logo shopback

Assalamualaikum. Seperti yang sudah diberitahu oleh tajuk artikel ini, aku akan tunjukkan cara-cara untuk korang beli topup murah secara online.

Aku akan tunjukkan bagaimana korang boleh dapatkan duit bonus pendaftaran RM10 secara percuma dengan membuat pembelian topup sebarang nilai.

Caranya, korang perlu beli topup secara online melalui ShopBack.

Macam mana ianya berfungsi?

1. Korang daftar akaun ShopBack – Korang akan dapat bonus pendaftaran RM5*.
2. Korang beli topup sebarang nilai melalui ShopBack – Korang akan dapat bonus belian pertama RM5.

topup murah shopback
Bonus RM5 selepas membuat pembelian pertama korang

*Topup dibeli melalui Lazada.

3. ShopBack akan beri balik kepada korang 3.5% daripada nilai topup (atau 8.5% sekiranya korang pertama kali pakai Lazada). Jadi kalau first time pakai Lazada, pastikan beli nilai topup yang paling mahal terus (RM100) untuk dapatkan rebat 8.5% (RM8.50).

Baik betul bunyinya. Mesti scam/tipu ni.

Memang betul. Ini sebenarnya yang berlaku: Shopback tidak jual topup kepada korang. Sebaliknya ShopBack bertindak selaku orang tengah. ShopBack mendaftar sebagai ahli affiliate kepada gedung yang menjual topup tadi. Korang sedia maklum, ahli affiliate akan dapat komisen daripada hasil jualan yang berjaya. ShopBack tidak ‘makan sorang’ sebaliknya memberikan semula sebahagian daripada komisen yang telah mereka dapat kepada korang. Jadi, win-win situation di sini.

topup murah shopback
Bagaimana Shopback berfungsi

RM5 = dapat balik 18 sen,
RM10 = dapat balik 35 sen,
RM30 = dapat balik RM1.05 dan seterusnya.

Dapatkan topup murah

Untuk bermula, sila daftar akaun Cashback di sini.

*Korang perlu daftar pakai link ini untuk daftar akaun (affiliate link aku) untuk melayakkan korang menerima bonus pendaftaran bernilai RM5. Jika korang daftar tidak menggunakan affiliate link, korang tidak akan terima RM5.

topup murah shopback
Dapat bonus RM5 jika daftar affiliate link

Langkah-langkah pembelian dan dapatkan rebat

**Penting!: Pastikan disable dahulu ad blocker buat sementara sebelum buka laman Shopback. Jika tidak cashback tidak akan direkodkan dalam sistem. Completely disable buat sementara waktu, kalau whitelist Shopback sahaja, tetap tidak akan menjadi.

(1) Daripada halaman utama ShopBack, klik pada pautan “MOBILE RELOADS” pada bahagian atas skrin.

shopback topup online murah
Klik pautan “MOBILE RELOADS”

(2) Korang akan ditunjukkan popup kadar cashback yang ShopBack akan berikan:

8.5% pengguna baru Lazada
3.5% pengguna Lazada sedia ada

Klik pada butang “Shop Now”. Korang akan dihantar ke laman pembelian topup di Lazada.

(3) Masukkan nombor telefon pada ruangan “Phone number”.

(4) Telco akan dipilih secara automatik berdasarkan nombor yang dimasukkan. Sekiranya sistem salah pilih, sila pilih yang betul secara manual.

shopback
Masukkan nombor telefon dan pilih telco

(5) Nilai RM5 akan dipilih secara auto. Sila pilih jumlah tambah nilai yang dimahukan.

**Kadang-kadang Lazada mengadakan promosi diskaun maka korang akan dapat beli dengan harga yang lebih murah.

(6) Klik “Top up now”.

shopback
Senarai nilai topup yang boleh dipilih

(7) Pilih kaedah pembayaran sama ada melalui kad atau melalui online banking.

(8) Isikan maklumat kad atau pilih online banking pilihan korang.

(9) Klik “PLACE YOUR ORDER”.

shopback
Pembayaran melalui kad kredit atau kad debit
shopback
Pilihan online banking yang ada

(10) Ikuti arahan pada skrin sehingga pembayaran berjaya dan korang dihantar ke halaman resit.

clixsense
Buat side income dalam USD, jom!
8share
Join je, terus dapat singgit

Bonus RM5 (pendaftaran) + RM5 (pembelian pertama) adalah untuk kali pertama sahaja. Untuk belian seterusnya korang akan dapat rebat 3.5% sahaja.

**Cashback tidak akan direkodkan dengan serta merta. Berikan masa sehingga 48 jam untuk diredkodkan. Sementara itu, rekod akan dicatatkan sebagai “Clicked” sahaja.

shopback
Klik direkodkan dan menunggu proses pengesahan
shopback
Pembelian yang sudah disahkan

Walaupun tutorial ini mungkin agak mengecewakan korang kerana bukanlah dapat beli topup murah secara direct. Tapi korang beli dengan harga biasa dan dapat semula 3.5%, ianya masih boleh dianggap valid. Selain itu, kadang-kadang Lazada akan buat promosi diskaun, jadi korang dapat beli topup murah secara direct kemudian dapat cashback lagi.

Mungkin 3.5% bunyinya terlalu kecil bagi korang. Tapi daripada korang beli topup cara biasa tapi tidak dapat apa-apa, cara ini dapat buat duit walaupun sedikit.

Bukan topup sahaja yang korang boleh beli dan dapatkan cashback, tetapi juga barang-barang lain yang dijual di Lazada. Malah bukan terhad kepada satu gedung sahaja, banyak lagi seperti Zalora, EBay dan lain-lain.

Kalau korang memang suka membeli-belah atas talian, cuba kira berapa banyak yang korang boleh dapat balik.

Apabila korang sudah kumpul sebanyak RM10, korang boleh keluarkan duit tersebut ke dalam bank.

0 thoughts on “Beli Topup Murah Online”
  1. […] (Update: Beli topup di online di Maybank2U, di 7-Eleven, di kedai runcit atau kat mana sekalipun, anda tidak dapat apa-apa selain daripada kredit. Sila baca panduan ini untuk beli topup dan dapat balik duit.) […]

  2. […] Hotlink Fast dengan langganan RM45 sebulan. Yang bestnya, kalau aku stay dengan prabayar, aku dapat rebat setiap kali topup. Jika tidak berjalan lancar, aku akan langgan Digi Broadband RM100 atau Digi Infinite […]

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *