Sebelum ini aku sudah terangkan cara pantas naikkan Facebook like menggunakan perkhidmatan AddMeFast. Tapi sebelum ini, ianya agak sepintas lalu dan kali ini aku akan tunjukkan cara yang berkesan untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Secara ringkas, ianya ibarat sistem tukar like, kita like page orang dan orang like page kita. Ianya hampir begitu tetapi tidak secara langsung A like page B dan B like page A. Apabila A like page B, AddMeFast akan menolak sejumlah mata daripada B berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan oleh B dan mata B yang telah ditolak tadi akan diberikan kepada A. C pula akan like page A dan sejumlah mata daripada A akan ditolak dan diberikan kepada C, dan begitulah seterusnya. Lebih banyak page yang A like, lebih banyak mata yang terkumpul,maka lebih banyak like yang fanpage A akan dapat. Mata yang diberikan bukanlah ditentukan oleh AddMeFast tetapi oleh pengguna sendiri. A boleh memilih untuk tetapkan apabila orang like pagenya, 8 mata akan diberikan kepada liker tersebut. Pada masa yang sama, B boleh tetapkan apabila orang like pagenya, 10 mata akan diberikan kepada liker tersebut. Katakanlah A ada 205 mata terkumpul, bermakna 25 orang boleh like pagenya dan kini matanya tinggal baki 5 mata, dan tiada orang lagi akan like page A kerana 3 mata tidak mencukupi untuk orang like pagenya dan dia perlu like page orang lain untuk menambah mata.

AddMeFast
Klik pada ADD SITE/PAGE untuk setkan Fcebook fanpage korang

Untuk Facebook fanpage, mata yang boleh disetkan mestilah antara 7 sehingga 10, mata yang disarankan adalah 8 atau 9, lebih banyak mata yang ditetapkan AddMeFast akan memberikan lebih priority kepada fanpage kita. 10 tidak digalakkan kerana terlalu banyak dan membazir.

AddMeFast
Bahagian untuk masukkan alamat page yang mahu disukai. Boleh juga pilih likers daripada negara-negara tertentu.

Selain daripada Facebook fanpage like, terdapat lebih banyak option lain untuk menambah mata seperti Facebook post share, menonton video dan melanggan saluran Youtube, Twitter share dan lain-lain.

Cara yang aku sudah cuba ialah dengan Facebook fanpage like, website hit, Youtube video watch dan Facebook post share. Facebook fanpage like memang memberikan mata yang tinggi, namun kelemahannya memang menyakitkan hati. Kelemahannya ialah, kita perlu klik pada like dan menutup tetingkap fanpage tersebut barulah mata akan diberikan. Jika menutup tetingkap tersebut dengan terlalu cepat, mata ganjaran tidak akan diberikan. Jika tunggu seketika sebelum menutup tetingkap itu, lama-lama tetingkap itu akan tertutup sendiri dan mata ganjaran tidak akan diberikan.

Untuk website hit pula, mata yang diberikan adalah sedikit, paling banyak yang aku pernah jumpa adalah 4 sahaja. Malah, satu website hit tidak dikira sebagai satu klik yang boleh digunakan untuk menebus daily bonus point yang kita akan bincang kemudian.

Untuk Youtube video watch pula, juga banyak mata yang diberikan namun ada juga kelemahan. Apabila kita klik untuk menonton video Youtube, satu tetingkap baru akan dibuka, video akan dipertontonkan untuk 30 saat dan tetingkap akan tertutup sendiri. Selepas tetingkap itu tertutup, dua gambar akan dipaparkan secara terbalik dan kita perlu memutar gambar-gambar itu dengan orientasi yang betul, ini adalah bertujuan untuk mengelakkan bot yang buat kerja secara automatik. Kebaikan Youtube video watch ialah jika kelajuan internet slow dan tetingkap tertutup sebelum video dimainkan atau video tersekat-sekat, mata tetap akan dikira. Namun kelemahannya ialah kita kurang faham gambar yang dipaparkan. Tak tahu gambar apa yang diberikan dan perlu untuk agak-agak sahaja. Kalau salah, tiada mata yang akan diberikan.

Cara terahir yang aku cuba ialah Facebook post share. Cara inilah yang aku syorkan. Kelemahan cara ini ialah mata ganjaran yang paling sedikit, yang paling banyak ialah satu mata, average 3-4 mata, 9 mata aku hanya jumpa paling banyak pun 3 kali setakat ini. Kelebihannya ialah tetingkap akan tertutup automatik selepas butang share ditekan dan mata akan diberikan serta merta. Kelebihan lain ialah kita tidak perlu untuk cipta satu akaun Facebook palsu untuk kaedah ini. Jika kita mahu like sesuatu page, tentulah kita akan buat satu akaun palsu kerana kita tidak mahu ruangan News Feed kita dipenuhi dengan segala post daripada pages yang kita main bedal like je. Lagi satu, jika like page banyak-banyak dalam satu masa, tak pasal-pasal kena ban dengan Facebook pula sebab suspicious atau spammy activity. Tapi kaedah ini tidak memerlukan untuk cipta akaun palsu kerana kita boleh memilih untuk share kepada timeneline sendiri tetapi secara private, maknanya kita je yang boleh nampak post yang kita share tu. Kawan-kawan kita pun tidak akan terganggu dengan post entah apa-apa yang kita share itu. Tapi yang pasal Facebook ban, tidak pasti boleh terlepas atau tidak dengan cara ini.

AddMeFast
Step by step untuk share ke Facebook

Klik pada Facebook Share pada bahagian kiri skrin, kemudian satu skrin akan muncul. Ada butang Share, link untuk skip, nama page yang akan korang share, dan jumlah mata yang akan diberikan untuk upah share. Kalau mahu share, klik butang Share, jika tidak mahu, klik Skip dan page yang lain akan muncul. Skip juga bagus untuk skip page kedekut yang hanya mahu bagi satu mata sahaja. Bila sudah klik share, tetingkap baru akan keluar, pastikan set visibility kepada Only Me jika guna akaun Facebook yang betul. Selesai sahaja klik Share Link, mata akan diberikan terus. Kemudian skrin akan menunjukkan tiada benda dalam network ini untuk sekarang. Itu memang normal, klik kembali pada Facebook Share di kiri skrin dan ulang langkah yang sama untuk 50 kali, baca bawah untuk sebab kenapa mesti 50.

AddMeFast memberikan 200 mata percuma setiap hari dengan syarat dalam satu hari tu kita membuat minimum 50 klik, klik yang aku sebutkan di atas tadi. Klik ini termasuklah Facebook like, post share, Youtube watch dan lain-lain tapi tidak termasuk website hit. Jika menggunakan kaedah yang aku shorkan iaitu Facebook post share, dan mengambil mata yang paling minima iaitu 1 mata untuk 1 share, kita perlu share sebanyak 50 post untuk melayakkan diri untuk daily bonus yang membawa maksud 50 mata sudah dalam tangan. Dicampur dengan 200 mata percuma sudah jadi 250 mata setiap hari. Jika korang bagi 9 mata untuk satu like yang diterima, maknanya dalam satu hari korang sudah boleh dapat 27 like. Dalam seminggu sudah boleh dapat (250*7)/9 = 194 like. Dalam sebulan pula sudah ada 833 like.

AddMeFast
Mata bonus harian sebanyak 200 mata dengan syarat sekurang-kurangnya 50 klik pada hari itu.

Kelemahan tambah like cara ini ialah ianya likers tidak berpotensi untuk berkunjung ke blog atau membeli produk korang kerana mostly likers adalah pengguna akaun palsu sepertimana yang telah disebutkan di atas. Like sebegini hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada member korang kerana ada fanpage yang banyak likers. Namun begitu, sekurang-kurangnya masih ada juga yang menggunakan akaun yang betul. Dan juga ianya boleh menjadi ‘perangkap’ kepada pengunjung fanpage anda nanti (pengunjung yang datang bukan secara servis AddMeFast), jika dia nampak ada banyak like di page itu dia pun mngkin akan like juga kerana dengan begitu banyak likers, dia beranggapan page itu sangat bermanfaat dan tidak rugi dia turut like page itu.

Diharap artikel ini berguna kepada pembaca sekalian. Akhir ayat, sebut tentang like dan share ini, mohon like dan share post ini ya. šŸ™‚ Terima kasih.

0 thoughts on “Cara Pantas Naikkan Facebook Like”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *