• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Skip to footer

SANAZI.MY

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

You are here: Home / Guy Who Cooks / Resepi Telur Dadar Gebu dan Kembang

Resepi Telur Dadar Gebu dan Kembang

18/05/2011 by Toji Ali Leave a Comment

Ini adalah resepi rekaan aku untuk menghasilkan sajian telur dadar yang gebu dan kembang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:-

-telur sebiji
-tepung gandum 1 sudu
-bawang merah seulas
-cili sebiji
-sedikit garam
-sedikit pati ayam

01. Pecahkan telur, pukul hingga sebati.
02. Masukkan tepung gandum. Pada mulanya aku nak taruk tepung jagung, tapi takde kat rumah aku, so aku hentam gandum je lah.  Satu sudu jer tau, jangan banyak. Karang telur dadar entah ke mana, lempeng pulak yang jadi.
03. Masukkan sedikit garam dan sedikit pati ayam, dua-dua masin so pastikan masukan sedikit sahaja. Pukul hingga sekata.
04. Hiriskan bawang dan cili, kalau nak pedas, pakai cili api atau cili padi. Bawang dan cili ni bergantung atas bilangan telur, kalau telur dua biji, mereka pun kena la dua bijik juga, bagi balance.
05. Kalau ada rasa nak tambah rencah lain yang dirasakan sesuai, silakan. Nak masukkan biskut meri pun takpe. Kalau aku, ramuannya dah lengkap..
06. Sedia untuk digoreng, bila menggoreng anda akan dapati telur mengembang. Bila masak, warnanya kuning keemasan dan sedap dimakan.

Selamat mencuba.

telur dadar
Telur dadar yang telah siap
Like di Facebook dan Subscribe di YouTube:

Share this:

  • Facebook
  • Telegram
  • Twitter
  • WhatsApp

Artikel Berkaitan:

Filed Under: Guy Who Cooks, Personal Tagged With: resepi, telur

Side Income USD Daripada Paid Surveys

ysense

Reader Interactions

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Primary Sidebar

Geledah Blog Ini

Artikel Terbaru

  • TP-LINK TL-MR100 4G Router (Unboxing, Setup & Test)
  • Unboxing 70mai Jump Starter & Test Jump Start Kereta
  • Panduan Aktifkan DNSSEC Domain Name MYNIC .MY Dengan CloudFlare
  • Pengalaman Mengundi Pilihan Raya
  • Dapat Akses Kembali Ke Akaun Oracle Cloud

Paling Banyak Dibaca

  • Pengalaman Test JPJ Motosikal B2
  • Renew Lesen L Belajar Memandu LDL Di Pejabat Pos
  • Bekalan Air Paip Kena Potong - 4 Bulan Tak Bayar Bil
  • Ubat Luka Losyen Kuning Cap Kaki Tiga
  • Remote Astro Rosak, Beli Remote Baru

Kategori

  • Baiki & Ganti (3)
  • Blogging (30)
  • Blogging Tutorial (8)
  • Buat Duit Online (9)
  • Catatan Harian (75)
  • Pelbagai (1)
  • Pengalaman Menggunakan Servis & Produk (2)
  • Review Gadget (4)
  • Semakan (1)
  • Senarai (1)
  • Ulasan (5)

Footer

Mengenai Blog Ini

Blog entry rojak ikut suka hati. Sekadar pandangan peribadi dan tutorial berdasarkan pengalaman sendiri. Bukan yang terbaik, tetapi berharap dapat deliver sesuatu yang bermanfaat untuk semua.

Ikuti Di Facebook

Ikuti Di Facebook

Update Terus Ke Dalam Inbox

Masukkan email dan jadilah pembaca terawal blog ini.

Copyright © 2023 · Genesis Sample on Genesis Framework · WordPress · Log in