• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging / Domain Name NetKL Naik Harga

Domain Name NetKL Naik Harga

07/11/2015 by Toji Ali Leave a Comment

Kini domain name NetKL naik harga atau dalam bahasa mudahnya, sudah jadi semakin mahal. Ini adalah disebabkan nilai Ringgit Malaysia yang hari-hari menyusut berbanding mata wang Dolar Amerika. Nak tak nak, NetKL terpaksa mengambil keputusan menaikkan harga domain name mereka bagi mengelakkan kerugian. Bagi aku, tindakan mereka adalah wajar bagi menyelamatkan periuk nasi mereka.

Apa sebab NetKL naik harga?

Kenaikan harga ini juga adalah yang ketiga yang dirasai oleh aku dan kenaikan harga pula adalah setiap kali domain name aku hampir expired. What a king of coincident.

NetKL naik harga
Pengumuman rasmi di blog NetKL

*Pengumuman di blog mereka di www.netkl.org. Imej edit selepas screenshot secara part by part di smartphone. Untuk kualiti yang lebih baik, sila pergi ke blog NetKL.

Pertama kali aku membeli domain name daripada mereka adalah pada November 2013 dengan harga RM35 setahun dan privacy protection ketika itu adalah percuma. Aku sempat beli satu lagi domain name daripada mereka ketika ini. Domain name itu kemudian expired dan aku tak lagi renew sebab dah tak mahu. Bila aku rasa nak pakai balik domain yang tu, tak guna, dah ada orang lain yang rembat (Whois Simplicitips.com).

Untuk renew kali yang pertama setahun kemudian, domain name masih lagi kekal RM35 setahun tapi malangnya privacy protection tidak lagi percuma malah berharga RM10 setahun. Maka, aku secara peribadi menganggap servis mereka sudah naik harga kepada RM45 setahun.

Kini, due date domain name aku semakin hampir, dan berikutan penyusutan nilai Ringgit, domain name naik harga lagi. Kini domain name berharga RM45 setahun dan privacy protection juga turut naik harga kepada RM15 setahun, menjadikan jumlahnya RM60 setahun. Pun begitu, aku check invois yang mereka hantar adalah berjumlah RM55 sahaja. Aku tidak pasti apa yang berlaku, mungkin diskaun untuk pelanggan sedia ada mereka kot. Aku belum bayar lagi, mungkin aku akan tanya mereka untuk pengesahan bila nak bayar nanti.

Update: Setelah bertanya, mereka mengakui harga RM55 adalah kesilapan daripada pihak mereka dan menghantar semula invois lain dengan harga yang telah diperbetulkan. Chit! Ingatkan dapat diskaun ke apa T_T.

Masih lagi setia

Walaupun NetKL naik harga, namun aku akan tetap setia bersama mereka kerana aku puas hati dengan support yang aku terima daripada mereka sepanjang berurusan dengan mereka. Walaupun begitu, harga hosting mereka masih sama. Pakej paling murah adalah pakej mySilver berharga RM60 setahun siap dapat free domain lagi untuk lifetime (percuma selagi korang renew tiap-tiap tahun untuk pakej tu). Walaupun aku hanya ada langgan domain name sahaja daripada mereka, tapi ini adalah satu cara sokongan aku kepada mereka.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tagged With: domain name, NetKL

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Tutorial Setup Domain Name Untuk BlogSpot berkata:
    16/08/2016 1:54 AM

    […] pihak mereka tolong setupkan dengan bayaran RM3 (Update: Harga domain name dan ID protection sudah naik harga, so tak pasti masih RM3 atau juga sudah naik). Pandai kan diorang niaga, kalau jenis yang malas, […]

    Balas
  2. Cara Daftar Dan Setup Domain Name Dengan NetKL berkata:
    16/08/2016 2:05 AM

    […] Kenapa NetKL? Sebabnya sebelum aku beli, aku ada la Google sikit, nak tahu registrar domain yang mana yang orang puji. Baca sikit yang mana patut pilih registrar dari Malaysia atau nak guna yang international macam Godaddy atau Hostgator. Baca punya baca akhirnya aku buat keputusan pilih NetKL. RM35 je setahun (Update: NetKL kini sudah naikkan harga domain name mereka). […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in