setup domain name

Artikel ini sebenarnya ialah sebahagian daripada tutorial domain name NetKL. Kerana artikel tersebut terlalu panjang, ia dipecahkan kepada tiga artikel iaitu, tutorial beli domain name dengan NetKL, tutorial bayar online dengan Maybank2U dan juga tutorial ini iaitu untuk setup domain name untuk BlogSpot.

Tutorial ini walaupun spesifik kepada domain name daripada NetKL, tapi ia juga valid untuk domain name daripada syarikat lain, yang berbeza hanyalah interface sahaja. Proses yang terlibat tetap sama.

Saya mulakan dulu cara untuk setup custom domain name untuk blog Blogger (BlogSpot) kemudian untuk point domain name ke web hosting untuk blog WordPress.org.

Cara untuk setup domain name (tukar .blogspot.com kepada .com)

Lepas dah beli domain name, maka get ready lah untuk tugasan sebenar anda iaitu untuk sambungkan domain name itu ke blog anda. Lepas ni dah takde dah .blogspot.com kat belakang, tinggal .com je. Barulah nampak kemas sikit. P/s: masa nak beli domain anda boleh tick untuk minta pihak mereka tolong setupkan dengan bayaran RM3 (Update: Harga domain name dan ID protection sudah naik harga, so tak pasti masih RM3 atau juga sudah naik). Pandai kan diorang niaga, kalau jenis yang malas, mesti tick jer, padahal boleh setup sendiri.

Sila pergi ke Control Panel Login dan pilih customer untuk log masuk.

setup domain name netkl
Pilih [customer] dan login

Letakkan mouse pada menu Manage Orders dan klik pada List/Search Orders. Kemudian keluar la paparan dalam kotak merah. Klik pada domain name yang anda nak setup. Nak cepat taip terus nama domain pada search domain.

setup domain name netkl-02
Klik pada domain name yang ingin di-setup

Lepas dah klik, dia akan pergi ke satu laman, skrol ke bawah sampai jumpa DNS Management. Klik pada Manage DNS.

setup domain name netkl
Manage DNS

Tambah A Records untuk point domain ke server Google

Lepas tu, akan keluar satu pop-up. Klik pada Add A Record. (Langkah ini perlu diulangi untuk empat kali.)

setup domain name netkl
Klik pada tambah A Record

Dia akan keluar macam ni:

setup domain name netkl
Ruangan yang perlu diisi

Untuk ruang Host Name, biarkan kosong atau boleh masukkan simbol @. Biarkan nilai default pada TTL (Time To Life). Untuk IPv4 Address, masukkan 216.239.32.21
Tekan Add Record.

Ulang langkah yang untuk tiga kali lagi dengan nilai IPv4 Address berikut:

216.239.34.21
216.239.36.21
216.239.38.21

Semua sekali akan jadi macam ni:

setup domain name netkl
Empat A records untuk point ke server BlogSpot Google

Tambah CNAME Records

Seterusnya klik pada CNAME Records. Klik pada Add CNAME Record. (Langkah ini perlu diulang sebanyak dua kali)

setup domain name netkl
Masukkan CNAME records pula

Untuk ruang Host Name taip www
Untuk Value, tick pada pilihan kedua dan taip ghs.google.com
TTL biarkan default macam tu.
Klik Add Record.

setup domain name netkl
Masukkan nilai yang diperlukan

Sekarang pergi ke blog yang anda nak setkan domain name. Klik pada Settings, pilih Basic dan klik +Add a custom domain.

setup domain name netkl
Add custom domain name

Masukkan alamat domain yang telah anda beli dan klik Save. Maka akan keluar la error seperti di bawah. Relax, jangan panik. Note code 1 dan code 2.

setup domain name netkl
Error yang akan memberikan nilai CNAME kedua

Pergi balik ke langkah untuk masukkan CNAME Record. Klik Add CNAME Record. Kalau tadi kita masukkan www dan ghs.google.com, kali ni kita masukkan code 1 dan code 2 pula.

Pergi semula ke blog. Use a missing files host? Biarkan sebagai No. Kali ni try klik save. Mungkin anda pun akan keluar error macam ni. Serius, saya pun tak tahu kenapa. saya try klik save banyak kali, maka dia tetap error. Yang ni error 12, ada error 8 la, error 6 la dan segala mak nenek error dia keluar. Well, ini kerana propagation mengambil sedikit masa untuk resolve dan rekod yang dimasukkan mula aktif.

setup domain name netkl
Masih lagi ralat

anda jangan menggelabah pulak. (Padahal saya memang menggelabah giler time ni). Mungkin ayat ni boleh tenangkan sedikit perasaan anda. Diambil dari Google support.

setup domain name netkl
Support daripada Google

Saya tunggu kejap, tak sampai 15 minit pun (rasanya). Cuba tekan save sekali lagi dan Alhamdulillah, berjaya.

Redirect request versi non-www ke versi www

Tekan Edit lagi sekali dan pastikan anda tick Redirect <nama domain> to www.<nama domain>
Kalau tak nanti, bila ada orang taip nama blog anda tanpa www, dia akan tunjukkan page error.Sekarang, blog BlogSpot anda sudah berjaya domain name sendiri. Boleh test bukak www.blog-anda.com, blog-anda.com (tanpa www untuk check redirection menjadi atau tidak) dan blog-lama.blogspot.com (untuk check redirection blog lama ke domain name).

setup domain name netkl
Redirect non-www ke www untuk elakkan not found error

Kalau belum ada domain name atau nak tambah domain name, boleh daftar dengan NetKL. Senang sikit nak follow tutorial yang ini. NetKL offer servis berbayar untuk setup custom domain name BlogSpot. Kenapa perlu pilih yang itu sedangkan anda beli setup sendiri.

Point domain name ke server web hosting untuk blog WordPress

Untuk Blog WordPress (wordpress .org, bukan wordpress.com) pula, anda perlu point/halakan domain name ke server web hosting terlebih dahulu. Kalau beli pakej web hosting yang dapat domain name percuma, proses ini tidak perlu kerana provider sudah setting siap-siap. saya recommend hosting NetKL jugak, sebab dengan hanya RM60 dapat sekali satu domain name percuma, memang berbaloi.

OK, proceed kepada tutorial. Log in ke DNS Management NetKL. Kali ini kita akan tukar nameservers.

change domain name nameservers
Klik pada Name Servers

Satu popup box akan keluar. Masukkan alamat DNS yang dibekalkan oleh hosting provider. Klik pada update name servers.

change domain name nameservers
Masukkan nameservers yang dibekalkan oleh pihak hosting

Bila sudah save. Tunggu sehingga 24 jam sehingga proses propagation selesai. Tak perlu sampai 24 jam pun, tukarlah masa nak masuk tidur, bangun esok proses propagation sudah selesai.

topup murah
Beli topup, anda dapat duit percuma RM10

Baiklah, tutorial setup domain name kali ini sudah sampai ke penghujungnya. Semoga bermanfaat untuk semua.

By Toji Ali

Terima kasih sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini. Harap ada manfaat yang anda dapat dari sini. Blogging untuk suka-suka saja.

0 thoughts on “Tutorial Setup Domain Name Untuk BlogSpot”
  1. Terima kasih! Post ini sangat membantu saya yang 4 jam terkandas nak tukar nama domain blog dari netKL. Sangat berguna untuk sesiapa yang zero pasal setting apa-apa website.

  2. Kenapa sy try.. Jadi tukar.. Tpi bila try bukak dia keluar mcm ni…

    This site can’t be reached http://www.alsays.com unexpectedly closed the connection.
    Try:

    Checking the connection
    Checking the proxy and the firewall
    Running Windows Network Diagnostics
    ERR_CONNECTION_CLOSED

    HELLLLPPPPP

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *