• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Beli dan Bayar Online / Tutorial Beli Topup Online

Tutorial Beli Topup Online

20/08/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Topup mudah nak dapat. Selain kedai topup, kedai serbaneka dan kedai runcit pun ada jual. Malah, selain urusan surat-menyurat dan renew lesen memandu, pejabat pos pun ada jual topup. Tapi yang paling senang, boleh dibeli di rumah dan di mana-mana sahaja asal ada sambungan internet, ianya dengan beli secara online. Entry kali ini ialah panduan beli topup online dengan Maybank2u.

(Update: Beli topup di online di Maybank2U, di 7-Eleven, di kedai runcit atau kat mana sekalipun, anda tidak dapat apa-apa selain daripada kredit. Sila baca panduan ini untuk beli topup dan dapat balik duit.)

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

Senarai telco yang ada di Maybank2U

Semua telco utama ada dalam senarai, telco lain-lain tu kena cari kat kedai lah.

1. Altel
2. Celcom
3. Digi
4. Maxis
5. Tune Talk
6. UMobile

Beli Topup Online Dengan Maybank2U

Log masuk ke laman web Maybank2U dan pilih option Buy Online.

beli topup online
Pilih Buy Online

Kalau nak topup masuk serta merta, pilih Instant Prepaid Top Up. Tapi untuk entry ini saya nak tunjukkan cara untuk beli nombor PIN reload. Jadi, pilih option kedua iaitu Prepaid Top Up With PIN.

beli topup online
Pilih topup segera atau beli nombor PIN

Pilih telco daripada senarai yang ada.

beli topup online
Pilih telco daripada senarai

Pilih nilai reload. User tak boleh pilih berapa ringgit untuk topup, kena pilih nilai yang ada dari dropdown menu.
Sama macam beli kad topup. Kalau beli kat kedai topup yang kena tulis nombor telefon, boleh pilih nilai ikut suka.

Kalau Celcom minimum RM10, Maxis RM5. Yang lain-lain tak pernah try.

beli topup online
Pilih nilai topup

Seperti biasa, request nombor TAC dan masukkan di ruangan yang disediakan.

beli topup online
Minta nombor TAC

Nombor pin reload ialah Reload Number. Boleh gunakan PIN ini untuk topup macam biasa. Print receipt untuk rujukan.

beli topup online
Nombor PIN reload

Tempoh sah nombor PIN

Tujuan beli topup dengan nombor PIN sebab untuk beli dulu dan guna kemudian. Kalau kena guna serta merta baik pakai Instant Topup je. Tapi jangan simpan lama sangat sebab nombor PIN ini lebih cepat luput berbanding kad topup. PIN ini mesti digunakan dalam tempoh dua minggu sahaja.

beli topup online
Maybank: Sah untuk dua minggu sahaja

Baiklah, tutorial kali ini sudah pun sampai ke penghujungnya. Jumpa lagi di entry yang lain pula.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Beli dan Bayar Online Tagged With: Maybank

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. milie says

    13/12/2017 at 3:52 PM

    nice

    Balas
  2. sarah nadiah says

    13/11/2019 at 1:31 PM

    Beli topup secara online

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in