best web hosting

Kali ini aku akan buat entry tentang web hosting terbaik di Malaysia. Web hosting ibarat rumah yang menempatkan segala fail laman web korang. Untuk blogging, web hosting yang paling basic iaitu Shared Hosting sudah memadai. Shared Hosting ialah web hosting yang mana laman web kita diletakkan dalam satu server bersama berpuluh-puluh (dan mungkin beratus-ratus, beribu-ribu, aku pun tak tahu) laman web orang lain dan berkongsi CPU, RAM bandwidth dan resources yang lain. Jika ada satu laman web yang trafik tinggi maka ianya akan membebankan server dan laman web orang lain termasuk korang sekali turut akan terjejas walaupun laman web atau blog korang mempunyai pengunjung tak sampai seratus pun dalam satu hari. Kejam dan tak adil kan? Tapi itulah lumrah Shared Hosting.

Pilihan hosting tempatan atau luar negara

Terdapat banyak pembekal servis web hosting baik dari Malaysia mahupun dari luar negara. Ada yang cakap servis dari luar lagi murah dan lagi reliable. Tapi entry ini sepertimana tajuk, akan fokus pada web hosting dari Malaysia sahaja. Kalau bukan orang Malaysia yang support produk tempatan, maka siapa lagi, ye tak? Lagipun, harus ingat, sesetengah penyedia web hosting Malaysia adalah reseller syarikat luar negara. Reseller adalah pihak yang melanggan pelan khusus dari pihak pertama kemudian menjual semula produk tersebut dengan menggunakan jenama sendiri. Maka, bukan sahaja kita menyokong syarikat tempatan, pada masa yang sama dapat nikmati kualiti hardware bertaraf antarabangsa. Win-win situation here.

Pilihan hosting terbaik tempatan

Di Malaysia, terdapat banyak pembekal web hosting sampai tak terpilih. Di sini aku senaraikan empat syarikat. Bukan untuk menidakkan pembekal lain, bukan juga untuk memuktamatkan empat ini adalah absolutely the best. Empat ini dipilih atas dasar, senarai yang tidak pernah miss dinyatakan oleh para blogger dalam review mereka baik pada blog mahupun forum.

Empat tersebut ialah:
1) DataKL
2) ExaBytes
3) NetKL
4) ServerFreak

web hosting terbaik malaysia
Empat syarikat web hosting terbaik di Malaysia pilihan bersama ramai bloggers

Senarai disusun mengikut nama dan bukan mengikut ranking. Keempat-empat ini bukanlah murah tapi bukan juga mahal. Kategori sederhana sahaja. DataKL dan ServerFreak adalah lebih murah berbanding NetKL dan ExaBytes.

Sekarang dah tahu kan web hosting mana antara yang terbaik di Malaysia. Seterusnya, untuk pemilihan pakej yang sesuai untuk keperluan blog korang. Untuk itu sila baca panduan pemilihan web hosting sebelum putuskan untuk membeli sesuatu pakej.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *