furk.net

Sebelum ini aku sudah tunjukkan panduan torrent direct download menggunakan website FileStream. Tujuan aku menggunakan servis penukaran daripada torrent kepada direct download ini kerana torrent tak boleh dimuat turun menggunakan internet Hotlink Fast yang aku pakai sekarang.

Limitation website FileStream berkenaan ialah had saiz fail setakat 200MB sahaja namun kelebihannya korang boleh buat partial downloads atau pilih individual files. Dengan kata mudahnya, korang boleh pilih fail mana yang korang nak dan abai fail yang tak nak. Sebijik macam download menggunakan uTorrent (atau apa sahaja client yang korang pakai). Tak banyak website yang offer servis muat turun individual files.

Untuk fail yang melebihi saiz 200MB, aku perlu gunakan website lain pulak. ZGIGZ support sehingga 1GB tapi speed dia pulak yang terlajak slow. Jadi aku try pulak website Furk.Net.

Boleh gunakan invite codes berikut:

XZANZULLE
GA67SFSHZ
EX2G6JSAP
PQTLL9FES
D2PX4C59L
NL861T2OM
7TSCLPAQ3
XCNN0HGSX
WCI6MMKK7
Q8GMZFKNR
Y4SN3411F
L2EK6XSBK
2XMVR6PWR
MD5GL3MBX

Yang membezakan Furk.net dengan servis torrent direct download yang lain

**Korang tak boleh upload fail torrent ke website mereka sebaliknya korang perlu cari fail yang dimahukan terus daripada website mereka

Maka kelemahannya:

**Ada fail yang korang nak tak ada kat sana
**Kalau tak kena dengan search filters yang digunakan, fail yang ada pun tak dijumpai

Sebenarnya aku tak habis explore lagi, boleh je upload fail torrent sendiri:

(1) Klik pada pautan “My Files” pada bahagian atas skrin
(2) Klik pautan “New”.
(3) Klik butang “Browse…” dan pilih fail torrent
(4) Pilihan lain boleh paste direct link ke fail .torrent atau magnet link

torrent direct download furknet
Langkah-langkah upload fail .torrent

Walaupun begitu, pulangannya:

**Ada sesetengah fail yang tersedia untuk dimuat turun. Korang dah tak perlu tunggu dulu untuk download file berkenaan.
**Terdapat juga screenshot yang disertakan bersama. Screenshot ini bukan yang diupload oleh uploader, sebaliknya screenshot daripada mereka sendiri setelah fail tersebut dipindah masuk ke server mereka. Jadi korang boleh check samada fail tersebut fake upload atau betul.
**Check quality video melalui screenshots berkenaan.
**Fail (video) yang sudah siap juga boleh ditonton terus di website itu.

Untuk mula mencari torrent

Klik pada pautan “Download Proxy” pada bahagian atas skrin

furk torrent direct download
Klik pada pautan “Download Proxy”

Taipkan kata kunci dan klik butang “Search”

furk torrent direct download
Taipkan kata kunci

Daripada kata kunci, aku berjaya menjumpai fail yang betul iaitu animasi ringkas Big Buck Bunny daripada Blender Open Projects.

Animasi ini sudah tersedia untuk dimuat turun dengan serta merta. Boleh klik pada butang “Download” untuk mulakan proses muat turun. Atau klik pada pautan video berkenaan untuk maklumat lanjut, screenshots dan juga tonton secara online[1]. Butang “Play in VLC” kalau tak salah hanya untuk user berbayar.

furk torrent direct download
Hasil carian

Buat tapisan untuk hasil carian yang lebih releven

Aku akan tapis carian menggunakan filters yang ada untuk menemukan lebih banyak hasil carian yang releven dengan Big Buck Bunny.

furk torrent direct download
Filters yang ada

(1) Search in – Pilih “name”. Ini akan membuatkan hasil carian hanya akan menemukan fail yang mempunyai nama berisi kata kunci “big”, “buck” atau “bunny”.

(2) Match words – Pilih “all”. Ini akan membuatkan hasil carian hanya akan menemukan fail yang mempunyai nama berisi ketiga-tiga kata kunci “big”, “buck” dan “bunny”.

Selebihnya adalah optional sahaja.

(3) Video resolution – Aku memang suka layan video Full HD. Untuk filter Full HD 1080p ialah “FD”. Lain-lain: SD, HD (720p) dan 2K (2160p/UHD).

(4) Sort by – Yang ni tak penting sangat. “Relevance” akan susun fail yang paling ‘releven’ dahulu. “Cache” akan susun fail yang sedia untuk dimuat turun dan ditonton[1] serta-merta terlebih dahulu.

(5) Cached only – Hanya fail yang sedia untuk dimuat turun dan ditonton[1] serta merta akan dipaparkan terlebih dahulu.

**Nota[1]: Hanya video MP4 sahaja yang boleh ditonton online. Format lain kena stream dengan VLC.

furk torrent direct download
Hasil carian setelah menggunakan tapisan

Disebabkan animasi pendek Big Buck Bunny format MP4 tiada yang sudah sedia ‘cached’ maka aku try pulak animasi pendek Sintel juga daripada Blender untuk demo dekat korang

furk torrent direct download
Animasi “Sintel” yang sedia ‘cached’ dan berformat MP4 boleh ditonton online

Fail yang sudah tersedia (cached) boleh dimuat turun secara keseluruhan (butang “DOWNLOAD”) atau satu demi satu (butang anak panah pada bahagian kanan fail).

furk torrent direct download
Fail sedia untuk dimuat turun

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *