Renew Lesen L Motosikal B2
Inilah rupa lesen L yang diperbaharui. Jangan lupa stapler sekali dengan lesen L yang lama, yang ini saja tak valid.

Macam-macam urusan boleh dibuat di pejabat pos. Selain boleh renew lesen penuh CDL di sana, nak renew lesen L (lesen belajar memandu / LDL) pun boleh. Cuma kalau nak upgrade lesen P ke lesen penuh, nak tak nak kena juga pergi berurusan di pejabat JPJ.

Cara renew lesen L di pejabat pos

Senang saja. Hanya datang bawa lesen L yang lama, ambil nombor giliran dan tunggu lah giliran. Tak payah isi sebarang borang, MyKad pun tak diperlukan.

topup murah
Beli topup, korang dapat duit percuma RM10

Aku pergi ke pejabat pos Wakaf Bharu. Tak ramai orang sangat. Sambil-sambil menunggu, aku tengok ramai juga yang nak renew lesen penuh diorang. Ada juga yang nak renew insurans-roadtax dan juga urusan ASB.

Dah sampai giliran, cakap nak renew lesen L, dalam beberapa minit sahaja dah siap lesen L yang baru.

Cuma leceh la sikit, dia cakap takde mesin laminate. So aku kena pergi laminate sendiri di Wakaf Bharu Bookstore. Kena cas 20 sen je.

Renew Lesen L Motosikal B2
Inilah rupa lesen L yang diperbaharui. Jangan lupa stapler sekali dengan lesen L yang lama, yang ini saja tak valid.

Berapa bayarannya? Sama tak macam renew di pejabat JPJ?

Aku renew untuk 6 bulan terus, sebab aku sendiri pun tak tahu bila la aku nak pergi buat latihan motor, asyik tertangguh aje sampai-sampai lesen mati. Sebab aku dah ada lesen kereta, lesen L motosikal B2 harga dia RM20 untuk 3 bulan, bukan lagi RM2 (untuk pemilik lesen B2 tunggal). Untuk 6 bulan aku kena bayar RM42. Kenapa kena bayar lebih? Faham-faham sendiri la, taknak bayar lebih pergi kat pejabat JPJ terus.

clixsense
Buat side income dalam USD, jom!

(Rujuk soalan lazim mengenai pembaharuan lesen LDL di laman web JPJ)

Itulah lebih kurang artikel kali ini. Bukan tutorial sangat pun, sekadar berkongsi pengalaman sahaja. Boleh jadi rujukan kepada mereka-mereka yang first time nak renew lesen L di pejabat pos. Semoga bermanfaat. Sekian saja untuk kali ini, assalamualaikum.

Berkaitan: Saya tidak berjaya renew lesen penuh CDL di pejabat pos.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

97 thoughts on “Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos”
    1. Saya dapat lesen L 25/5/2019 dan expired 24/8/2019..buleh tak kalau saya tak renew lesen lagi lesen L lebih dari tarikh tersebut..x kene denda ke?

  1. […] kedai topup, kedai serbaneka dan kedai runcit pun ada jual. Malah, selain urusan surat-menyurat dan renew lesen memandu, pejabat pos pun ada jual topup. Tapi yang paling senang, boleh dibeli di rumah dan di mana-mana […]

  2. Kalau nak renew lesen L B2, boleh tak suruh wakil/suruh parents utk renew?

    1. Rasanya boleh. Nak buat lesen L cikgu sekolah memandu (wakil) boleh tolong, takkan nak renew tak boleh pulak 🙂 “MyKad/Pasport asal atau salinan MyKad/Pasport pemohon sekiranya urusniaga dilakukan oleh wakil;” – JPJ

    2. Salam. lesen l saya mati 15/08/2017 harini 21/08/2017, masih boleh renew lg ka?

        1. Saya nk tnya kalau lesen saya mati dh lama dekat setahun lebih kan masih boleh renew kan?cuma bayaran dia tu cam mana kalau dh melebihi setahun macam Saya 22/6/2021, sekarang 28/6/2022 masih boleh kan?

    1. Kalau tamat tempoh tapi masih belum cukup dua tahun sejak kali pertama dpt lesen L, masih boleh renew.

  3. Sy nk tny, sbb xbrpe fhm la. Dkt lesen L sy tarikh 18/10/15 – 17/01/2016. Mknenye sy pnye lesen xblh renew lg la?

    1. Kalau lesen L tu xpenah renew lagi sebelum ini (18/10/2015 tarikh dapat lesen L), awk masih boleh renew lagi. Lesen L awk akan luput pd 17/10/2017. 18/10/2015-17/10/2017 (2 tahun).

      1. Boleh renew berulang kali asalkan jangan lebih 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L tu.

    1. Setahu sy untuk program myLesen, anda perlu dapatkan lesen dlm tempoh 4 bulan dari tarikh daftar. Kalau tak sempat siapkan dalam tempoh itu, anda masih boleh renew lesen L tapi mungkin kena bayar lain lah untuk sambung kelas KPP02/KPP03/test.

  4. Salam , nak tanya kalau dekat lesen L saya tulis 26/10/2016- 25/01/2017 . Saya kena renew ke ? Sbb saya dijangka akan test jpj 6/2/17 ?

    1. Wasalam. Ya kena renew sebab awk test 6/2/2017. Maca mana nk test kalau lesen L awk masa tu sudah mati.

  5. Lesen L sy brmula pd 17/1/17-16/4/17. Sy brcadang untk tangguh dlu lesen P. Jika sy xrenew lesen L sy dlm tempoh trsebut mcm mna ? Sbb sy brcadang untk buat lesen P dlm tempoh 1 thn lbh dr sekarang.

    1. Tak perlu renew lesen L awk.. Bila dah ready nk sambung baru renew tapi pastikan awk mesti dpt lesen P sebelum 16/1/2019.

    2. Adakah byrn lain dkenakn jka saya ingn mnymbung lesen p sy d akademi memandu yg lain?

      1. Kalau sudah dapat lesen L drpd akademi lain dan nak sambung latihan KPP02 dan seterusnya di tempat lain, kena bayar KPP02 dan lain-lain ikut kadar yang ditetapkan akademi baru.

  6. assalammualaikum saye nk tanye saye dapat lesen l pada 13/11/2015-12/2/2016 saye xrenew lagi sampai sekarang saye nk renew balik tapi xtahu berape harga nk kene bayar sebb dh lame xrenew

    1. Waalaikumussalam. Kalau lesen motosikal B2 tunggal (lesen L B2 shj dan x ada kelas lesen lain sebelum ini) – RM2 utk 3 bulan. Kalau lesen B2 (tp sblm ni dah ada lesen kereta) atau motosikal B (B full) – RM20. Kalau kereta sahaja atau kereta+motosikal = RM30.

  7. Saya dah pernah dapat lesen P motor tapi disebabkan saya belajar di tempat lain saya lupa nak renew lesen P dah hampir setahun dan bila saya nak renew saya disruh buat rayuan lesen selepas buat rayuan saya bejaya skip procedur untuk dptkan lesen L secsra automatik saya dpt trus lesen L cuma kena test JPJ.. saya nak tanya skrg ni lesen L saya dah tamat tempoh boleh ke saya nak renew semula.?

  8. Hello, saya dpt lesen L (B2) Pada 30/3/16-30/6/16 sehingga skg saya masih xrenew lgi lesen saya. Adakah saya masih boleh renew? Tambahan, saya nak tukar lesen B2 kepada lesen D, adakah itu boleh?

    1. Lesen L B2 tu masih boleh renew lagi. Nk tukar ke lesen L D tak boleh la, kena masuk kelas ceramah KPP01 kereta dan lulus test undang2 dulu baru boleh dapat lesen L D.

  9. Hi. Saya dah buat lesen l motor pada tahun lepas 16/01/2016 – 14/4/2016. Jadi disebabkan masa saya buat lesen tu saya dapat tawaran belajar dan saya tak sempat nk habis kan lesen p. Saya nak tahu masih boleh ke saya ambil lesen p untuk tahun ini?

    1. Kalau dapat lesen L pada 16/01/2016, lesen awak akan tamat pada 15/01/2018. Jadi masih boleh sambung lagi.

  10. Saya berumur 17 thn dan sdg mnunggu kptsn spm pd thn ini. Sbnrnya lesen p sy xsiap lg dn sy risau lesen p sy xdpt dsiapkn sblum sy smbg bljar nt. Saya nk thu brpa byrn yg prlu saya buat skirnya sy tangguhkn lesen p trsebut shngga satu tarikh trtntu. Adakh sy prlu mmbyr smula sprti mula2 kpp2?

    1. Kalau awak dh bayar habis tp perlu tangguh, kena bincang dgn akademi tu bagitahu situasi awak. Ataupun slow talk kalau2 dapat refund supaya awak boleh sambung belajar kat tempat lain.

  11. Saya nak tanya, lesen L saye (02/01/2017-01/04/2017) dah nak tamat dalam mase terdekat jadi nak renew tu kne tunggu tamat dulu ke dah boleh pegi renew?

  12. hai lesen l saya hidup pada date 15/12/2014 – 14/6/2015. bolehkah saya renew lesen saya lagi?

    1. Rasanya tak boleh dah sebab 14/12/2016 sudah cukup 2 tahun untuk lesen L. Tapi try tanya cikgu sekolah memandu atau pegawai JPj dulu kalau2 masih boleh..

  13. salam saya nak tanye lesen L saya pada D:14/01/2016-13/04/16 ..blh x saya renew balik ?

    1. Kalau 14/01/2016 tarikh dapat lesen L, masih boleh diperbaharui ketika soalan ini ditanya. Lesen L awak tamat pada 13/01/2018

  14. Lesen L sy expired 15/01/2017 . Boleh renew lg ke ? Sbb dh 4 bulan dh dia expired????

    1. Lesen L yang sudah expired boleh diperbaharui asalkan tidak melebihi 2 tahun.

  15. assala, Salam , nak tanya kalau dekat lesen L saya tulis 22/02/2017- 21/05/2017 . Saya kena renew ke ? Sbb sy telah test jpj dan lesen P sy P saya boleh dibuat pada 24/05/2017

    Balas

    1. Kalau tak salah saya, lesen L untuk belajar menunggang/memandu dan test JPJ sahaja. Kalau sudah lulus test JPJ, lesen P boleh diproses walaupun lesen L sudah mati. Cuba dapatkan kepastian drpd sekolah memandu atau JPJ sendiri.

  16. Saya ambil lesen kelas B2 & D.
    Saya dapat lesen tu dari 09/01/2017 dan mati 08/04/2017. Saya belum renew lagi dah mati 3bulan lebih.

    1. Ada denda ke kalau lambat renew?
    2. Berapa bayaran untuk kelas B2 & D?

    1. Lesen awak akan mati pada 08/01/2019. Jadi sekarang masih boleh renew lagi.

      1. Tak ada denda, kalau tak nak pakai, tak perlu renew.
      2. Renew B2+D untuk 3 bulan RM30, RM60 untuk 6 bulan.

  17. Salam..saya nk tnye lesen L D saya dah tamat tempoh 1 thun dari semasa saya dapatkan lesen L saya x renew lagi..dapat x saya renew lagi dan brp harga?

    1. Walaupun dah setahun tak renew, masih boleh renew lagi asalkan tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L. Harga renew untuk 3 bulan ialah rm30 dan rm60 utk 6 bln.

  18. Nak tanya, selain JPJ dan pejabat pos, Ada Tempat lain yg boleh renew lesen? Thanks in advance.

    1. Nak renew selepas 28/8/2017 boleh, asalkan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh asal dapat lesen L DAN ada sekuran-kurangnya 3 bulan lagi sebelum cukup 2 tahun. Contoh: Kalau lesen belum cukup 2 tahun lagi, tapi tinggal 2 bulan 20 hari sebelum cukup 2 tahun, itu dikira dah tak boleh renew dah tu.

  19. Assalam. Saya confius lagi ni. Saya dpt lesen L saya 15/3/2017 – 16/6/2017.

    Lepas renew untuk kali pertama, tarikhnya 16/6/2017 – 17/9/2017.

    Soalan saya, kalau saya x sempat renew sblm 17/9/2017 tu, takpe la kan? Sbb belum sampai 2 tahun?

    Sekiranya Renew selepas 17/9/2017 pun kira valid lagi la ye?

    TQ 🙂

    1. Waalaikumussalam. Ya, boleh renew selepas 17/9/2017. Asalkan tak lebih 2 tahun. Kalau tak pakai (nak tangguh dulu) tak payah la renew, kalau renew pun membazir je. Melainkan kalau itu lesen L B2 dan awak pakai lesen tu untuk tunggang moto atas jalan raya, memang kena renew lah.

    1. Tanya staff atau baca senarai perkhidmatan yang ditawarkan di post office tu.

  20. Kalau saya dah renew 3 bulan, pastu masih x amik amik Lesen P dlm masa 3 bulan tu, masih boleh renew kali ke 2 ke?

    1. Lesen L boleh diperbaharui berulang kali asalkan tidak melebihi 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L tu.

  21. Boleh sy tahu harha renew lesen l utk 3 buan.. Sbb ada blog sy bca rm2 utk 2 bulan

    1. Kalau belum ada lagi lesen P atau Full (CDL) untuk mana-mana kelas, lesen L untuk B2 ialah RM2 untuk 3 bulan dan RM4 untuk 6 bulan. Kalau sudah ada lesen (contohnya lesen kereta), harga lesen L B2 RM20 untuk 3 bulan dan RM40 untuk 6 bulan. Kalau untuk kelas D, RM30 untuk 3 bulan, RM60 untuk 6 bulan. Kalau D+B2 RM30 dan RM60 juga, dia takkan jadi RM30 (D) + RM2/RM20 (B2). Ringkasnya RM2/RM4 hanya untuk kelas B2 sahaja DAN dengan syarat belum pernah memiliki lesen sebelum ini.

  22. Lesen l saya dah tamat pada 12.6.17 ..
    Adakah saya boleh renew lagi pada pada lewat tahun 2017 ini.
    Dan berapa kos utk renew lesen l (D)

    1. Kalau belum 2 tahun masih boleh renew. Lesen L kelas D RM30 utk 3 bulan dan RM60 untuk 6 bulan.

  23. hi saya mahu tanya, lesen L saya mula 29/12/15-28/3/16, last saya renew 4/8/16-9/11/16, masih bolehkah saya renew lesen L?

    1. Lesen awak akan mati pada 28/12/2017. Sekarang sudah 27/11/2017, tinggal sebulan sahaja sebelum mati. Untuk renew lesen L, minimum 3 bulan diperlukan. Jadi saya rasa awak dah tak boleh renew lagi lesen L tu.

  24. slm nk tanya lesen L saya dh nk masuk 2 tahun lagi 2 bulan je saya boleh pakai sebelum mati, saya nk renew lesen motor saya tapi x cukup bulan sebab renew lesen paling sekejap 3 bulan tapi lesen saya lagi 2 bulan mati…nk buat mcm manenye???

    1. Kalau macam tu awak dah tak boleh nak renew lagi lesen tu. Kalau ikut buku, awak kena ulang balik kelas KPP01 dan jawab test undang2 balik, ibarat tak pernah dapat lesen L tu. Try tanya JPJ kalau2 boleh buat rayuan.

  25. Ohh macamtu… maksudnya limit untuk tukar lesen L kpd P , 2 tahun la kan ?

    1. Ya. Kalau dalam masa 2 tahun tu tak dapat lesen P, kena ulang balik dari awal, ibarat tak pernah dapat pun lesen L tu.

  26. Salam sy nak tya lesen L sy akan tamat 10/1/2018 . Tarikh sy dapat lesen L ni 10/1/2014 . Boleh ka jpj terima jika sy nak buat jpj test ?

    1. Kalau dapat pada 10/1/2014 dan tamat pada 10/1/2018 bermakna awak dapat renew lesen L untuk 4 tahun. Macam mana tu? Sy pun confuse ni.. Kalau test JPJ pada atau sebelum 10/1/2018 boleh la, lepas pada 10/1/2018 kena renew dulu lesen L tu jika masih boleh renew.

  27. Bro nipu lebih ni bro , aku baru2 ni teman member aku renew lesen L bayaran dia rm2 je bro untuk 3 bulan 6 bulan rm4 ????????‍♂️

    1. Tak tipu bro.. Kalau tak pernah ada lesen, memang harga dia RM2. Kalau dah ada lesen PDL atau CDL kelas lain contohnya lesen kereta, harga lesen L untuk moto akan jadi RM20, bukan lagi RM2.

  28. Saya nak tanya saya ada lesen L-B2 dan L-D dan saya dah pernah renew sekali , Tapi sebab kerja sya belum ada masa untuk sambung Lesen P, Boleh ke kalau sy renew untuk kali ke 2 atau lesen L cuma boleh Renew sekali je?

    1. Lesen L boleh diperbaharui berulang kali, asalkan tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tarikh pertama dapat lesen L.

  29. Kalau tarikh renew kite 19/5/18 tapi kita nak renew pada 16/5/18. Boleh tak? Sbb kalu boleh nk renew cepat la sbb nak pg bljar plak ni huhu

    1. Entahlah, try la tanya kat pejabat pos tu. Sy renew awal sehari boleh je, kalau awal byk hari tak pasti pulak.

  30. Salam saya nk tanya bole.. Saya mula ii dapat lesen l moto pada 9/4/2018-8/7/2018 lepas tu saya dh renew pada 8/7/2018-7/10/2018 dan mati harini bole ke saya renew lagi

  31. Hi saya nak tnya kalau kes mcm sy ni mcm mna ya. Sy daftar ari mula pada 20.08.2015 hingga 19.11.2015 masa mula2 lpas tu renew lgi 17.11.2015 hingga 19.05.2016 lpas tu renew lgi 20.06.2016 Hingga 11.09.2016 lpas tu renew lgi 20.09.2016 hingga 19.03.2017 dan smpi skrg dah tak renew lgi.. Klu sy nk renew lesen L bole lgi tak?

  32. Trima kasih bro ni yg paling senang i baca dari tadi panic2 pebenda nk buat pasal ni… ni paling simple la… thank you god bless 😉

  33. Assalamualaikum, sye nk tnye, sye ade lesen L B2 dn D.. Sye nk renew 6 bulan terus.. Harga berapa ye?

  34. Lesen saya 25/10/2018-05/01/2019
    (Lesen Belajar Memandu)
    Masih boleh renew ke?

  35. If lesen L tu tamat n kurang dri 3bulan untk renew..still bleh renew ke if nk repeat test with jpj.. Contoh skrng bulan 2..lesen tu cukup 2tahun bulan 5..biasenye 3bulan tu 92hari..if saya renew harini just about 90 days.. Boleh ke kurang dari 3bulan..help me plz

    1. kalau kurang 3 bulan cukup 2 tahun memang tak boleh renew lagi. Tapi saya tak pasti jumlah hari 92 atau 90. sebaiknya cuba tanya di jpj atau pejabat pos, boleh atau tidak.

  36. saya nak tanya
    sebelum nie lesen L saya pada tahun 2019 kemudian saya baru renew lesen L saya samapi bulan 10 tahun 2020. Apabila saya dimaklumkan bahawa test jpj bulan 11, tetapi lesen L saya tamat bulan 10. Adakah saya boleh renew lesen L saya untuk mendapatkan test jpj ? Sebab terlalu sayang jika mengambil semula

  37. As salam nak Tanya..lesen LDL tarikh mati 15/2/2020
    Tapi dah renew ..
    Tarikh mati pada 12/2/2022
    Setahun jugak tu..pembayaran baru rm32
    Betol ke.
    Bukan 3 bulan atau 6 BULAN skali renew
    Inggin tahu

  38. Kene charge rm20 sebab memang dah ada lesen kompeten kereta ke? dalam lesen L tu hanya untuk B2 sahaja ingat kena charge rm2 sahaja.

    1. Sebab dah ada lesen kereta, lesen L B2 kena charge RM20. Kalau tak ada apa-apa lesen lain, lesen L B2 RM2.

  39. Boleh kah saya renew lesen L saya tamat pada 14 /6. 13/9 sekarang 6/10 boleh kah saya renew lesen L saya lagi

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *