• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Pantuan Muaturun / Torrent Direct Download Dengan ZBIGZ

Torrent Direct Download Dengan ZBIGZ

19/06/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Artikel ini aku akan tunjukkan mengenai torrent direct download. Ianya adalah proses penukaran daripada torrent kepada direct download. Maknanya korang tak perlu gunakan uTorrent (atau mana-mana torrent client yang lain), korang boleh download terus menggunakan Internet Download Manager (IDM) atau Free Download Manager (FDM).

Kenapa perlu tukar kepada direct download?

Tak boleh ke download pakai torrent je?

Memang tidak dinafikan, download speed torrent boleh laju berdesup sekiranya:

**Torrent tersebut mempunyai jumlah seeder yang mencukupi
**Kelajuan internet korang tinggi
**Penyedia internet korang tidak mengehadkan kelajuan torrent

Namun kelemahannya pula:
**Jika tak banyak seeder dan upload speed seeder juga perlahan, download speed korang juga slow
**Penyedia internet kawal kelajuan torrent atau block terus (Hotlink Fast yang aku pakai block terus)
**Sambil download, korang juga akan upload data kepada peer. Kalau internet korang ada limit/quota, maka quota pun cepat habis

Cara untuk atasi

Cara untuk atasi kelemahan ini adalah dengan menggunakan leechbox atau seedbox.

Leechbox adalah perkhidmatan yang ditawarkan untuk menukar torrent kepada direct download. Perkhidmatan ini banyak ditawarkan secara percuma dengan had-had tertentu.

Seedbox pula seperti namanya juga, adalah perkhidmatan untuk ‘seed’ torrent. Jika korang menjadi ahli kepada laman private tracker, laman-laman ini mempunyai rule untuk maintain ratio 1:1. Jumlah quota yang korang sudah download, korang perlu seed semula untuk jumlah quota yang sama. Kalau nak seed pakai PC sendiri leceh jugak lah kalau speed internet korang slow atau ada limit/quota internet. Fail yang siap dimuat turun dengan seedbox, korang boleh download ke PC korang secara direct download, sama macam leechbox. Seedbox yang ditawarkan secara percuma adalah rare.

Satu lagi kaedah ialah menggunakan VPN. VPN ini digunakan untuk mengatasi speed torrent yang dikawal atau disekat terus oleh penyedia internet. Bagaimanapun korang tetap download torrent ke PC menggunakan torrent client seperti uTorrent. VPN juga bertujuan untuk melindungi privacykorang. Setiap laman web yang korang kunjungi dan setiap fail yang korang download, penyedia internet atau ISP boleh tahu. Kalau ada bukak laman atau download fail yang salah, pintu rumah anda boleh diketuk oleh orang-orang yang memakai baju seragam jika tak pakai VPN.

Torrent direct download melalui leechbox

Okay, untuk artikel ini kaedah yang digunakan adalah leechbox. Website yang digunakan kali ini adalah daripada ZBIGZ. Korang juga boleh cuba laman lain seperti FileStream dan Furk.net.

Untuk menggunakan perkhidmatan ZBIGZ, pendaftaran tidak diperlukan tapi disarankan supaya korang boleh datang dan download kemudian.

zbigz torrent direct download
ZBIGZ

Untuk download torrent dengan laman web ini, hanya tambah torrent yang dimahukan.

Terdapat tiga cara:

1. Klik pada butang “Upload” dan pilih fail torrent, kemudian tekan butang “GO”.
2. Paste direct link kepada fail .torrent, kemudian tekan butang “GO”.
3. Paste magnet link, kemudian tekan butang “GO”.

**Apabila diminta untuk pilihan “Free” atau “Premium”, klik sahaja butang “Free”.

Jika fail yang anda ingin download sudah tersedia di server mereka (ada user lain yang sudah download torrent yang sama), fail boleh dimuat turun dengan serta merta.

Limitation dengan website ini ialah had saiz fail sehingga 1GB sahaja. Dapat 1GB untuk akaun percuma, ianya sudah cukup baik. Namun kelemahan yang paling ketara ialah download speed dalam 100kbps+ sahaja. Ianya cukup perlahan.

Melainkan internet korang turut perlahan, korang perlukan alternative yang lebih baik. Aku gunakan FileStream dan Furk.net dan berpuas hati dengan speed yang boleh dicapai.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pantuan Muaturun Tagged With: Download, Leechbox, torrent, ZBigZ

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Pengalaman Menggunakan Hotlink Fast Pantai Timur berkata:
    28/11/2017 2:54 PM

    […] tak dapat digunakan. Penyelesaiannya samada langgan seedbox dan download secara biasa, atau pakai ZBIGZ, atau pakai VPN. Kalau nak pakai VPN tapi taknak keseluruhan PC pakai VPN (takut terlupa matikan […]

    Balas
  2. Torrent Direct Download Individual Files berkata:
    03/12/2017 1:27 PM

    […] daripada torrent kepada direct download. Service yang digunakan adalah service percuma daripada ZBIGZ. Tapi disebabkan barang free memang semuanya ada limitation. Limitation untuk versi percuma ini […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW
  • Animasi Tempatan Malaysia Tahun 1980-an, 1990-an dan Moden 2D dan 3D

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in