• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Beli dan Bayar Online / Tutorial Beli Domain Name MyNIC Dari Kedai Domain

Tutorial Beli Domain Name MyNIC Dari Kedai Domain

19/08/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Sebelum ini saya sudah buat entry tentang promosi domain name dot MY (.MY) murah daripada KedaiDomain.my. Kali ini saya akan buat walkthrough serba sedikit proses untuk beli domain name MyNIC atau dot MY daripada Kedai Domain.

Seperti yang sedia maklum domain dot MY kendalian MyNIC adalah mahal berbanding domain name biasa (.com/.net/etc) iaitu harga maksimum RM120 (ini belum termasuk GST lagi) manakala yang paling murah dalam RM90 setahun (ada lagi yang lebih murah tapi beza 2-3 ringgit sahaja, agak tidak significant). Selain promosi yang ditawarkan Kedai Domain, harga biasa ialah RM90 setahun, maka KedaiDomain.my adalah pilihan yang tepat. Tapi kalau nak alternatif, boleh cuba Internet Webhosting (SKSA), RM90 jugak setahun dan merupakan antara penyedia hosting yang menjadi pilihan Malaysia.

Entry berkaitan:
Tutorial setup domain name MyNIC (dot MY) untuk kali pertama
Tutorial pembelian hosting NetKL dapat percuma satu domain name

Beli domain name MyNIC daripada Kedai Domain

1. Pergi ke laman web Kedai Domain dan klik pada View Products yang dalam kotak Buy Domain Name. Kemudian klik pada Order Now.

beli domain mynic daripada kedaidomain
Dapat dilihat harga yang ditawarkan untuk setiap extension

2. Seterusnya, taip domain name dan pilih extension daripada senarai dropdown. Dalam kes ini, kita nakkan extension .MY. Klik Check untuk menyemak sama ada domain name itu available atau sudah ada orang lain rembat dulu.

Kalau ada, pilih billing cycle dan klik Order Now. Registration minimum setahun dan up to 5 years. Tapi dalam kes saya ni, promosi sah untuk maksimum 3 tahun sahaja, maka saya pilih 3 tahun.

beli domain mynic daripada kedaidomain.my
Pilih billing cycle

3. Masukkan promo code untuk dapatkan dengan harga yang murah. Tick Pay by online banking / ATM machine, dan klik Checkout untuk dapatkan invoice.

beli domain mynic daripada kedaidomain.my
Masukkan kod promosi

4. Invoice akan diberikan berserta dengan nombor akaun bank untuk membuat pembayaran. Baca tutorial pembayaran online dengan Maybank2U di sini.

beli domain mynic daripada kedaidomain.my
Nombor akaun bank untuk membuat bayaran

Isi borang maklumat

5. Selepas membuat bayaran dan simpan slip transaksi. Isi borang pada langkah 2. Salinan kad pengenalan MYKAD adalah wajib untuk pendaftaran kali pertama domain .MY.

Peringatan untuk nombor telefon dan email, untuk mengurangkan spams dan unwanted calls, sila gunakan nombor telefon dan alamat email yang jarang digunakan sebab domain .MY takde ID Protection. Jadi segala maklumat yang digunakan untuk proses pendaftaran adalah publicly visible dalam carian WHOIS.

Boleh berikan siap-siap nameservers hosting jika sudah ada. Kalau bagi awal-awal, dah tak payah nak kena tukar nameservers sendiri. Sebab langkah untuk tukar nameservers buat kali pertama memang memeningkan. Tapi boleh baca tutorial untuk setup domain name MyNIC (dot MY).

Kalau semua sudah OK, klik Submit.

beli domain name mynic daripada kedaidomain.my
Borang yang perlu diisi

6. Lepas saya submit, saya open ticket untuk beritahu saya sudah bayar. Yang ini tak perlu kot, sebab penerima bayaran akan alert sebab sudah masukkan email penerima masa proses pembayaran. Pihak Kedai Domain balas balik dan nak bagi diskaun lagi jika saya student. So, sila check akaun dan email untuk sebarang maklum balas daripada mereka. Kalau semua sudah OK, status invoice akan ditanda sebagai Paid.

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

Lepas status invoice sudah jadi paid, tunggu la esok untuk domain name didaftarkan. Kalau sudah selesai, email akan dihantar. Kemudian, dah boleh setup domain .MY ini untuk point ke server web hosting atau untuk digunakan bersama blog BlogSpot.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Beli dan Bayar Online Tagged With: domain dot my, domain name

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Promosi Domain MyNIC Murah (Dot MY) berkata:
    19/08/2016 5:30 AM

    […] berkaitan: Tutorial beli domain name daripada Kedai Domain Tutorial setup domain .MY (lantik diri sebagai technical contact, tukar DNS/Nameservers dan setup […]

    Balas
  2. Tutorial Pembelian Hosting NetKL berkata:
    19/08/2016 5:37 AM

    […] sudah memindahkan blog dari domain tojiali.com kepada domain sanazi.my ini yang dibeli daripada KedaiDomain.my. Selain itu blog ini juga dihoskan di hosting NetKL. Maka eloklah aku buat panduan untuk membeli […]

    Balas
  3. Tutorial Setup Domain Name MyNIC (dotMY) berkata:
    01/09/2016 1:37 PM

    […] berkaitan: Tutorial beli domain name .MY daripada Kedai Domain Tutorial beli generic domain name daripada NetKL Tutorial beli web hosting (percuma satu domain […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in