• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

  • SANAZI.MY
  • Peta Laman
  • Tentang
  • Penafian
  • Polisi Privasi
  • Hubungi
You are here: Home / Blogging / Tutorial Pendekkan Link Dengan Domain Sendiri

Tutorial Pendekkan Link Dengan Domain Sendiri

12/02/2015 by Toji Ali Leave a Comment

Kali ini aku akan tunjuk tutorial pendekkan link dengan domain sendiri. Terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan memendekkan link atau URL antara yang popular ialah Bitly dan Goo.gl. Tutorial kali ini akan menggunakan servis Bitly. Untuk tutorial ini memerlukan domain name, akaun Bitly dan optional sebuah web hosting. Akaun Bitly boleh didaftarkan secara percuma. Domain name adalah mandatory untuk tutorial ini dan boleh didaftarkan untuk RM30 setahun daripada GempakBox, dan aku syorkan beli daripada NetKL kerana aku sudah membuat tutorial yang agak lengkap tentang domain name NetKL. Untuk hosting, walaupun optional, tapi kalau nak try usha aku syorkan web hosting GempakBox kerana ianya murah RM50 setahun dan antara yang terbaik.

Bitly ialah laman yang memendekkan URL yang panjang menggunakan domain name bitly.com, bit.ly dan yang paling pendek j.mp. Selain tiga domain ini, Bitly juga menawarkan perkhidmatan yang lebih menarik iaitu menggunakan domain name sendiri untuk memendekkan URL.

Pergi ke laman web rasmi Bitly untuk mendaftar akaun percuma jika belum ada lagi.

Bitly
Juga boleh register pakai akaun Facebook dan Twitter

Boleh daftar pakai akaun Facebook dan Twitter. Tapi aku pilih untuk manually masukkan username dan email. Pastikan tiada jarak pada username dan gunakan kesemua huruf kecil.

Bitly
Interface apabila sudah login

Klik pada tanpa pada hujung username di bahagian atas kanan skrin dan pilih setting.

Bitly
Perlu untuk verify email dulu

Untuk mempunyai custom domain, email korang perlu disahkan. Pada tab Profile, masukkan email yang digunakan semasa pendaftaran dan klik pada butang untuk verify. Setelah itu verification email akan dihantar, sila masuk ke inbox korang dan ikut arahan email tersebut untuk verify. Setelah selesai verification process, maka skrin seperti di bawah akan keluar.

Bitly
Email verified

Sila masuk kembali ke option Setting.

Bitly
Pergi ke tab Advanced

Kali ini pergi ke tab Advanced dan klik pada link dalam kotak merah seperti di atas.

Bitly
Arahan untuk membuat tetapan

Untuk membolehkan domain sendiri digunakan, rekod A atau rekod cname perlu dimasukkan dalam DNS management.

Cara A: Kepada yang ada hosting sendiri.

Untuk bahagian ini, aku setting pada cpanel web hosting GempakBox. Untuk yang tiada web hosting boleh skrol lagi ke bawah untuk arahan seterusnya.

Bitly
Pilih Simpel DNS Zone Editor

Log masuk ke cPanel, cPanel boleh diakses dengan menambah /cpanel selepas alamat blog korang seperti tojiali.com/cpanel. Skrol ke bawah untuk cari option Simple DNS Zone Editor pada bahagian Domains.

Bitly
Masukkan rekod cname

Aku menggunakan rekod cname kerana ingin menggunakan subdomain. Masukkan apa-apa sahaja subdomain sebagai contoh aku menggunakan perkataan ‘go’ maka aku masukkan go.tojiali.com. Bergantung kepada domain name yang korang sudah daftar, ada domain name yang tidak boleh digunakan. Sebabnya, Bitly mengehadkan domain yang boleh digunakan sehingga 15 huruf sahaja. tojiali.com sudahpun 11 huruf, jadi aku ada 4 huruf sahaja lagi termasuk dot selepasnya. Jadi go.tojiali.com adalah 14 huruf dan nasib baik masih lepas.

Cara B: Kepada yang ada domain name sahaja.

Bagaimana pula dengan mereka yang tiada hosting sendiri? Jika begitu cname rekod perlu dimasukkan pada DNS Management domain name. Untuk domain name, aku menggunakan domain name NetKL. Sila rujuk tutorial setup domain name NetKL untuk tutorial terperinci bagaimana untuk log masuk ke DNS Management NetKL serta memasukkan rekod cname dan rekod A.

Namun untuk mereka yang tidak menggunakan domain name NetKL, ianya hampir sama sahaja melainkan interface sebelum memasuki DNS Management sahaja yang berbeza.

Kepada yang mempunyai domain name sahaja, aku telah cuba untuk setup menggunakan subdomain seperti mana aku telah berjaya menggunakan go.tojiali.com melalui DNS setting pada cpanel, namun aku telah cuba untuk menggunakan subdomain to.tojiali.com dengan memasukkan rekod CNAME pada DNS setting NetKL malangnya gagal. Jadi aku tidak pasti sama ada memang tidak boleh untuk buat setup untuk pendekkan link dengan subdomain jika tidak mempunyai web hosting ataupun aku perlu halakan root domain tojiali.com kepada server Bitly terlebih dahulu sebelum boleh setup dengan subdomain. Disebabkan domain tojiali.com sudah aku halakan kepada server GempakBox jadi aku tidak mahu kacau dan ubah apa-apa setting.

Oleh kerana percubaan itu gagal, maka aku ingin mencuba untuk menggunakan domain name satu lagi. Malangnya domain name itu terlalu panjang dan tidak boleh untuk digunakan untuk servis Bitly yang mengehadkan kepada 15 huruf sahaja.

Tapi yang aku pasti, tanpa hosting, root domain boleh digunakan dengan servis Bitly. Sila masuk ke DNS management domain name korang dan masukkan rekod A untuk halakan ke server Bitly. Perlu diingati, domain name yang sedang digunakan sebagai alamat blog korang tidak boleh lagi digunakan. Sebab itulah aku beritahu tadi yang aku cuba untuk halakan subdomain sahaja kepada server Bitly supaya root domain masih boleh berfungsi sebagai alamat blog. Namun seperti mana yang telah diberitahu, ianya gagal.

NetKL A Record
Masukkan A Record

Secara ringkas, setelah berjaya masuk ke DNS Management. Pilih tab A Records dan klik pada Add A Record.

 

NetKL DNS Management
Sila masukkan nilai yang telah ditetapkan

NetKL A Record

Untuk host name, biarkan kosong dan masukkan 69.58.188.49 pada ruang untuk destination IPv4 adress.

Bitly
Masukkan subdomain yang telah didaftarkan tadi

Either way, gunakan hosting atau guna domain sahaja dan sudahpun rekod itu resolve sepenuhnya, setelah selesai memasukkan rekod cname, kembali ke laman web Bitly dan masukkan subdomain tadi pada ruangan yang disediakan. Perlu diingat seperti yang telah dinyatakan diatas, hanya boleh masukkan domain yang maksimum 15 huruf sahaja termasuk titik. Klik pada Add.

Bitly
subdomain berjaya menghala ke Bitly

Setelah itu, berjayalah menggunakan subdomain sendiri untuk memendekkan URL. Jika klik pada go.tojiali.com, ianya akan menghala ke laman utama Bitly.

Bitly
Cara untuk pendekkan URL

Copy dan paste link yang panjang pada ruangan yang disediakan, tunggu beberapa saat, akan keluar link yang telah dipendekkan pada bahagian kanan skrin. Link yang dijana automatik ialah gabungan nombor dan abjad rawak bercampur capital dan small case iaitu https://bit.ly/1Cr4lgW. Tetapi korang juga boleh menukar kepada yang lebih spesifik contohnya korang pendekkan artikel tentang gadget, maka boleh masukkan ‘gadget’ pada ruang Customize.

Maka selesailah tutorial untuk menggunakan domain sendiri untuk memendekkan link. Jika ada yang tanya, kalau macam ni, link akan jadi lebih panjang berbanding menggunakan link yang biasa iaitu bit.ly/XXXXXX. Ya, memang akan jadi lebih panjang, tapi bukan ke nampak lagi menarik kalau kita menggunakan domain sendiri untuk memendekkan link tambah-tambah lagi jika ingin meletakkan pautan dalam blog kita.

Diharap tutorial kali ini bermanfaat untuk semuat. Jangan lupa share ya 😉 Jumpa lagi pada lain tutorial.

Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Blogging, Tutorial Tagged With: Bitly, domain name, web hosting

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Pendekkan URL Dengan Domain Sendiri (Part 2) - Blog Rojak berkata:
    08/11/2015 12:56 PM

    […] ini, aku ada membuat tutorial pendekkan URL dengan domain sendiri dengan menggunakan custom domain pada servis Bitly. Kali ini aku akan kongsikan tutorial yang sama tetapi dengan cara yang lain. Kali ini aku akan […]

    Balas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Hello Unifi Air, Bye Bye Digi Infinite 150
  • Tukar SIM Card Baru, dan Masalah Baru
  • Cara Untuk Transfer Domain Name Ke Registrar Baru
  • Senarai Saluran TV & Radio Siaran Digital Percuma MYTV / MYFREEVIEW

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Senarai Filem, Drama dan Telemovie Dalam Loghat Kelantan
  • Lagu Spongebob Squarepants Versi Loghat Malaysia

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (28)
  • Catatan Harian (74)
  • Pelbagai (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in