• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging Tutorial / Promosi Domain MyNIC Murah (Dot MY)

Promosi Domain MyNIC Murah (Dot MY)

05/08/2016 by Toji Ali Leave a Comment

Saya baru sahaja beli domain dot MY. Maka saya nak buat sikit post pasal promosi domain MyNIC murah. Domain .MY yang dikendalikan oleh MyNIC boleh dianggap mahal dengan harga maksimum yang ditetapkan ialah RM120 itu belum dikira dengan GST lagi. Saya sudah survey lebih kurang, harga yang ditawarkan oleh resellers MyNIC paling murah ialah RM90. Ada lagi yang bawah RM90 tapi kurang dalam 2-3 ringgit sahaja. Untuk dapatkan dengan harga yang murah, malah lebih murah berbanding domain biasa gTLD, kena tunggu promosi daripada MyNIC.

Yang ditunggu tak kunjung tiba

Dulu saya tengok MyNIC sering membuat promosi. Antara tarikh-tarikh penting yang mereka selalu buat promosi ialah ketika perayaan dan hari penting Malaysia seperti bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia. Tidak lupa juga pada birthday mereka.

Maka saya pun mula lah menunggu tarikh-tarikh yang panas seperti di atas. Saya check setiap hari recent news di laman web rasmi mereka, di Facebook mereka, malah di Facebook beberapa resellers rasmi MyNIC. Penting untuk dapatkan harga promosi kerana ianya memang jauh lebih murah daripada harga asal. Malah promosi membenarkan advance payment untuk lebih daripada 1 tahun, maka lagi jimat. Ada juga promosi yang membolehkan pemilik domain renew dengan harga yang sama untuk tiap-tiap tahun sampai bila-bila. Kalau tak salah, promosi yang dimaksudkan memberikan harga RM20 sahaja. Bayangkan harga RM20 setaip kali renew, ianya memang murah tak masuk akal.

mynic promotion
Promosi untuk dapatkan harga murah domain name .MY

Saya menunggu dan menyemak setiap hari, tapi ianya tak kunjung tiba. Hingga saya pun sudah terlalu sibuk dengan FYP dan terlupa untuk check sehingga saya terlepas promosi yang ditunggu-tunggu, kalau tak salah dalam bulan Jun atau Julai 2015. Lepas promosi yang ini, saya sudah tidak nampak lagi promosi daripada MyNIC.

Promosi domain MyNIC murah daripada reseller rasmi

Walaupun MyNIC tidak lagi membuat sebarang promosi untuk masa sekarang, beberapa reseller rasmi domain .MY ada membuat promosi.

Antara promosi yang saya jumpa ialah promosi beli untuk 2 tahun percuma untuk 3 tahun, menjadikan 5 tahun semua sekali. Tawaran ini adalah daripada ExaBytes. Harga yang ditawarkan ialah RM254.40 (GST inclusive) menjadikan RM50.88 setahun, OK jugak tu. Namun sebab harga asal daripada ExaBytes ialah lebih daripada RM120 setahun, saya jadi tidak berapa berminat dengan tawaran ini.

Ada satu hosting yang saya memang bercadang untuk daftar dengan mereka sebab setiap tahun bayar RM90 sahaja. Walaupun sekarang tak ada promosi tapi takpelah, in the end saya tetap kena renew dengan harga RM90 jugak. Saya try nak buat lain dari yang lain, nak try bayar pakai PayPal. Sebab ada beberapa ketidakpastian, saya contact support. Saya bertanyakan dua soalan; satu berjawab satu lagi langsung tidak dijawab. Memang support cepat balas, masalahnya, jawapan yang saya terima dibawah expectation saya. Tapi saya baik sangka, mungkin intern yang tengah on duty hahaha. Malas mahu bertanya lanjut dengan jawapan yang tidak memuaskan hati, saya tawar hati terus dan batalkan niat saya. Hosting mana, biarlah jadi rahsia saya.

Ada satu lagi hosting yang harga untuk register bawah RM50, harga renew pula RM94++ (RM90 dan caj GST). Bila saya try nak register, saya check saya boleh register sehingga lima tahun terus dengan harga istimewa (RM230++ untuk 5 tahun). Ini memang tawaran yang berbaloi(-baloi) ditambah harga renew yang murah. Saya nak tahu maklumat lanjut dan nak hubungi support. Masalahnya tidak diberikan alamat email dan kena pakai contact form, tetapi nak kena isi nombor telefon pulak. Malas saya nak letak nombor telefon dan decide nak hubungi di Facebook page diorang. Jawapan yang saya terima adalah mesej template atau mungkin auto reply “kami akan balas sebentar lagi.” Siap ada p/s: “kami takkan jawab soalan berkaitan dengan bla bla bla di Facebook demi privacy.” Mungkin mereka anggap sistem mereka lagi secure berbanding sistem private message Facebook. Dan akhirnya sampai ke sudah PM saya tidak dilayan. Saya sudah blacklist hosting itu sampai bila-bila.

8share
Join je, terus dapat singgit

Say hello to KedaiDomain.MY

Sambil menunggu PM saya yang masih belum berbalas dari pagi hingga petang, saya teringat KedaiDomain.MY sering buat promosi. Saya jumpa website ni daripada carian Google. Promosi terakhir yang dibuat masa kali pertama jumpa baru terlepas dalam seminggu lebih kurang. Bila saya buka, alhamdulillah, memang tengah ada promosi sehingga 31 Julai 2016. Promosi melalui kod diskaun dan boleh register up to 3 years.

Awalnya memang saya agak risau jugak nak register kat sini. Sebab KedaiDomain.MY tiada dalam senarai reseller rasmi MyNIC. Malah website-nya tidak pakai HTTPS (SSL) yang mana standard untuk laman pembelian online. Walau bagaimana pun, tokei dia, tuan Khairul Anwar aktif di forum dan juga di Group Facebook. Maka saya pun berani untuk daftar kat sini. Lagi best, kalau saya student, ada lagi diskaun istimewa.

Segalanya berjalan lancar dan domain saya (untuk blog ini la) siap didaftarkan pada keesokkan hari. Kira awal jugak la ni, domain .MY ni bukan boleh siap register dalam beberapa minit macam domain biasa. Ianya perlu approval dahulu.

Artikel berkaitan:
Tutorial beli domain name daripada Kedai Domain
Tutorial setup domain .MY (lantik diri sebagai technical contact, tukar DNS/Nameservers dan setup BlogSpot)

So yang lain-lain yang nak beralih ke domain .MY, boleh la check KedaiDomain.MY dari masa ke masa untuk promosi terkini. #ichoosedotmy

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging Tutorial Tagged With: domain dot my, domain name

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Tutorial Beli Domain Name MyNIC Dari Kedai Domain berkata:
    19/08/2016 5:23 AM

    […] ini aku sudah buat entry tentang promosi domain name dot MY (.MY) murah daripada KedaiDomain.my. Kali ini aku akan buat walkthrough serba sedikit proses untuk beli domain name MyNIC atau dot MY […]

    Balas
  2. TP-LINK TL-MR6400 4G Router berkata:
    25/11/2017 3:47 PM

    […] kurang RM120 setahun, itu belum campur GST lagi tu. Nasib baik aku beli domain name ini ketika ada promosi. Jadi daripada membazir bayar tak digunakan, baiklah aku buat posting secara ala kadar di blog aku […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in