nuffnang logo

Betul ke yang status Glitterati Nuffnang sudah tiada? Sebabnya bila aku log masuk ke akaun Nuffnang, tak ada pun dinyatakan sama ada akaun aku status dia Glitterati atau Non-Glitterati.

Tiada tertulis tentang status glitterati Nuffnang

Selalunya akan ada salah satu status pada profile picture akaun kita. Ke kalau takde tu maknanya status kita adalah Non-Glitterati dan yang berstatus Glitterati sahaja yang akan dipaparkan kat situ? Itu yang aku agak lah.

status glitterati Nuffnang Malaysia
Dah takde la

Hampir tiada bloggers membicarakan soal ini

Aku dah cuba geledah laman web Nuffnang kot-kot status bersembunyi di balik menu-menu yang ada, tak jugak dijumpai. Aku pun cuba check kalau-kalau ada bloggers yang berbicara tentang permasalahan ini. Tak banyak yang aku jumpa, yang jumpanya pasal status dah bertukar dari Glitterati kepada Non-Glitterati and vice versa.

Ada satu blog yang dia pun musykil jugak pasal benda ni. Aku sebenarnya tak kisah sangat sebab kalau status Glitterati dan Non-Glitterati ni masih ada, konfirm-konfirm aku punya jatuh tersungkur ke kategori Non-Glitterati sebab aku ada mention pasal musuh-musuh Nuffnang. Almaklumlah, Nuffnang ni kan awek yang kuat merajuk, hihi. Kalau sape-sape yang tahu mohon kasi pencerahan ya. Sekian sahaja.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *