logo mynic

Bagi pengguna baru domain .MY, untuk setup domain name ini memang mengelirukan sebab cara untuk setup buat kali pertama agak berbeza berbanding untuk setup domain name biasa.

Kita perlu untuk lantik diri sendiri sebagai technical contact untuk membolehkan dns entry domain name ini dipinda. Kalau tak mahu lantik diri sendiri sebagai technical contact, kena contact support pihak pendaftar domain name supaya diorang tolong. Tapi cara ini leceh la nak harapkan diorang. Selain itu, kita juga kena tambah nombor telefon untuk menerima nombor TAC setiap kali membuat sebarang pindaan.

Domain name .MY lain dari yang lain, tidak seperti domain biasa yang mana anda perlu login di laman web tempat anda daftar untuk manage. Domain .MY ni, tak kira lah anda beli kat mana sekalipun, tetap kena login di portal MyNIC untuk manage. Itu yang menjadi masalah, pengalaman saya untuk log in ke laman web MyNIC memang menguji kesabaran. Server lembab dan timeout.

Artikel berkaitan:
Tutorial beli domain name .MY daripada Kedai Domain
Tutorial beli generic domain name daripada NetKL
Tutorial beli web hosting (percuma satu domain name) daripada NetKL

Log masuk ke portal MyNIC

Pergi ke laman web MyNIC. Hover cursor ke menu Domain dan klik pada Login. Atau terus klik pada Login yang ada pada bahagian atas.

setup domain name mynic
Login ke portal MyNIC

Tukar kata laluan selepas kali pertama log masuk

Menukar kata laluan tidak termasuk dari keperluan untuk manage atau setup domain name MyNIC, tetapi highly recommended. Kerana default password adalah sama dengan Registrant/Administrative Code yang publicly visible pada carian WHOIS.

setup domain name mynic
Kata laluan default sama dengan contact code

Klik pada pautan Change Password untuk menukar kata laluan.

setup domain name mynic
Klik sini untuk tukar kata laluan

Lantik diri sendiri sebagai technical contact

(*)Pergi ke Domain Name dan klik pada Modify Domain. Kemudian klik pada Individual dan klik Search.

setup domain name mynic
Search terus tanpa sebarang keyword akan list semua domain name yang ada

Tick pada domain name yang ingin dipinda dan klik pada Modify.

setup domain name mynic
Tick domain name yang ingin dipinda

Tick pada Appoint a New Technical Contact. Tunggu sebentar kerana ia akan collapse dengan sendiri. Masukkan contact code diri sendiri yang boleh didapati pada carian WHOIS. Klik pada Modify.

setup domain name mynic
Masukkan contact code diri sendiri

Tambah nombor telefon untuk menerima nombor TAC

Selepas klik pada Modify tadi, akan keluar satu mesej memberitahu nombor telefon masih belum didaftarkan. So far so good, klik pada Proceed untuk mendaftarkan nombor telefon.

Masukkan nombor telefon dan klik pada Add. Nombor TAC akan dihantar ke nombor yang telah diberikan, masukkan nombor TAC dan klik pada Continue. Seterusnya, nombor telefon siap didaftarkan.

setup domain name mynic
Masukkan nombor TAC

Setup domain name MyNIC – Update DNS/Nameservers

Kembali ke langkah yang ditanda dengan (*)
-Domain Name >> Modify Domain
-Tick dan Modify Domain

Kali ini, skrol ke bawah dan cari Modify Technical Contact of Domain Name. Tick pada Modify Technical Contact of Domain Name. Tunggu sekejap sehingga senarai DNS keluar. Tick dua DNS yang ada dan masukkan DNS gantian pada kotak yang keluar.

setup domain name mynic
Masukkan nameservers gantian dan klik pada modify

Klik pada Modify dan nombor TAC akan dihantar untuk lengkapkan proses.

setup domain name mynic
Proceed dan nombor TAC akan dihantar

Setup untuk BlogSpot

Masalah yang dihadapi untuk point domain .MY ke BlogSpot ialah domain MyNIC ini tidak mempunyai DNS hosting untuk ditambah A records dan CNAME records.

malaysia link shortener
Iklankan produk anda atau kongsikan iklan orang lain untuk dapat ganjaran

Penyelesaiannya ialah untuk point domain .MY ke perkhidmatan DNS hosting percuma seperti CloudFlare dan ClouDNS.net dan tambah A records dan CNAME records disana. Insya Allah, saya mungkin akan cover walkthrough tutorial untuk CloudFlare dan ClouDNS ini untuk tutorial akan datang.

Tutorial terperinci untuk tukarkan nama-blog.blogspot.com kepada www.nama-blog.my blog dirujuk pada artikel cara-cara untuk setup domain name.

0 thoughts on “Tutorial Setup Domain Name MyNIC (dotMY)”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *