Pada hari Sabtu aku sudah terminate YES 4G. Jika segalanya berjalan lancar, aku boleh hidup dengan hanya menggunakan internet prabayar Hotlink Fast dengan langganan RM45 sebulan. Yang bestnya, kalau aku stay dengan prabayar, aku dapat rebat setiap kali topup. Jika tidak berjalan lancar, aku akan langgan Digi Broadband RM100 atau Digi Infinite RM150.
Sebelum aku langgan internet pascabayar, aku boleh hidup dengan Internet Burung Hantu daripada Celcom. Tak perlu jadi burung hantu pun, aku boleh manfaatkan unlimited data tanpa perlu berjaga malam. Namun ianya tidak bertahan lama, internet tanpa quota terlalu bagus jika benar.
Keputusan untuk langgan internet YES 4G
Oleh kerana kakak aku memang sudah langgan YES, maka aku pun cuba la guna internet YES dia untuk browsing internet dan bukak YouTube secara ala kadar. Speed boleh tahan. Malah ketika itu, pakej yang ditawarkan YES adalah yang terbaik jika nak dibandingkan dengan provider yang lain. Berbekalkan dua sebab ini, aku decide untuk langgan YES 4G sebagai line internet utama aku.
So far so good, kali pertama guna memang laju berdesup (itu pun sebab sebelum ini aku hanya pakai internet 3G sahaja dan belum cuba provider 4G yang lain lagi). Sebab pakej yang aku langgan ini adalah pakej double-double, selain 24GB data melalui huddle, aku juga dapat 8GB data LTE/simcard secara percuma. Malangnya tidak semua smartphone menyokong simcard YES kerana YES menggunakan line 4G TDD sementara kebanyakkan smartphone hanya menyokong line 4G FDD sahaja. maka aku terpaksa beli smartphone yang support simcard YES yang paling murah di pasaran iaitu YES Altitude.
Pengalaman penggunaan dan punca mahu terminate YES 4G
Lama kelamaan, mula lah aku alami hal-hal yang membuatkan aku ingin terminate. Tapi apakan daya, nak terminate kena tunggu kontrak tamat dulu. Sebab kalau terminate awal, kena bayar baki bil sehingga tamat kontrak, bodoh la kan camtu. Bayar bil sampai habis kontrak, tapi tak boleh pakai. Baik tunggu habis kontrak dulu, sambil-sambil tu masih boleh pakai lagi.
Bukan sebab masalah coverage, sebab rumah aku coverage OK, speed pun laju boleh tahan. Cuma time dia meragam tu memang menyirap jugak lah. Ada sampai berminggu speed slow, sampai nak download pun tak boleh.
Lagi pun sebab dengan harga langganan bulanan yang hampir sama aku boleh dapat pakej yang lebih menarik daripada Digi. Kalau dengan YES aku dapat 32GB data sahaja. Dengan Digi aku dapat 40GB data. Lepas tu dapat lagi 60GB untuk streaming. Boleh layan Spotify, YouTube, Astro GO, iFlix, Tonton dan lain-lain. Lagipun aku memang suka layan video-video daripada TechTubers. Total 100GB, memang terbaik.
YES sentiasa revise package untuk menarik pelanggan baru. Jadi pelanggan baru dapat lebih quota dengan harga yang lebih murah. Menurut pengguna lain yang komplen di FB page YES, pelanggan asal tak boleh tukar pakej sebab masih dalam kontrak. Yang dah tamat kontrak, kena sambung kontrak baru kalau nak tukar.
Antara pengalaman yang aku tempohi bersama dengan YES, dan pengalaman ini mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain:
1. Apabila power outage, hampir pasti line YES pun ‘outage’ jugak.
2. Apabila hujan, kebiasaaannya line YES pun mati jugak. Macam Astro pulak.
3. Aku tak suka stail YES yang pakai ID. So, internet stuck pada huddle. Kalau huddle rosak kena cari peranti lain yang support YES. Kalau pakai simcard senang, nak masuk dalam smartphone pun boleh.
4. YES hanya ada line 4G sahaja. Tiada fallback 3G/2G sekiranya line 4G tiada. Either 4G or No Service. Mungkin ini jugak sebab kenapa bila hujan/power outage, YES pun takde line
5. Speed boleh tahan, tapi masih tak cukup laju. Aku tak tahu la macam mana line YES berfungsi. Samada huddle YES (model INFOMARK IMW-C900W) yang slow atau line yang diguna pakai oleh huddle itu yang slow. Tapi aku perasan line versi simcard jauh lebih laju.
6. Time line meragam memang sangat tak best. Kadang-kadang sampai seminggu meragam. Kalau bukak webpage, image jadi broken (failed to load), kena refresh banyak kali baru boleh. Nak main Tetris kat FB langsung tak boleh nak load game tu.. Bukak YouTube tak payah sembang lah, auto 240p terus, tu pun buffering lagi..
**Sebenarnya masa aku beriya-iya nak terminate dulu, banyak lagi benda yang aku tak puas hati. Tapi sekarang aku sudah lupa. Biarlah, yang lepas biarlah yang lepas, aku malas nak ingat lagi.
Sekarang ni kan musim banjir, 24 jam sehari hujan. Berdasarkan point #2 kat atas, kalau aku stay dengan YES, sampai tahun depan pun aku memaki tak sudah-sudah. So, moment yang sempurna untuk ‘kiss’ them goodbye.
Pengalaman terminate YES 4G
Aku ada baca kat blog orang lain, boleh je nak terminate secara online. Emailkan je hasrat untuk terminate kepada pihak support. Tapi memandangkan aku tak ada printer, so kena pergi sendiri ke YES centre.
Sebenarnya dari bulan lepas lagi aku nak terminate sebab kontrak pun dah tamat bulan 9 lagi. Tapi aku baca kat blog orang lain kononnya kalau nak terminate, bil terakhir mesti dibayar minimum 7 hari bekerja sebelum bil yang seterusnya. Aku kira-kira balik, tak cukup 7 hari bekerja bil baru akan keluar. Aku malas lah nak tanya itu ini kat YES, karang diorang auta pulak. Aku decide terminate bulan depan (bulan ini) sahaja.
Keluar je bil bulan baru, terus aku bayar. Tapi tak terminate terus, aku tunggu dulu seminggu dan pergi ke YES centre untuk terminate.
Bila aku cakap aje nak terminate, terus staff tanya kenapa nak terminate. Aku cakap lah dah tak nak pakai lagi. Jangan tanya please, dah habis kontrak pun dan bulan-bulan aku yang bayar, so aku ada hak nak terminate tanpa sebarang alasan!
Dia mintak IC nak check dalam sistem dan minta aku isi borang. Lepas selesai semua dia cakap nanti akan terima bil terakhir dengan baki RM0. Ada ke camtu? Aku pun cakap OK lah, kalau tiba-tiba masuk bil kena bayar lagi aku datang sini ‘lerak mejo’ 🙂 …
Selepas sudah terminate YES 4G
Esoknya (Ahad), aku sudah tak dapat nak login ke portal dan aku dapati simcard YES yang datang percuma dengan pelan ini sudah menunjukkan “NO SERVICE”. Mungkin akaun sudah berjaya di terminate. Tapi aku masih rasa tak best, mana tahu kalau-kalau dah terminate pun masih datang bil… Nak check dah tak boleh sebab dah tak boleh login.. Peringatan bil baru hanya di-SMS-kan ke nombor telefon (yang sudah pun “NO SERVICE” tu), tak pernah dapat menerusi email.
Hopefully segalanya sudah selesai.. Selamat tinggal YES. Jasamu sepanjang setahun dua bulan ini tidak akan aku lupakan..
[…] aku dalam proses untuk terminate langganan internet YES 4G. Aku perlu putuskan langganan internet yang seterusnya. Aku perlu test sama ada line internet yang […]
[…] ini, setelah aku terminate pelan internet YES Broadband 98, aku bertukar kepada internet prabayar Hotlink Fast 2.0 versi Pantai […]
[…] semuanya tidak bertahan lama. Jadi aku beralih kepada internet pascabayar YES 4G pula. Selepas aku terminate YES 4G, aku kini beralih kepada prabayar Hotlink Fast 3.0 edisi Pantai Timur, Sabah dan Sarawak. Jika […]
[…] adalah untuk dijadikan modem untuk pelan internet alternatif bagi menggantikan YES 4G yang akan aku terminate dalam masa terdekat. Jadi sebelum terminate, aku kena pastikan dulu liputan dan kelajuan penyedia […]
Nak tanya ni bila kita terminated akaun yes kn kita kena bg nmbr akaun bank dg ic….selamat ke tidak?akn ada penarikan wang ataupon tidak?