• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging / Tutorial Beli Domain Name Dengan NetKL

Tutorial Beli Domain Name Dengan NetKL

28/03/2014 by Toji Ali Leave a Comment

Selepas aku beli domain name untuk blog ini pada tahun lepas, aku sekali lagi beli domain name untuk sebuah lagi blog aku pada minggu lepas. Kedua-dua nama domain ini didaftarkan dengan NetKL. Maka kali ini aku nak buat tutorial beli domain name dengan NetKL.

Update:
Tutorial untuk setup domain name dengan NetKL sudah dipindahkan ke artikel yang lain.
Tutorial beli web hosting NetKL.
Tutorial beli domain .MY daripada kedaidomain.my. (coming soon)
Tutorial setup domain .MY.

Kenapa perlu beli domain name daripada NetKL?

Kenapa NetKL? Sebabnya sebelum aku beli, aku ada la Google sikit, nak tahu registrar domain yang mana yang orang puji. Baca sikit yang mana patut pilih registrar dari Malaysia atau nak guna yang international macam Godaddy atau Hostgator. Baca punya baca akhirnya aku buat keputusan pilih NetKL. RM35 je setahun (Update: NetKL kini sudah naikkan harga domain name mereka).

Mengikut pengalaman aku, tiap kali aku hantar emel kepada mereka, laju je mereka balas, tak ada sebarang masalah setakat ini. Since NetKL ni syarikat Malaysia, so boleh je nak emel diorang dalam Bahasa Melayu kalau tak yakin dengan English. (btw, aku emel diorang dalam English walaupun berterabur, haha. Pernah sekali aku tersalah eja receipt sebagai ‘resit’, dalam hati rasa macam mesti depa tergelak besar baca email aku tu).

Kali ni aku rasa terpanggil nak buat tutorial cara-cara untuk beli dan setup nama domain dari NetKL secara step by step dari mula-mula nak daftar hinggalah korang punya blog bertukar daripada .blogspot.com kepada  .com, nampak lebih professional dan serius dengan dunia blogging ni. Semoga ianya berguna kepada mereka yang nak daftar nama domain, sudi-sudi la pilih NetKL ye. Kalau registrar yang lain, aku takde pengalaman, so jangan tanya pulak macam mana nak register dengan depa tu.

Okay lah, intro pun dah panjang, karang korang bosan pulak dengan celoteh aku. Jom terus ke tujuan utama post kali ini.

Cara untuk beli domain name dengan NetKL.

Mula-mula, pergi ke laman utama NetKL dan klik pada pautan [Domains].

daftar domain name netkl
Klik pautan domain name

Lepas tu check la nama domain yang korang nak. Kalau nak domain .com tick la yang tu. Tapi aku sarankan tick semua jenis tld (.com .net .org etc), contohlah korang nak daftar abc.com, abc.com mungkin masih ada orang belum daftar, tapi abc.net dan abc.org dah ada orang daftar. Kita boleh tahu semua ni kalau tick semua. Bagi aku, kalau dah ada abc.net dan abc.org, aku dah tak nak daftar abc.com walaupun masih available. Masukkan verification code dan klik [Lookup].

beli domain name netkl
Cari domain name yang dimahukan

Kalau dah ada orang lain yang guna, melepaslah korang. So kena la pilih nama yang lain. Kalau available tick yang korang nak seperti .com dan seterusnya klik [Order Now].

beli domain name netkl
Pilih extension atau TLD yang dimahukan

Lepas tu pastikan korang tick ID Protection, ianya percuma, update: ianya rm10 setahun, update 2: Kini ID protection RM15 setahun. Kalau korang tak tick, nanti maklumat korang orang boleh tengok kat whois.com/whois/domain-name-korang.com . Tapi takde masalah sangat pun, boleh pakai email dan nombor telefon yang jarang guna. Kemudian tekan [Update Cart].

beli domain name netkl
Klik [Update Cart]

Lepas tu click [Checkout].

beli domain name netkl
Checkout

Kemudian isi la apa yang patut, isikan maklumat yang betul, jangan isi mengarut sudah la. Untuk First Name letak la nama sendiri, Last Name letak bin/binti ayah korang. Ni screenshot untuk bahagian  bawah sekali. Domain Registrant Information tu biarkan Use Default Contact. Pilih Payment Method. Bahagian Notes biarkan macam tu je. Tick I have read and agree to the TOS. Last sekali klik [Complete Order].

NetKL
Klik pada Complete Order
beli domain name netkl
Klik pada [Complete Order]

Lepas tu dah boleh check emel korang, NetKL akan hantar link untuk korang login kat sana. Emel tu tajuknya New login created for <nama korang>. Loginnya ialah di billing.netkl.com

Cara pembayaran menggunakan mesin Cash Deposit Maybank

Langkah seterusnya ialah membuat pembayaran. Aku guna Maybank. Untuk domain tojiali.com aku guna cash deposit. Nombor akaun bank NetKL boleh semak pada invoice yang diberikan. Jangan lupa simpan resit untuk dijadikan bukti pembayaran nanti. Oh ya, mesin cash deposit tak terima note 5 ringgit, so macam mana nak bayar RM35? Aku masukkan RM40 terus, jangan risau, duit tu tak burn macam tu je. Dia akan masuk dalam baki akaun, so kalau ada nak beli satu lagi domain name atau nak renew nanti tahun depan, bayar RM30 je lah.

beli domain name netkl
Baki akan masuk akaun

Untuk domain satu lagi yang aku baru beli pulak, aku try guna Maybank2U. Senang, tak payah susah-susah nak cari mesin cash deposit. Update: Sebab tutorial ini panjang, aku pecahkan kepada tiga post. Tutorial bayar online dengan Maybank2U boleh dibaca pada artikel baru. Cara untuk setup domain name juga sudah dipindahkan ke artikel baru.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tagged With: Blogger, Blogspot, domain name, Maybank, NetKL

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Comments

  1. Afifi Shamsuri says

    28/05/2014 at 1:54 PM

    Terima kasihhh! Artikel ini sangat sangat membantu saya! 😀

    Balas
    • Toji Ali says

      24/07/2015 at 2:43 AM

      Sama-sama.

      Balas
  2. JiaJia says

    17/07/2014 at 4:27 PM

    Terima kasih sangat! sangat2 membantu! =)

    Balas
    • Toji Ali says

      24/07/2015 at 2:43 AM

      Sama-sama..

      Balas
  3. Mahamahu says

    02/03/2015 at 5:11 PM

    Terima kasih ia membantu saya dalam mencari penyelesaian isu ini..

    Balas
    • Toji Ali says

      24/07/2015 at 2:42 AM

      Sama-sama.

      Balas
  4. ewent says

    08/05/2015 at 4:42 PM

    saya pinjam entri tuan ye. halalkan ye 🙂

    Balas
    • Toji Ali says

      24/07/2015 at 2:42 AM

      Silakan tuan..

      Balas

Trackbacks

  1. Hosting Percuma Untuk Install WordPress - Blog Rojak berkata:
    08/11/2015 2:25 PM

    […] perlu beli domain name terlebih dahulu dan halakan domain tersebut ke server Hostinger. Sila rujuk panduan tetapan domain name NetKL untuk membaca lebih lanjut cara untuk point domain name ke sesuatu server demgan DNS Management. […]

    Balas
  2. Tutorial Pendekkan Link Dengan Domain Sendiri berkata:
    08/11/2015 3:53 PM

    […] dan aku syorkan beli daripada NetKL kerana aku sudah membuat tutorial yang agak lengkap tentang domain name NetKL. Untuk hosting, walaupun optional, tapi kalau nak try usha aku syorkan web hosting GempakBox kerana […]

    Balas
  3. Tutorial Setup Domain Name MyNIC (dotMY) berkata:
    08/02/2017 10:29 AM

    […] berkaitan: Tutorial beli domain name .MY daripada Kedai Domain Tutorial beli generic domain name daripada NetKL Tutorial beli web hosting (percuma satu domain name) daripada […]

    Balas
  4. Tutorial Install WordPress Menggunakan Softaculous berkata:
    08/02/2017 11:00 AM

    […] berkaitan: Beli domain name daripada NetKL Beli hosting dapat percuma domain name daripada NetKL Daftar domain name percuma Freenom Daftar […]

    Balas
  5. Tutorial Setup Domain Name Untuk BlogSpot berkata:
    09/02/2017 4:21 AM

    […] NetKL. Kerana artikel tersebut terlalu panjang, ia dipecahkan kepada tiga artikel iaitu, tutorial beli domain name dengan NetKL, tutorial bayar online dengan Maybank2U dan juga tutorial ini iaitu untuk setup domain name untuk […]

    Balas
  6. Tutorial Bayar Online Dengan Maybank2U berkata:
    09/02/2017 4:46 AM

    […] Bayar Online Dengan Maybank2U ini sebenarnya sebahagian daripada tutorial panduan beli domain name daripada NetKL. Disebabkan tutorial itu terlalu panjang, saya pisahkan menjadi beberapa artikel. Malah, tutorial […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in