• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Pendaftaran dan Pembaharuan / Cara Hubungkan Akaun Tabung Haji Dengan Maybank

Cara Hubungkan Akaun Tabung Haji Dengan Maybank

27/12/2016 by Toji Ali 3 Comments

Di sini saya kongsikan pengalaman untuk hubungkan akaun tabung haji dengan akaun bank Maybank menggunakan mesin ATM. Selesai sahaja proses ini, bukan sahaja anda boleh semak baki atau pindah masuk duit ke dalam akaun tabung haji menggunakan mesin ATM, malah juga menerusi online Maybank2U.

Cara hubungkan akaun tabung haji dengan Maybank

1. Pergi ke mesin ATM Maybank dan sudah tentu, masukkan kad dan nombor pin.
2. Pilih option Tabung Haji
3. Pilih option hubungkan Tabung Haji dengan kad ATM
4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji
5. Masukkan nombor siri buku.

buku tabung haji
Nombor akaun dan nombor siri buku

Cara deposit duit ke dalam akaun Tabung Haji menerusi Maybank2U

1. Login ke Maybank2U.

2. Pilih Account & Banking > Transfer.

3. Pilih Tabung Haji.

hubungkan akaun tabung haji
Pilih Tabung Haji

4. Pilih Fund Transfer.

Tabung Haji Maybank2U
Fund Transfer

5. Pilih pindahan dari akaun Maybank ke akaun TH milik sendiri.

Tabung Haji Maybank2U
Maybank to TH own account

6. Masukkan jumlah yang ingin dipindahkan.

Tabung Haji Maybank2U
Masukkan amount

7. Minta nombor TAC dan ia akan dihantar kepada nombor telefon anda yang telah didaftarkan. Masukkan nombor tersebut.

Tabung Haji Maybank2U
Minta nombor TAC

8. Transaksi selesai. Jangan lupa klik print receipt untuk simpan slip sebagai rujukan.

Tabung Haji Maybank2U
Transaksi selesai dan berjaya

Caj RM1.06 akan dikenakan untuk setiap transaksi pindahan Maybank <-> TH. Maka, elok peram banyak-banyak dalam akaun bank dahulu sebelum pindah masuk ke akaun Tabung Haji (minimakan jumlah transaksi).

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

Cara semak baki akaun Tabung Haji melalui Maybank2U

Sebaik sahaja transaksi berjaya, baki akan segera dikemaskini.

Untuk semak baki, sama juga seperti langkah diatas, kali ini sila pilih pilihan Balance Inquiry.

Tabung Haji Maybank2U
Semakan baki

Perkhidmatan berkaitan Tabung Haji melalui Maybank2U ini hanya dibenarkan bermula 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja.

Tabung Haji Maybank2U
Bukan 24 jam

Kalau anda mempunyai akaun Tabung Haji yang lama tidak digunakan (tiada sebarang transaksi), kalau anda tidak mahu bertanya kepada pihak Tabung Haji mengenai status akaun anda, boleh cuba hubungkan dengan bank, kalau berjaya, maka akaun anda masih aktif.

Saya mempunyai akaun Tabung Haji yang dibuka pada Mei 2009 dan tiada sebarang transaksi sehingga Disember 2016 tetapi masih aktif (staf Tabung Haji sendiri yang sahkan) dan berjaya hubungkan dengan Maybank.

Untuk alternatif lain, sila rujuk laman web Tabung Haji.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Pendaftaran dan Pembaharuan Tagged With: Maybank, Tabung Haji

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Roslan Abdullah says

    30/06/2017 at 4:42 PM

    Ada cara tak batalkan link TH dengan Maybank di mesin ATM.? THANKS

    Balas
    • Toji Ali says

      18/07/2018 at 12:17 AM

      Tak pastilah, kena gi ke Maybank terus kot https://twitter.com/mymaybank/status/784712515213066240?lang=en

      Balas
  2. Roslan Abdullah says

    30/06/2017 at 4:44 PM

    Cara batalkan link TH dengan Maybank..tqvm

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in