi kerajaan
Senarai agensi kerajaan
0 thoughts on “Pelbagai Cara Untuk Download YouTube Video”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *