Akaun Oracle Cloud memang confusing bagi saya kerana terdapat sekurang-kurangnya empat jenis login:

  • Akaun Oracle.com
  • Traditional Cloud Account login
  • Oracle Cloud Infrastructure Direct Sign-In
  • Single Sign-On (SSO)

Username juga mengelirukan kerana username yang betul adalah alamat email sedangkan saya cuba login tanpa “@gmail.com”

Kekeliruan ini telah membuatkan saya menggunakan username dan password yang salah di login form yang salah dan membuatkan akaun saya telah dikunci. Kena tunggu 2-3 hari baru unlocked semula.

(1) Dulu saya telah create akaun langsung di portal Oracle Cloud dan langsung tiada kaitan dengan akaun Oracle.com

(2) Untuk Traditional Cloud Account login, saya perlu pilih data center sedangkan dulu saya tiada buat pilihan macam ini maka sah lah saya tidak boleh login dengan cara ini. Tinggal option (3) dan (4) sahaja untuk dicuba.

(3) Untuk Oracle Cloud Infrastructure Direct Sign-In, saya cuba reset password dengan email kerana memang email yang diminta, bukan username, dan saya terima email untuk reset password. Malangnya saya perlu akses dengan peranti yang pernah berjaya login sebelum ini. Peranti yang dimaksudkan ialah PC Windows 10 saya sedangkan saya sudah upgrade ke Windows 11. Maka cubaan untuk reset password tidak berjaya.

(4) Untuk Single Sign-On (SSO), saya reset password dengan username tanpa “@gmail.com” dan saya tidak terima email, selepas check email lama daripada Oracle Cloud barulah saya tahu perlu pakai alamat email sebagai username. Akhirnya saya berjaya reset dan login.

Disebabkan sebelum ini saya tidak dapat akses ke akaun saya, saya hampir-hampir angkat kaki untuk cari shared hosting yang murah untuk disewa. Mujur dapat akses balik, selamat duit saya.

Sebenarnya saya masih boleh akses server yang sedia ada dengan SSH pakai software Putty tapi saya tak boleh nak buat management lain-lain yang perlu akses ke portal Oracle Cloud. Selain itu saya masih boleh akses aaPanel yang saya pasang sebelum ini dan dapat tambah blog-blog baru di server saya. Artikel sebelum ini yang mana saya pindahkan blog ini dari “server kecik” ke “server besar”, saya terbitkan sebelum saya dapat akses balik akaun saya, dengan harapan ianya akan baik baik sahaja meski tanpa akses ke akaun saya.

Lepas dah pindahkan blog ke “server besar” dan dah dapat balik akses ke akaun saya, peluang untuk saya langgan shared hosting sangat-sangat tipis.

By Sanazi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *