Sebelum ini, aku ada membuat tutorial pendekkan URL dengan domain sendiri dengan menggunakan custom domain pada servis Bitly. Kali ini aku akan kongsikan tutorial yang sama tetapi dengan cara yang lain. Kali ini aku akan menggunakan perisian YOURLS. Kalau dulu, kita perlu daftar akaun percuma Bitly dan membuat tetapan untuk menggunakan akaun sendiri, kali ini kita perlu pasang YOURLS pada hosting WordPress kita.

Pemasangan boleh dibuat secara automatik dengan menggunakan Softaculous. Ianya berada dibawah kategori Others.

Pemasangan pada GempakBox Hosting:

1) Log masuk ke Cpanel
2) Cari Softaculous Apps Installer
3) Cari YOURLS dalam kategori Others

Shorten URL with YOURLS
Cari YOURLS dalam kategori Others

Pemasangan pada Hosting Percuma Hostinger:

1) Log masuk ke Cpanel dan pilih akaun hosting yang mahu YOURLS dipasang padanya
2) Cari menu pemasangan automatik dalam kategori website
3) Taip yourls untuk cari aplikasi YOURLS

Shorten URL with YOURLS
Taip untuk cari YOURLS

Klik pada icon YOURLS untuk memasangnya pada hosting korang. Apabila ditanya mahu install dalam direktori yang mana, aku lebih suka untuk taip go-to atau exit-to supaya apabila aku guna servis ini nanti, link yang pendek akan jadi https://sanazi.my/exit-to/BlaBlaBla berbanding kalau install di root directory, akan jadi https://sanazi.my/BlaBlaBla. Setelah siap dipasang, boleh akses ke sana dengan menambah /admin selepas alamat pemasangan, contohnya https://sanazi.my/exit-to/admin.

Shorten URL with YOURLS
Interface YOURLS

Masukkan link yang panjang pada ruangan Enter Your URL. Secara optional, dimana aku sangat syorkan, masukkan custom short URL. Contohnya, link panjang adalah affiliate link ke laman web Hostinger, jadi aku masukkan ‘hostinger’ pada custom short URL, maka link akhir akan jadi https://sanazi.my/exit-to/hostinger. Ianya lebih menarik berbanding kod rawak yang dijana secara automatik.

Okey, itulah dia tutorial memendekkan link dengan domain sendiri untuk bahagian kali ini. Selain pemasangan automatik dengan Softaculous, boleh jer kalau mahu install secara manual. Tapi itu lebih leceh sebab perlu download dan upload YOURLS ke hosting, kena manually setting database lagi, kena setting file configuration lagi. Lebih baik pasang secara automatik.

Itulah saja posting untuk kali ini. Jumpa lagi di lain tutorial, mungkin esok, mungkin tahun depan 🙂 Kalau rasa artikel ini berbaloi untuk dikongsi ke FB atau mana-mana media sosial, boleh sahaja berbuat demikian :p Mana tahu berguna untuk orang lain.

Terima kasih sudi baca.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *