• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Beli dan Bayar Online / Tutorial Bayar Online Dengan Maybank2U

Tutorial Bayar Online Dengan Maybank2U

15/08/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Tutorial Bayar Online Dengan Maybank2U ini sebenarnya sebahagian daripada tutorial panduan beli domain name daripada NetKL. Disebabkan tutorial itu terlalu panjang, saya pisahkan menjadi beberapa artikel. Malah, tutorial ini boleh digunakan untuk membuat sebarang pembayaran online menggunakan Maybank2U. Maka saya boleh point ke artikel ini sahaja.

Tutorial cara bayar online dengan Maybank2U.

Pergi ke Maybank2U dan login. Klik pada Accounts & Banking, kemudian klik Transfers, seterusnya klik New 3rd party account transfer.

bayar online dengan maybank2u
Account & Banking
bayar online dengan maybank2u
Klik pada Transfer
bayar online dengan maybank2u
New 3rd party account transfer

*Masukkan jumlah yang perlu dibayar pada ruangan Amount tanpa RM.
*Masukan nombor akaun penerima.
*Recipient email yang diminta untuk alert pembayaran sudah dibuat. Kalau NetKL ialah [email protected]
*Recipient reference saya masukkan nama domain saya, dia ada limit huruf yang boleh dimasukkan, rasanya 14.
*Other payment details saya letak order number yang mana anda boleh tengok kat emel yang diorang hantar dengan tajuk Order confirmation.
Klik [Continue].

bayar online dengan maybank2u
Masukkan maklumat yang diperlukan

Seterusnya anda kena masukkan 6 digit TAC number. Klik pada Request a TAC number dan anda akan dapat satu SMS dengan TAC number pada nombor telefon yang telah didaftarkan dengan Maybank. Masukkan nombor itu dan klik Confirm.

bayar online dengan maybank2u
Masukkan TAC number

Maka selesailah proses pembayaran. Klik pada Print Receipt dan laman Maybank2U akan pop-up satu fail pdf. Jangan lupa download fail ini untuk bukti pembayaran.

bayar online dengan maybank2u
Klik pada Print Receipt

Cara menghantar bukti pembayaran

Penerima akan alert kerana sudah dimasukkan alamat email penerima masa proses pembayaran. Walau bagaimanapun, elok sekiranya menghantar bukti pembayaran kepada mereka sekali lagi. Gunakan fail PDF yang disimpan tadi. Attach fail dalam emel. Tajuk emel letak la bukti pembayaran untuk domain <nama domain anda>
Lepas tu pandai-pandai la tulis apa-apa untuk email body. saya letak nama domain dan order number. Hantar ke [email protected] atau [email protected]

Masa urusan kali pertama dulu saya hantar ke emel yang pertama, tapi kali ni saya hantar dua-dua sekali. Tunggu emel dari mereka. Jangan lupa, auto respond emel sentiasa dihantar kepada anda sebagai tanda emel anda sistem mereka berjaya terima. So tunggu emel yang mengatakan “Salam, Terima kasih di atas bayaran anda. Kami telah pun aktifkan domain anda. etc etc”.

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

Cara alternatif menghantar bukti pembayaran

Pergi ke Client Area, pilih Manage Account. Klik pada Open Ticket.

hosting netkl support
Buka tiket baru

Pilih sales department.

hosting netkl support
Pilih sales department

Lepas tu pandai-pandai la karang ayat. Jangan lupa attach fail PDF sebagai bukti bayaran. Attachment ada kat bahagian bawah lepas message body.

Itu sahaja. Jangan lupa pastikan nombor akaun dan nama penerima adalah betul sebelum membuat sebarang pindahan. Kalau nak bayaran balik pinjaman PTPTN atau bil lagi senang sebab tak perlu masukkan nombor akaun penerima secara manual. Hanya pilih penerima daripada senarai.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Beli dan Bayar Online Tagged With: Maybank

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Tutorial Setup Domain Name Untuk BlogSpot berkata:
    16/08/2016 1:45 AM

    […] panjang, ia dipecahkan kepada tiga artikel iaitu, tutorial beli domain name dengan NetKL, tutorial bayar online dengan Maybank2U dan juga tutorial ini iaitu untuk setup domain name untuk […]

    Balas
  2. Tutorial Beli Domain Name MyNIC Dari Kedai Domain berkata:
    08/02/2017 10:38 AM

    […] Invoice akan diberikan berserta dengan nombor akaun bank untuk membuat pembayaran. Baca tutorial pembayaran online dengan Maybank2U di […]

    Balas
  3. Tutorial Pembelian Hosting NetKL berkata:
    09/02/2017 4:12 AM

    […] dikeluarkan. Jumlah yang perlu dibayar dan nombor akaun bank penerima akan diberikan. Sila rujuk panduan membuat pembayaran online untuk panduan bayaran online dengan Maybank2u. Boleh jugak nak bayar dengan mesin ATM/CDM atau […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in