filestream

Beberapa abad tahun yang lalu. Aku ada menggunakan servis leechbox atau service penukaran daripada torrent kepada direct download. Service yang digunakan adalah service percuma daripada ZBIGZ. Tapi disebabkan barang free memang semuanya ada limitation. Limitation untuk versi percuma ini ialah limit file size setakat 1GB sahaja. Jadi dah lama aku tak pakai dan memilih untuk download pakai torrent sahaja. Tapi disebabkan internet yang aku pakai sekarang, Hotlink Fast tidak boleh buat download torrent, jadi aku terpaksa guna balik servis torrent direct download ini.

Antara pilihan torrent direct download (leechbox)

Aku pun try balik website ZBIGZ. Walau bagaimanapun, download speed daripada laman ini sangat perlahan, kalau siput vavi lari pun tak se-slow itu. Speed hanya cecah 100kbps+ sahaja. Kalau dulu speed 100kbps tak terasa sangat sebab dulu speed internet pun slow jugak. Tapi sekarang speed dah berdesup, 100kbps tu lembab sangat. Jadi ini adalah satu lagi limitation untuk servis percuma. Nak laju kena bayar, tapi baik pakai seedbox terus berbanding bayar premium untuk servis ini. Tapi tergantung korang la, kalau rasa tawarannya berbaloi, boleh je try.

Jadi aku kena try website lain pulak. Banyak lagi sebenarnya website yang offer service sebegini, yang aku boleh try lain kali. Aku ada try Furk.Net. Furk.Net ni best jugak, ada sesetengah torrent yang dah siap-siap tersedia kat server diorang, tinggal nak download je. Dan mereka juga ada screenshot untuk torrent, maka boleh check torrent tersebut betul punya atau fake. Kalau nak daftar Furk.Net boleh pakai invite code ini:

XZANZULLE
GA67SFSHZ
EX2G6JSAP
PQTLL9FES
D2PX4C59L
NL861T2OM
7TSCLPAQ3
XCNN0HGSX
WCI6MMKK7
Q8GMZFKNR
Y4SN3411F
L2EK6XSBK
2XMVR6PWR
MD5GL3MBX

Tapi untuk entry ini aku gunakan website FileStream. Website ni ada kekurangan dia jugak iaitu file size tidak boleh melebihi 200MB.

200MB? Bukan lagi kecik berbanding ZBIGZ ke?

Memang tak dinafikan 200MB memang jauh lebih kecik daripada yang ZBIGZ tawarkan (1GB). Malah 200MB itu terlalu kecik untuk zaman sekarang. Anime satu episod pun, yang Full HD 1080p secara purata 500MB. Jadi servis percuma daripada website ini mungkin bukan pilihan terbaik. Kalau nak collect balik anime lama-lama mungkin sesuai.

Kelebihan FileStream

Tapi jangan blah dulu. Walaupun limit setakat 200MB sahaja, tapi yang best mengenai servis yang ditawarkan ialah boleh download individual files. Dengan erti kata lain boleh pilih fail tertentu yang mahu dimuat turun daripada satu-satu torrent.

Contoh: Kalau fail torrent adalah episod lengkap siri anime atau whatever yang korang download, dan keseluruhan saiz adalah 10GB. 10GB itu jauh lebih besar berbanding limit 200MB. Tapi korang boleh pilih satu atau lebih fail/episod asalkan jangan lebih 200MB. So, kalau nak download episod yang seterusnya, boleh download fail torrent yang sama dan pilih pula episod yang seterusnya.

Dari segi download speed memang terbaik. Aku tidak rasa ada sebarang throttle daripada website ini. Average download speed daripada Hotlink Fast yang aku dapat adalah 5 MBPS dan memang aku dapat cecah 5 MBPS daripada website ini.

filestreamme torrent direct download speed
Download speed yang aku dapat menerusi website ini

Upgrade ke akaun berbayar

Antara tawaran untuk langganan berbayar adalah seperti berikut:

filestreamme torrent direct download pricing
Pelan dan perincian yang ditawarkan

Kalau rasa servis percuma tak cukup untuk korang, boleh try pelan berbayar pula. Kalau aku, aku pilih seedbox. Pilihan terserah pada korang. Sebagai penafian, aku baru try website ini dan semestinya tak pernah try servis premium diorang. So kalau korang try plan berbayar dan tak puas hati atau scammed, jangan salahkan aku pulak.

Daftar akaun percuma

Untuk mencuba servis percuma diorang, daftar dulu akaun di website FileStream. Pautan tadi akan bawa korang terus ke borang pendaftaran (atau ikuti langkah di bawah sekiranya tidak).

filestreamme torrent direct download register
Klik pada butang “SIGN IN” pada bahagian kanan atas skrin
filestreamme torrent direct download register
Klik pada pautan “Need an account?” pada bahagian bawah popup
filestreamme torrent direct download register
Tandakan checkbox “I Accept t.a.c.”, masukkan alamat email dan klik butang untuk daftar

Sahkan pendaftaran menerusi pautan yang dihantar menerusi email dan log masuk sekiranya tidak didaftar masuk secara automatik.

Panduan penggunaan

Klik butang “LOAD” yang ada pada bahagian atas skrin dan muat naik fail torrent.

filestreamme torrent direct download upload
Klik butang “LOAD”
filestreamme torrent direct download upload
Klik pada butang “+ File” untuk muat naik fail torrent dan klik pada butang “Start Uploading”.

Tapi aku lebih prefer untuk guna magnet link. Korang boleh paste terus magnet link pada ruangan kat atas tu dan terus klik pada butang “Start”.

filestreamme torrent direct download magnet
Paste magnet link dan klik butang “Start”

Tunggu seketika untuk torrent tadi untuk “queued …” dan mesej ralat akan keluar.

filestreamme torrent direct download download
Mesej ralat akan keluar

Jangan panik. Ianya expected sebab sudah melebihi had saiz 200MB. Klik sahaja pada torrent tadi dan pilih satu atau beberapa fail yang dimahukan tanpa melebihi had saiz. Klik pada butang “Start Uploading”.

filestreamme torrent direct download download
Pilih individual files tanpa melebihi had saiz 200MB

Seterusnya tinggal nak tunggu website ini download bagi pihak korang.

Panduan muat turun

filestreamme torrent direct download files
Akses ke halaman “My Files”

Klik pada folder torrent yang berkenaan sehingga keluar fail yang ingin dimuat turun.

filestreamme torrent direct download files
Klik pada butang download

Ini sekiranya mahu download fail satu demi satu. Kalau nak download semua fail sekali gus, tak payah bukak folder dulu, boleh terus klik icon download.

Pastikan fail yang dah sedia untuk dimuat turun, di-download dalam tempoh tiga hari sebelum fail tadi dipadam.

Semoga bermanfaat dan selamat ‘menorrent’.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Torrent Direct Download Individual Files”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *