Kali ini aku mahu tunjukkan cara untuk autoshare blog updates ke Facebook fanpage korang. Kalau tidak mahu post secara manual artikel atau entry terbaru daripada blog korang, so boleh cuba cara ini. Kalau dulu, kita boleh gunakan aplikasi Facebook Notes, tapi sekarang fungsi tersebut telah dibuang oleh Facebook. Jadi, tutorial ini akan menggunakan aplikasi Facebook RSS Graffiti.

Update: RSS Graffiti sudahpun ditutup, maka tutorial ini sudah tidak valid.

1) Pergi ke aplikasi RSS Graffiti.

RSS Graffiti
Klik yes untuk semua pertanyaan selepas mesej ini

2) Sebab aku sudah setup sebelum ini, paparan seperti gambar di bawah akan keluar. Jika baru petama kali menggunakannya, klik pada Add New Publishing Plan.

RSS Graffiti
Klik pada Add New Publishing Plan

3) Berikan nama yang dikehendaki, seeloknya nama blog, so kalau ada buat banyak publishing plan nanti tidak akan mengelirukan. Seterusnya klik pada Add New Publishing Plan.

RSS Graffiti
Berikan nama mengikut cita rasa korang

4) Seterusnya paparan di bawah akan keluar, klik pada New Source untuk memasukkan alamat sumber.

Kita perlu masukkan feed url pada ruangan yang disediakan.

Alamat bagi feed url blogspot ialah:
Atom 1.0: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default
RSS 2.0: http://blogname.blogspot.com/feeds/posts/default?alt=rss

atau feed untuk WordPress ialah:
http://blogname.com/feed/

Korang boleh klik New Source lagi untuk masukkan feed daripada blog lain, maknanya boleh update post dari banyak blog ke dalam satu fanpage.

RSS Graffiti
Klik pada New Source

5) Seterusnya klik pada New Target, rujuk pada gambar di atas. Tujuannya untuk pilih fanpage yang kita akan share update blog kita dan juga pilih option untuk post sebagai diri sendiri atau sebagai page itu sendiri. Sila pilih target sama ada fanpage, group yang kita telah join atau ke timeline profile sendiri. Kemudian pilih untuk post sebagai diri sendiri atau sebagai admin fanpage.

RSS Graffiti
Pilih target dan juga identiti.

Gambar di bawah adalah keadaan apabila telah siap masukkan sumber feed dan juga target. Jangan lupa untuk klik pada butang Off untuk menghidupkan aplikasi ini. Untuk tahu aplikasi ini akan berjalan apabila blog kita ada update post terbaru, butang Off akan bertukar kepada butang On dan warna kotak akan bertukar daripada kelabu kepada oren, sila rujuk gambar.

RSS Graffiti
Sila hidupkan aplikasi ini untuk membolehkannya menjalankan tugasannya

Setelah RSS Grafiti berjaya di-setup, maka di bawah adalah contoh posting yang telah dijana secara automatik oleh aplikasi ini.

RSS Graffiti
Contoh screen capture post yang dijana automatik oleh RSS Graffiti

Mudah bukan menggunakan aplikasi ini? Tak payah susah-susah untuk post secara manual apabila ada entry blog yang terbaru, memang sesuai benar untuk yang pemalas macam aku ni :p Ada beberapa screen capture yang aku telah skip sebab tak mahu letak banyak-banyak gambar, nanti lambat pulak nak load blog aku ini. Tapi jangan risau sebab ianya adalah self-explanatory.

Cara ini adalah salah satu aplikasi dan cara yang ada yang aku sedang guna sekarang. Boleh jadi ada cara yang lain yang lebih efisyen, mohon kongsi la ye. So, selamat mencuba. Mohon share kalau korang rasa artikel ini deserves it.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *