Hai semua, assalamualaikum. Kali ini aku akan share senarai laman web storan percuma untuk backup fail-fail penting yang aku gunakan secara peribadi. (Free cloud storage to backup your priceless data)

Sediakan payung sebelum hujan

Aku sudah belajar daripada pengalaman iaitu sentiasa buat backup fail-fail penting supaya fail-fail tersebut tidak akan lenyap buat selamanya sekiranya PC atau hard disk rosak. Tapi ianya sekadar hangat-hangat taik ayam dan tak bertahan lama, aku mula malas buat backup kerana menyangkakan PC dan hard disk aku baik-baik sahaja, nanti-nanti lah buat backup tu. Akhirnya ia memakan diri apabila external hard disk aku rosak dan beberapa fail penting di dalamnya yang langsung tiada backup hilang buat selamanya.

Jadi kali ini aku betul-betul tekad untuk sentiasa sediakan backup. “Sediakan payung sebelum hujan.” Aku buat backup secara offline menggunakan DVD dan HDD. Dan simpan beberapa salinan di atas talian melalui perkhidmatan storan percuma.

Buat senarai fail yang ada dalam setiap storan

Sediakan juga senarai fail supaya apabila berlaku kerosakan HDD, senang untuk restore dan susun semula fail-fail mengikut keadaan/struktur asal ke hard disk yang baru. Jangan lupa untuk turut backup senarai fail berkenaan. Panduan untuk menjana senarai fail boleh dibaca di sini.

Backup lebih dari 1 untuk lebih jaminan

Jangan hanya bergantung kepada satu laman sahaja, muat naik salinan fail ke 2 atau 3 laman sebagai langkah berjaga-jaga. Memandangkan ianya berkhidmatan percuma, maka ruang simpanan juga terhad. Kalau anda ada ber-Terabytes data penting untuk di-backup, perkataan ‘percuma’ tidak boleh terlintas di fikiran anda. Walau bagaimanapun, sesetengah laman menawarkan beberapa tugasan dan membolehkan anda unlock ruangan tambahan. Apabila ruang simpanan sudah penuh boleh gunakan laman yang seterusnya pula.

Senarai storan percuma

Berikut adalah beberapa laman web storan yang aku gunakan:

(1) DEGOO

storan percuma degoo
Degoo

Dengan hanya membuka akaun, anda akan dapat 100GB dengan serta merta. Malah sekiranya mendaftar dengan pautan ini, anda akan dapat 3GB tambahan.

Selain itu, dengan mengajak rakan-rakan menggunakan perkhidmatan ini, anda akan dapat 3GB tambahan untuk setiap invitation dan maksimum sehingga 500GB.

Selain itu juga, pengguna diberi pilihan untuk menonton iklan penaja dan setiap satu iklan ini akan diberikan ganjaran 1GB. Menurut laman ini, ruangan tambahan yang diperolehi menerusi tontonan iklan ialah tidak terhad. Walau bagaimanapun, tontonan iklan hanya menerusi aplikasi Android sahaja.

Terdapat juga 3GB ruangan tambahan dengan menghubungkan akaun DropBox. Perkhidmatan DropBox juga akan dibincangkan nanti.

Jumlah ruang simpanan percuma yang mampu dikumpulkan adalah TIDAK TERHAD.

Daftar DEGOO melalui pautan ini untuk 3GB tambahan.

(2) MEGA

storan percuma mega
Mega

Dengan hanya membuka akaun, anda akan dapat 15GB ruang simpanan asas dan 35GB ruang tambahan sebagai bonus pendaftaran, menjadikan jumlah 50GB ruang simpanan. Ruang simpanan bonus pendaftaran akan luput dalam masa 30 hari.

Selain itu, 15GB lagi bonus sebagai ganjaran jika anda pasang aplikasi mudah alih MEGA. Ruang tambahan ini akan luput dalam masa 180 hari.

Lagi ruangan tambahan sebanyak 20GB dengan memasang aplikasi desktop MEGASync. Ruangan ini juga akan luput dalam masa 180 hari. Tempoh masa 2-3 daripada tarikh pemasangan diperlukan untuk dikreditkan ruangan tambahan.

Jika mahu lebih lagi storan percuma, ajak rakan-rakan untuk daftar akaun MEGA menggunakan pautan unik yang disediakan kepada anda. Anda akan dapat 10GB lagi ruangan simpanan. Walau bagaimanapun, ianya bersyarat: rakan anda itu mestilah pasang salah satu daripada aplikasi MEGA.

“Ruang simpanan tambahan ada tarikh luput, jadi macam sia-sia sahaja unlock semua itu!” Tidak juga, jika ruang tambahan tersebut tidak digunakan, ianya akan luput dan ditarik balik. Jika ruangan itu dipenuhkan, fail-fail yang memenuhi ruangan tersebut akan kekal dan tidak dipadamkan.

Selepas ruang tambahan ini luput, anda tidak lagi dapat tambah fail. Sekiranya fail lama dipadamkan, ruang simpanan tidak akan dibebaskan sebaliknya akan menyusut, melainkan fail-fail dipadamkan sehingga jumlah storan di bawah 15GB.

Jadi, selepas pendaftaran, sila unlock semua bonus space dan penuhkan ruangan yang ada itu dalam masa 30 hari. Fail yang dimuat naik akan kekal di situ, cuma tak boleh tambah fail baru sahaja.

Daftar akaun MEGA di sini dan dapatkan 50GB dengan serta merta.

(3) MEDIAFIRE

Aku memang sudah lama pakai MediaFire ni. Sejak zaman kegemilangan henset Nokia, laman ini sudah ada. Apa kaitan Nokia dengan MediaFire? Takde apa! Saja aku mention Nokia sebab dulu aku selalu download games Nokia N-Gage melalui laman MediaFire. MediaFire sudah ada sebelum MEGA wujud lagi.

Untuk permulaan, dengan hanya membuka akaun, akan dapat 10GB ruang simpanan.

Berikut ialah ruangan tambahan yang boleh didapati:

Pasang aplikasi mudah alih – 2GB
Hubungkan akaun Facebook – 1GB
Hubungkan akaun Twitter – 1GB
Kongsikan ke Facebook – 1GB
Kongsikan ke Twitter – 1GB
Syorkan MediaFire kepada rakan-rakan – 1GB untuk setiap sign up, maksimum 32GB

Jadi semua sekali 40GB ruangan tambahan menjadikan semua sekali 50GB ruang simpanan.

Daftar akaun MEDIAFIRE di sini dan dapatkan 10GB dengan serta merta.

(4) PCLOUD

pcloud logo
pCloud

PCLOUD adalah servis yang aku rasakan sangat menarik kerana menawarkan pakej lifetime untuk ruang storan 500GB dan 2TB. Maknanya dengan sekali bayar sahaja, anda akan dapat memiliki ruang storan berkenaan untuk sepanjang hayat. “Lifetime” menurut definisi pCloud ialah 99 tahun. Harga yang ditawarkan juga amatlah berpatutan, boleh semak harga di sini.

Pelan berbayar di atas disebut sebagai selingan sahaja sekiranya anda berminat. Fokus utama kita ialah pelan percuma. Dengan mendaftar akaun percuma, anda akan dapat 10GB ruang simpanan. Anda juga akan dapat tambahan 4GB dengan melaksanakan tugasan-tugasan berikut:

1. Sahkan alamat email
2. Pasang aplikasi desktop dan log masuk
3. Pasang aplikasi mudah alih dan log masuk
4. Hidupkan fungsi auto upload pada aplikasi mudah alih

Selain itu, anda akan dapat ruang tambahan dengan menjemput rakan-rakan untuk turut serta. Setiap pendaftaran rakan akan diberikan 1GB dan maksimum 10GB. Rakan anda juga akan dapat 1GB percuma dengan membuka akaun melalui jemputan anda.

Secara keseluruhan, dengan akaun percuma anda akan dapat 25GB ruang simpanan:

1. 1GB – Buka akaun melalui jemputan rakan (boleh gunakan pautan di bawah)
2. 10GB – Ruang simpanan asas
3. 4GB – Selesaikan 4 tugasan selepas pendaftaran (rujuk di atas)
4. 10GB – Jemput rakan turut serta. 1GB per sign up, maksimum 10GB.

Akhir sekali, anda mempunyai pilihan untuk mencuba akaun berbayar selama sebulan bernilai $4.99 secara percuma. Maklumat pembayaran seperti kad kredit atau PayPal mungkin diperlukan untuk aktifkan pelan free trial ini. Sebagai peringatan sekiranya anda mencuba pelan free trial ini, selalunya bayaran akan dicaj secara automatik (auto billing) sekiranya anda terlupa batalkan langganan free trial. Jadi sila berjaga-jaga.

Klik pautan ini untuk mencuba akaun premium selama sebulan bernilai $4.99 secara percuma.

Klik pautan ini untuk daftar akaun percuma dan dapat 1GB ruang tambahan.

(5) DROPBOX

DropBox bukanlah perkhidmatan yang asing dalam dunia file storage. Ruang simpanan asas percuma yang ditawarkan tidaklah begitu besar iaitu hanya 2GB. 2GB memang tidak sesuai untuk tujuan backup.

Walau bagaimanapun, jangan khuatir, kerana anda boleh ajak rakan-rakan untuk menggunakan perkhidmatan DropBox untuk dapatkan ruang tambahan. Setiap rakan yang dijemput, anda akan dapat tambahan 500MB (sekiranya dia install aplikasi DropBox) dan maksimum sehingga 16GB.

Dengan 2GB storan asas dan 16GB tambahan yang mampu diraih, menjadikan jumlah storan percuma yang ditawarkan DropBox ialah 18GB.

Daftar akaun DROPBOX di sini.

(6) GOOGLE DRIVE

Walaupun anda tidak biasa dengan Google Drive, tapi pasti anda tahu apa itu Google. Jika anda memiliki akaun email Google (GMail), beerti anda memiliki akaun Google dan mempunyai akses kepada kesemua produk Google seperti YouTube, Blogger/Blogspot dan termasuklah Google Drive.

Hanya akses ke drive.google.com, jika anda sudahpun daftar masuk ke akaun Google, anda akan dapat akses terus ke Google Drive yang menawarkan 15GB ruang simpanan percuma.

Tiada cara lain untuk dapatkan ruangan tambahan selain menggunakan pakej berbayar. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu khuatir kerana fail yang dimuat naik ke sini akan terus kekal walaupun tidak daftar masuk secara berkala. Mungkin ini juga storan yang paling reliable antara semua perkhidmatan lain.

Akses ke GOOGLE DRIVE

(7) 4SHARED

4Shared bukanlah fokus kepada perkhidmatan simpanan, tetapi, seperti namanya “Untuk Dikongsikan”, lebih tertumpu kepada khidmat perkongsian. 4Shared antara laman perkongsian file yang popular seperti MediaFire dan masih bertahan hingga ke hari ini. Sudah banyak laman perkongsian fail yang ‘tutup kedai’ kerana tindakan undang-undang kerana menyebarkan kandungan cetak rompak.

Walaupun 4Shared lebih berorientasikan perkongsian fail, tetapi 4Shared tidak memadam fail yang tidak aktif (tidak dimuat turun dalam tempoh masa tertentu), sebaliknya 4Shared akan memadam fail sekiranya akaun tidak aktif (anda tidak log masuk) dalam masa 180 hari. Tidak ada masalah sangat pun. Just jangan lupa untuk log masuk sekali dalam setiap 6 bulan tu.

Untuk akaun percuma, sama juga seperti Google Drive, storan 15GB diberikan. Malangnya tiada pilihan untuk kumpulkan ruang simpanan tambahan melainkan upgrade ke akaun berbayar.

Daftar akaun 4Shared di sini.

(8) ONEDRIVE

OneDrive merupakan produk Microsoft. Dengan mendaftarkan akaun, anda akan dapat 5GB ruang simpanan dan 500MB lagi jika mendaftar melalui jemputan rakan.

Walaupun 5GB itu agak kecil, jangan risau kerana anda boleh dapatkan ruangan tambahan sebanyak 10GB dengan menjemput rakan-rakan mendaftarkan akaun. Untuk setiap pendaftaran, tambahan 500MB akan diberikan.

Jadi sebanyak 15GB (atau 15.5GB) ruang storan percuma boleh didapati dengan OneDrive.

Sekiranya anda bercadang untuk melanggan, atau sudahpun memiliki langganan Microsoft Office, bundle OneDrive disertakan untuk pelan-pelan tertentu. Microsoft Office seperti Word dan Powerpoint adalah aplikasi yang penting untuk menaip laporan, thesis dan pembentangan. Jadi dengan kombo Microsoft Office dan OneDrive menjadikan wang yang dikeluarkan sangat berbaloi.

Walaupun begitu, aku rasa langganan berulang yang dikenakan agak tinggi untuk Microsoft Office. Jadi aku secara peribadi lebih rasa berbaloi beli perisian Microsoft Office yang one-time payment atau gunakan freeware seperti OpenOffice atau LibreOffice sahaja.

Klik di sini untuk mendaftar oneDrive dan dapatkan 500MB ruang tambahan.

(9) YANDEX DISK

Dengan mendaftar akaun, anda akan dapat 10GB ruang simpanan. Yandex Disk didak menyediakan program friends invite untuk ruangan tambahan.

Daftar akaun Yandex Disk di sini.

(10) BOX

10GB ruang simpanan percuma. Malangnya tiada pilihan percuma untuk ruang tambahan.

Daftar akaun BOX.

(11) SYNC.COM

sync.com logo
Sync.com

Sync.com menawarkan ruang simpanan percuma sebanyak 5GB. Setelah membuka akaun, anda boleh selesaikan mana-mana 5 daripada perkara-perkara berikut untuk ruang tambahan 1GB:

1. Sahkan alamat email
2. Pasang aplikasi Sync pada PC
3. Muat naik fail ke folder Sync
4. Pasang aplikasi Sync pada PC lain-lain yang digunakan
5. Kongsikan folder bersama rakan-rakan
6. Cipta secure link
7. Tetapkan password hint
8. Pasang aplikasi Sync pada peranti mudah alih

1GB untuk lengkapkan 5 daripada senarai di atas, boleh dikatakan agak kedekut. Tapi OK lah kerana ianya optional sahaja dan peluang untuk dapatkan ruang tambahan tersebut ditawarkan.

Selain itu, dapat ruang tambahan 1GB untuk setiap rakan yang dijemput menggunakan perkhidmatan ini. Rakan yang memdaftar akaun melalui jemputan juga akan dapat 1GB percuma. Tidak dapat dipastikan berapakah maksimum ruang tambahan yang boleh diraih menerusi program jemputan ini. Menurut satu artikel, tiada had yang dikenakan, namun aku tidak dapat menemukan info mengenainya pada laman rasmi Sync.com.

Ruang simpanan percuma yang ditawarkan oleh Sync.com sekurang-kurangnya 8GB:

1. 1GB – Buka akaun melalui jemputan rakan
2. 5GB – Ruang simpanan asas
3. 1GB – Selesaikan 5 tugasan selepas pendaftaran (rujuk di atas)
4. 1GB – Jemput rakan tutut serta. 1GB per sign up, maksimum tidak diketahui, boleh jadi ianya unlimited.

Klik pautan ini untuk daftar akaun percuma dan dapat 1GB ruang tambahan.

(12) IDRIVE

5GB ruang simpanan percuma. Sama juga macam Box, tiada pilihan percuma untuk ruang tambahan.

Daftar akaun iDrive.

Ini adalah laman-laman perkhidmatan penyimpanan data yang aku gunakan sekarang. Jika anda ada banyak fail untuk dimuat naik, boleh daftar kesemua laman-laman di atas untuk gabungkan kesemua jumlah ruang simpanan dan tempatkan fail-fail tersebut di tempat-tempat berbeza. Upload fail yang sama ke 2 atau 3 server yang berlainan untuk langkah berjaga-jaga (backups of backup).

Senarai ini akan ditambah nanti selepas ruang di laman-laman yang dinyatakan di atas penuh.

0 thoughts on “Storan Percuma Untuk Backup Fail Penting”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *